dah beberapa kali
plan nak ke café yang satu ni, tapi sentiasa je tak jadi. selalunya tak sempat sebab masa dah suntuk.
tapi ada sekali tu, bila dah elok-elok budget time, café tu pulak tutup
sebab ada private function.
dah lah tempatnya
jauh, nun kat Shah Alam tu. kalau tak
jadi pergi, kena tunggu next trip baru boleh pergi. itu pun mungkin 3 atau 4 bulan selepas tu.
Image credit to the Sumbs FB page
nama café tu The
Sumbs. lokasinya di Pusat Perniagaan
Worldwide, Seksyen 13, Shah Alam. walaupun
guna Waze, kitaorang sesat jugak. berpusing-pusing
kat tempat yang sama. last-last jumpa
kat laluan yang mula-mula kitaorang masuk sebelum tu.
Image credit to the Sumbs cafe FB page
anyway, aku dapat
tau mengenai café tu dari SukaSucre. ya,
manisan yang dihasilkan oleh Dr. Fazley.
di situlah café pertama Dr. Fazley hantar desserts buatannya untuk
dijual.
Image credit to the Sumbs cafe FB page
kebetulan Sabtu
lepas aku, Miss Qee & Dina ke Shah Alam.
mungkin dah rezeki kitaorang kot, so telah berkesempatan singgah
di The Sumbs. finally. hooray!!!
masa kitaorang sampai, café tu full house. dan kitaorang nampak ada satu family sedang
tunggu giliran. so kitoarang pun kena
tunggu giliran jugaklah. tapi tak
lama. tak sampai 5 minit dah ada table
available. alhamdulillah.
Image credit to the Sumbs cafe FB page
masa waiter tu bagi menu, memasing rasa teruja sampai tak
tau nak order apa. perut pulak sedang
lapar giler. mana taknya, dah pukul 2.00
petang masa tu. semua food kat menu tu nampak
sedap-sedap belaka. hehe…
we ended up ordering the café signature dish yang fofular ~
Churros dan Dendeng Daging Sandwich.
Dina ordered Pasta Carbonara.
Miss Qee ordered Chicken The Sumbs dan aku ordered Chicken Milanese.
semua makanan kecuali churros diletakkan di dalam
kotak. nampak kemas dan lain dari yang lain. sesuatu yang baru untuk aku. food portionnya pun besar. alhamdulillah.
bila main course memasing dah habis, kitaorang memang dah full. so dendeng daging sandwich tu kitaorang tapau
bawak balik. desserts dari SukaSucre
yang kelihatan menggiurkan pun kitaorang tak beli sebab dah terlampau kenyang.
Image credit to the Sumbs cafe FB page
ada gak berhajat nak ambik gambar deco serta surroundings
kat café tu, tapi aku segan sebab ramai orang.
gambar food yang ada ni pun Miss Qee yang ambikkan. terima kasih Miss Qee! ^_^
Image credit to the Sumbs cafe FB page
to
conclude, kitaorang memang puas hati dengan food di the Sumbs. dari
segi rasa, presentation serta service, highly recommended.
mungkin boleh
datang lagi lain kali. kan Miss Qee? ^_^
No comments:
Post a Comment