Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Sunday, November 6, 2016

Cap Kunci di Eagle Ranch Resort

it's been a week since we came back from Port Dickson.  kalau bulan September hari tu kitaorang ke PD untuk Family Day SLC, kali ni family day untuk Cap Kunci pulak.


apa tu Cap Kunci?  group Cap Kunci ni adalah group sama batch ketika encik suami sekolah menengah.  kebetulan pulak badge sekolah tu ada gambar kunci, tak semena-mena nama group jadi Cap Kunci.



tahun lepas kitaorang ke Bentong.  tahun ni pulak diadakan di Eagle Ranch Resort, Port Dickson.  seronok jugak dapat pergi tempat yang kita tak pernah pergi ni.  lain dari hotel yang biasa kita duduki.



kat Eagle Ranch Resort tu ada beberapa jenis accommodation.  since we're a family of 3 person, kitaorang dapat bilik kat Rumah Kampung.


lain-lain accommodation yang terdapat kat situ ialah Tepee, Bandwagon, Log Cabin, Paddock Chalet dan Log Dormitory.



acara bebas selepas check-in.  ikut suka masing-masing nak buat apa.  nak mandi kat swimming pool ke, nak naik kuda ke, nak main go-kart ke, atau just nak lepak-lepak.



tapi pukul 5:45 petang kena berkumpul untuk pergi dinner.  kitaorang tak dinner kat resort.  sebaliknya dinner kat Medan Ikan Bakar, Kampung Telok di Jeti Pasir Panjang.  kitaorang ni ramai. lebih dari sepuluh keluarga.  memang gamatlah tempat tu.


satu table, satu set makanan.  setiap set mengandungi ikan kerapu goreng masam manis, sotong goreng tepung, kangkung goreng dan telur dadar.  memang simple, tapi menyelerakan.  mungkin sebab lapar kot.  tapi sotong goreng tepung tu memang the bomb!


agenda malam tu adalah acara karaoke diselang-selikan dengan cabutan bertuah.  entah macam mana, encik suami telah terpilih sebagai pengacara bersama dengan Cikgu Mai untuk mengacarakan majlis malam tu.  hehe...


sambil dengar orang berkaraoke, boleh jugak kudap-kudap dengan light refreshments yang disediakan.  antara yang dijamu ialah sandwich, brownies, kek coklat, kuih koci serta kuih pau yang disediakan sendiri oleh sahabat-sahabat CK.  terima kasih banyak-banyak ya.


acara malam tu habis lebih kurang pukul 12;00 malam.  selepas acara karaoke, ada sesi bertukar-tukar hadiah.  setiap famili wajib menyediakan satu hadiah.  tak perlu yang mahal  minimum RM30 je.  tapi kalau nak bagi yang lebih mahal dari tu, sangatlah dialu-alukan.  hehe...


sebelum acara malam tu berakhir, ada acara memotong pulut untuk meraikan sahabat-sahabat CK yang lahir dari bulan Mei - Oktober.  tak sempat nak rasa pulut tu sebab dah kekenyangan makan sandwich.


the next morning, we had breakfast at the D'Barrel.  lepas tu acara bebas sampai time check-out pukul 12.00 tengahari.  kalau ada yang nak balik awal pun boleh jugak.  tapi pastikan kunci bilik dah bagi balik lah.



acara yang terakhir sekali ialah bergambar beramai-ramai.  tapi ada jugak yang tak join sebab dah balik awal.  mana-mana sahabat CK yang ada, adalah gambar dia kat dalam tu.  yang takde tu, kalau panjang umur, in shaa Allah, next family day lah ambik gambar ya.


on the way balik KL, kitaorang singgah Seremban Two untuk lunch.  we had lunch at Bros Cafe.  tak sah kalau tak singgah situ tiap kali lalu highway dari arah selatan.  the bingsoo is to die for!


we ordered Bros. Special Cold Latte, Misu Crepe, Spaghetti Oglio Olio, Creamy Mushroom Pasta and Bros Cantata.  happy tummy!

anyway, so long Cap Kunci.  till we meet again.  in shaa Allah.


Friday, September 30, 2016

bercanda di tepian pantai

cuti hari Malaysia yang lepas kitaorang ke Port Dickson.  balik kampung beb!  hehe… tak lah.  SLC buat family day kat PD.  awal jugak kitaorang keluar rumah pagi tu.  sesudah dhuha.  hehe...


alhamdulillah, kitaorang sampai PD lebih kurang pukul 11.30 pagi.  memang mr. hubby plan nak sampai awal kat sana.  kalau boleh sebelum zohor.


masa sampai di Seri Bulan Condominium, AJK sedang sibuk susun meja.  yang aku pelik tu, kenapa meja yang disewa tu tak dipasang sekali.  tukang menghantarnya ramai.  lepas bawak turun meja & kerusi dari lori, diaorang boleh borak je kat situ.

pastu siap ajar cara pasang meja tu, nak tengok betul ke tidak.  ada ke patut?  kalau nak diaorang pasang, kena tambah bayaran lagi.  aduyai…!  entah apa-apa lah blackcurrant ni punya rule.  pffttt!!!
bila dah settled, AJK bawak keluar potluck untuk makan tengahari.  kebetulan kitaorang dah ada kat situ, kitaorang lah antara yang terawal makan.  sama time dengan AJK.  Hehe…

lebih kurang pukul 12.30 tengahari, satu demi satu ahli SLC datang dengan family masing-masing.  ada yang join makan tengahari di khemah.  ada yang tidak sebab dah singgah makan sebelum sampai ke situ.

lepas makan, kunci condo diserahkan kepada ahli beserta dengan souvenir.  apa souvenirnya?  sehelai towel.  jadi lah kan, daripada takde langsung.  alhamdulillah.

satu rumah ada dua bilik.  kitaorang share rumah dengan boy & qila serta mil yang ikut sekali.  Man & famili stay kat rumah sebelah je.

lepas zohor dan rehat sekejap, aktiviti petang tu dimulakan pada pukul 3.00 petang.  Cuaca memang sangat baik petang tu. alhamdulillah.  tapi disebabkan dekat laut, dia punya panas tu lain macam.  nak pitam pun ada.  Hehe…?

tapi bila dah ramai-ramai tu, memang meriah lah jadi nya.  ditambah pulak dengan gelagat dan karakter masing-masing, memang havoc!

untuk petang tu, AJK ada prepare a few games i.e. acara merebut botol, acara memijak belon dan mencari barang-barang.  lepas games, free & easy.  ikut suka nak buat apa sebelum dinner.  ada yang berjalan-jalan kat pantai.  ada yang mandi kat swimming pool.  selebihnya, lepak-lepak kat dalam bilik.

pukul 7.30 malam kitaorang berkumpul semula di khemah untuk dinner.  dinner malam tu memang special sebab candle light dinner.  bukan plan punya tau, tapi candle light yang sangat ori hokey.  kat beberapa tempat di PD memang betul-betul takde electricity,  sabar je lah.

sambil makan-makan, pertandingan karaoke dijalankan sekali.  ditambah pulak dengan master of ceremony yang keletah & kelakar, memang menghiburkan, walaupun kadang-kadang tu entah apa-apa lagu yang dipilih oleh peserta.

acara penyampaian hadiah selepas tamat pertandingan karaoke.  ni termasuk sekali penyampaian hadiah untuk pemenang games pada petang tu.  acara karaoke diteruskan kepada yang gian nak menyanyi sampailah pukul 12.00 tengah malam.

keesokannya takde apa-apa itinerary.  free & easy dan boleh check-out bila-bila masa je.  kitaorang  checked-out lebih kurang pukul 11.00 pagi.

sampai di Seri Kembangan, kitaorang singgah lunch di Restoran Half Moon.  restoran tu is a restaurant with Yemeni cuisine.  bil ordered lamb mandy dan 3 ketul ayam goreng untuk yang tidak makan kambing.  hehe…

mmm…  sedap wei nasi dia.  nasi mandy tu dihidang di dalam talam yang menimbuskan daging kambing di bawahnya.  bertambah-tambah aku makan nasi tu.  tapi bukan aku sorang je.  orang lain pun aku tengok bertambah-tambah nasik jugak.  Hehe…

in shaa Allah, kita jumpa lagi untuk next SLC event…


Friday, August 19, 2016

bertemu selepas syawal

minggu lepas ada kenduri arwah kat kampung.  masa aku sampai, makanan semua dah siap dimasak oleh Nokmak.  cuma tinggal nak hidang je lagi.


majlis start bila budak-budak tahfiz yang dijemput sampai.  lebih kurang pukul 12 tengahari masa tu.  ramai gak lah waghih-waghih yang dekat mahupun yang jauh dapat datang.  walaupun bukan semua.  tapi wefie tetap berjaya dijalankan walaupun tak cukup quorum.  itu wajib.  hehe...


selesai bacaan doa, masa untuk makan.  antara lauk-pauk untuk makan tengahari hari tu ialah masak lemak cili padi daging salai, sambal ikan bilis & petai, ikan tenggiri goreng kicap, masak lemak labu, ayam panggang dan kacang panjang goreng.


memang menyelerakan.  bila dihidang dalam dulang, nampak meriah je warna-warnanya sebab lauk-lauk tu berjenis-jenis.  food ada yang dihidang secara buffet, dan ada jugak dihidang di dalam dulang.


aku heran gak kenapa ada dulang, padahal dah ada buffet.  in fact, ada dua meja buffet ~ masing-masing untuk lelaki dan wanita.  hmm...  mungkin tuan rumah ada jawapannya...


anyway, makan memang berselera lah.  tak pandang kiri kanan.  maklum lah, tengah lapar.  sampai ke petang kenyangnya.  hehe...  alhamdulillah.


selain main food, kuih-muih dan desserts pun ada jugak.  antaranya kuih kole kacang, kek gula hangus, fruit pudding, karipap dan cheese cake.  dapat jugaklah tapau sejenis dua desserts.  alhamdulillah.

entah bila lah lagi dapat jumpa semua waghih.  in shaa Allah panjang umur...


Monday, October 7, 2013

Jacaranda

sabtu kelmarin kami tak pergi rumah mil seperti selalu.  mr. hubby dapat jemputan ke house warming party di Cyberjaya.  kitaorang ni memang jarang berjalan-jalan ke area yang jauh-jauh macam tu.  tapi kalau dapat jemputan yang macam ni, memang tak lepaskan peluang.  barulah merasa nak berjalan jauh sikit.  hehe..

Photo credit to Rescom


invitation came from mr. hubby’s friend.  rumah baru dia kat Jacaranda, Garden Residence, Cyberjaya.  puas gak aku google nak cari map ke situ.  yang ada cuma map ke garden residence je.  lucky enough, hari sabtu tu jugak kawan mr. hubby sent sms with map & derection ke rumah dia.


senang gak nak cari garden residence tu sebenarnya.  kat sign board PLUS memang ada tertera nama tempat tu.  lagi pun, kawasan tu terletak betul-betul sebelah jalan besar.  dari jauh, dah boleh nampak signage garden residence yang sebesar-besar alam tu.


rupa-rupanya, Jacaranda tu ialah salah satu phase kat garden residence tu.  patutlah aku tak jumpa map dia dalam google.  huhu!  kat garden residence tu ada rumah jenis 2-storey and 3-storey semi-D, serta 3-storey and 3 ½ storey bungalows.  it’s a gated & guarded with a resort lifestyle environment.


kawasan persekitaran memang cantik dan exclusive.  rumahnya pun besar-besar!  mak tak mampu nok…!  tapi kalau mampu pun mak tak nak.  rumahnya besar sangat.  rumah mak yang sekangkang kera ni pun mak rasa seram gak kadang-kadang.  hehe…


masa kitaorang sampai, kolam hiasan mini kat rumah kawan mr. hubby tu baru je berfungsi kot sebab aku terdengar ada orang tepuk tangan.   apa lagi, aku pun tak lepaskan peluang.  comel je kolam mini tu, tak terlalu besar.  yang sedang-sedang saje.  tapi aku tak masuklah ke rumah kawan mr. hubby tu. kitaorang duduk kat luar je.


antara makanan yang dihidangkan hari tu ialah nasi goreng, mee hoon goreng, spaghetti Bolognese, rendang ayam, ikan sweet sour, mini otak-otak, chicken fillet, desserts, sate dan kambing panggang.  kambing panggang tu lah yang kitaorang mula-mula nampak masa sampai kat situ.  tapi aku takde ambik gambar makanan.  segan wei!  ^_^


gambar rumah kawan mr. hubby tu pun aku tak sempat nak capture.  ramai oranglah.  tak pasal-pasal jadi isu pulak karang.  tapi aku dapatlah ambik gambar rumah jiran yang adjacent dari rumah dia.  kira bolehlah tu kan, sama je macam rumah dia.

dah berjalan jauh-jauh tu, ingatkan nak singgah Masjid Besi.  tapi mr. hubby menonong je cari arah nak balik KL.  sabar je lah…!


Monday, December 26, 2011

Boxing Day lunch

today we went to ms alice & husband's boxing day lunch.  it was held at ISHq Restaurant & Bar, Crown Plaza Hotel.  it is an annual event, and ms alice extended invitation to all staff in group credit, termasuklah aku.


we were invited & attended the same event 2 years back.  last year dapat invitation jugak tapi tak pergi sebab masa tu bercuti di jb.  since this year takde apa-apa plan, so aku fikir why not, pergi je lah.  lagi pun, i found out that most of group credit staff tak attend except rizleen & me.

Photo credit to Groupon Malaysia

event started from 1.00 - 3.30 p.m.  we reached there about 1.15 p.m.  eloklah cepat, boleh balik cepat.  lama-lama kat sana segan sebab semuanya orang besar-besar.  hu..hu..!

Patio
Photo credit to ISHq Restaurant

when we reached there, dah ramai yang sampai.  i noticed that this year's crowd was more than the one we attended before.  food pun more or less macam dulu jugak.

Photo credit to Deals Navigator

tapi tak done nak ambik gambar makanan, segan lah.  banyak mata-mata yang memerhati.  gambar-gambar untuk entry kali ni ihsan pakcik google.  anyway, just let me give you the idea of the menu ya.

Photo credit to Groupon Malaysia

appetizer:  kerabu mangga & pomelo salad.  main dish:  thai laksa, roti naan & dhal gravy, plain biryani with butter chicken, prawn masala & mutton {lupa masak jenis apa}.  side dishes:  ayam goreng berempah, sweet sour fish & stir fried mixed vegetable.  dessert:  fruits & doughnuts ~ nampak macam from krispy kreme.

Photo credit to Groupon Malaysia

we were there for about an hour.  and came home in a 'kekenyangan' condition.  brrrp...!  alhamdulillah.

alice & adrian, thank you very much for the good food & lovely afternoon.


Sunday, June 19, 2011

Emilyn Cotton

hari rabu kelmarin, mr. hubby dapat jemputan ke boutique opening.  jemputan datangnya dari kawan lama mr. hubby, Puan Fairous.  the event was on saturday, 18.6.2011 from 2.30 - 5.00 p.m. @ Maju Junction Mall.

door gift ~ a shawl

butik ni menjual kain-kain cotton untuk baju kurung.  sebelum pergi dah ingat dah nak ambik gambar.  bukan setakat butik nya je, kalau boleh nak bergambar dengan ownernya sekali.  tapi bila dah melihat banyak kain cotton yang cantik-cantik, langsung terlupa.  mana taknya, rambang mata beb!

at the moment, baju kurung cotton yang aku ada adalah ole-ole dari arwah mak masa pergi Mekah tahun 2005.  sejak tu, aku tak pernah beli kain cotton.  so semalam dapatlah rembat dua pasang, ikhsan dari mr. hubby.  yobo, goma wo.  saranghe!



Puan Fairous, thank you for inviting.  terima kasih jugak di atas layanan mesra & food yang sedap-sedap  ^_^  anybody yang berminat nak dapatkan kain cotton yang berkualiti, bolehlah ke Bjuti Boutique di ground floor, maju junction.  Emilyn Cotton is located inside the boutique ~ ini bukan iklan berbayar ok  hu..hu...

did i mention black & navy blue are my favorite colors?


Tuesday, May 10, 2011

lunch + gift

masa kitaorang celebrate secretaries’ day kat shangri-la hari tu, ntah macam mana tercetus idea nak buat exchange of gifts among us.  balik dari lunch hari tu, memasing terus je berkobar-kobar planning, especially haslina ^_^  after planning for almost 3 weeks, we finally held it yesterday.

all the secretaries in 24th floor joined the luncheon.  but this time we invited k. zai and azlinah sekali.  masa lunch kat shangri-la hari tu depa tak join sebab takde sponsor.  he..he..  i’m sorry!



kitorang pilih tempat yang dekat je dengan office.  mostly agreed nak buat kat Domino’s Pizza.  so tengahari semalam about 12.30 p.m, batch-by-batch bergerak ke The Weld.  kitaorang tak boleh lah nak pergi sekali segerombolan.  nanti orang office nampak pulak kitaorang keluar awal.  work smart ok?  ;)

14 orang semuanya, memanglah gamat.  we ordered pizza, breadstix, chicken crunchies, chocolate lava & onion ring.  lepas makan, acara yang paling ditunggu-tunggu ~ gift exchange!



each of the gift has been numbered to avoid kitaorang daripada mendapat hadiah sendiri.  sebenarnya, aku tak kisah pun  ^_^  we agreed to prepare a gift between RM10-RM15 je.  tak boleh mahal-mahal, budget burst!  besar atau kecil, tak kisah.  yang penting, within the budget.


acara paling best bila time bukak hadiah.  macam-macam ada!  barang yang biasa dijadikan present macam mug, frame gambar dan vase tentulah ada.  barang yang aku sendiri tak terfikir nak dijadikan hadiah pun ada jugak such as USB dan spek hitam.



aku dapat grand prize.  takde makna nye!  packaging nya je yang besar.  apa dia?  sepasang kusyen sofa, nampak tak?  they're from ida.  thank you dear!  and the gift that i prepared which was red Victoria's Secret purse, ida pulak yang dapat.  punya lah happy sakan budak tu.



the whole event was really fun and enjoyable.  kenyang pun kenyang.  dapat hadiah lagi.  tapi kali ni tak bergossip macam biasa, tak cukup time.  hu..hu..!



anyway, i would like to take this opportunity to thank everyone for participating.  also, thank you for being generous on those gifts.  not forgetting, thank you a bunch to the ad-hoc committee ~ lina, kai shin & nadia, for your time & effort and making it a success.

for next event, dengar kata nak buat potluck.  jadi ke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...