Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Friday, February 5, 2016

4 Pilihan Jam Tangan Wanita Feminin

Seingat akulah kan, adalah beberapa tahun aku dah tak pakai jam tangan.  Semuanya gara-gara aku selalu tertinggal jam tangan kat sesuatu tempat yang aku singgah.  Kat ofis lah, kat surau lah, kat rumah mil lah.  Menziarah ke rumah kaum kerabat pun boleh tertinggal jugak.  Sudahnya, aku tak pakai.  Kalau nak tengok waktu, tengok kat handphone ataupun jam dinding kat tempat-tempat yang aku singgah tu.  Aduyaiii… sedih betul bunyinya kan.

Tapi bila aku tengok iklan jam dalam suratkhabar baru-baru ni, rasa macam minat pulak nak pakai jam balik.  Sebenarnya kan, jam tangan merupakan salah satu aksesori yang amat penting bagi setiap individu, baik lelaki mahupun wanita.  Sama pentingnya macam wanita memakai gelang, atau lelaki memakai tali pinggang.

hadiah dari arwah mak yang dibeli di Mekah

Selain dianggap sebagai aksesori terpenting, penggunaan jam tangan juga boleh mencerminkan latar belakang dan personality si pemakai.  Ha… nampak…  Tu pasal aku tak pakai jam supaya orang tak boleh baca latar belakang atau personality aku.  Hahaha!!!

Misalnya, mereka yang lebih gemar memakai jam tangan digital biasanya lebih selesa berpakaian kasual dan mempunyai penampilan yang ringkas. Ini berbeza dengan individu yang lebih menggemari koleksi jam tangan bertali kulit.


Untuk entri kali ini, aku nak berkongsi mengenai 4 pilihan jam tangan wanita yang sering menjadi tumpuan bagi golongan wanita yang feminine apabila mereka ingin ke tempat kerja, mahupun bersosial bersama rakan-rakan.  Lain event, lainlah jenis rekaan jamnya pulak kan.  Itulah kaedahnya zaman sekarang.

Jam Tangan Analog Bertali Kulit

Wanita yang feminine biasanya menggemari jam tangan analog bertali kulit yang ‘neat’ dan kelihatan vintage. Mengikut kajian, penggemar jam tangan bertali kulit biasanya merupakan individu yang serious dan classy.  Hehe…  Ni memang bukan aku ni.  Aku ni tak berapa nak feminine.  Serious pun bukan.  Apatah lagi classy.  Huhu!!!  Apa kerlass ko nyah…!

Jam Tangan Analog Bertali Besi

Satu rekaan lagi ialah jam tangan analog jugak, tapi kali ini dengan pilihan tali besi.  Mesti ramai wanita amat menggemari koleksi jam tangan jenis ni yang direka dengan perincian batu-batu perhiasan di sekeliling muka jam tersebut.  Perincian tu sebenarnya untuk menyerlahkan lagi penampilan mereka serta menambahkan lagi ciri-ciri kemewahan kepada si pemakai.  Yang ni pun tak berapa nak seswai dengan jiwa aku.  Hehe…

Jam Tangan ‘Bracelet’

Rekaan jam tangan yang ketiga ialah yang menyerupai gelang tangan.  Jam rekaan ini antara yang popular dan sering menjadi pilihan wanita yang feminine. Ia sesuai digayakan dengan pemakaian dress yang comel.  Sesuai juga digayakan dengan jeans dan kemeja.  Ini akan membuatkan pemakai kelihatan lebih ranggi.  Walaupun aku ni tak berapa feminine, aku suka jugak jam tangan rekaan ni, cuma lilitan tu jangan banyak sangat lah.  Susah darah nak flow nanti.  Pucat pulak tangan aku.  Hehe…!

Jam Tangan ‘Chain’

Finally, rekaan jam tangan pilihan wanita feminine yang terakhir adalah jam tangan berantai atau ‘chain’ yang juga menyerupai reka bentuk gelang wanita.  Cuma bezanya dari rekaan yang ketiga tadi ialah chainnya pendek je.  Rekaan ni pun antara yang popular dan yang paling aku suka.  Aku pernah ada 2 atau 3 jam tangan dari rekaan yang macam ni.  Bila pakai jam jenis ni, ia seolah-olah kita pakai gelang, padahal kita pakai jam.  Kiranya 2-in-1 lah ni, dua fungsi dalam satu.  bagi aku, it's the best creation ever!

gift from mil during our trip to KK

Nampak gayanya, bolehlah start pakai jam tangan semula ni.  Banyak jam tangan yang menarik aku tengok bila survey kat Internet.  Comey-comey belako.  Tapi aku ni bukanlah jenis yang suka tukar-tukar jam.  Jam rekaan ni untuk event yang ini.  Jam rekaan yang tu untuk event yang lain pulak.  Aku ni sejenis manusia yang pakai satu jam tangan yang sama untuk semua jenis events.  Kau mampu???  Huhu!!!

Note to mr. hubby:  Would you entertain early birthday wishes sir?  (^_^)


Sunday, February 9, 2014

lady in red

i always have a soft spot for dark colors, especially black, navy blue & dark grey.  antara tiga tu, navy blue yang aku paling suka.  tapi bukan bermakna color yang lain aku tak suka.  ada jugak yang aku suka, contohnya hijau, putih & electric blue.

daripada beratus banyak senarai color yang memang sedia ada, ada 3 colors yang menjadi my least favourable colors.   they are pink, orange & red.


tapi sejak akhir-akhir ni, aku mula suka pada color merah.  ntah kenapa, tiap kali kalau aku survey barang, merah mesti jatuh pada pilihan ketiga.  selalunya aku tak pandang color merah.  dina je yang suka color merah ni.  hehe...

mula-mula sekali aku beli blouse. lepas tu baju kurung moden.  then instant shawl.  dan akhir sekali handbag.  now sedang berkira-kira nak beli skirt merah pulak.  *wink*

itu je lah nak share.  takde cerita menarik sebenarnya.  hehe..

navy blue is still my number one!  ^_^


Tuesday, January 1, 2013

bag-up plan

kalau sebelum ni kita cerita pasal beli baju online, now kita cerita pulak pasal beli beg online.  setakat hari ni, aku pernah beli beg secara online sebanyak 2 kali je.

first bag beli kat Endless dua tahun lepas.  sebetulnya, aku dah survey dulu bag tu kat kat pavilion, tapi kat pavi cuma tinggal color purple je.  aku tak naklah purple, susah nak matching.  then aku survey kat endless, rezeki aku ada color brown.  so aku pun rembat lah.  in short, memang aku suka sangat kat Bow Wow Wow Linda tu.





second bag aku beli tahun lepas, pun kat Endless jugak.  nampak dalam website bag tu cantik.  tapi bila sampai kat tangan aku, designnya tak menepati ramalan.  ramalanku silap belaka.  nak pakai pun rasa menyampah!

kenapa?  mana tak, punyalah bagak!  bukan setakat boleh masuk dompet, handphone case dan coin purse je.  aku siap boleh masukkan payung, ubat-ubatan dan iPad lagi.  sebuku roti Gardenia tu pun boleh muat hokey!  bila dah macam-macam boleh sumbat ke dalam bag tu, rasa menyampah dah bertukar jadi suka pulak.  hehe...


sebenarnya, aku yang silap sebab tak tengok measurement betul-betul.  walaupun dibuat dari nylon, bag tu nampak cantik dan comel dalam website.  aku yang memang suka kan bag hobo fikir harganya sangat reasonable.  dengan tak sabar-sabar, terus je rembat.  amek ko!!!

so now kalau nak beli handbag online, aku fikir banyak kali jugaklah.  to be on the safe side, mungkin korang boleh survey kat butik dulu.  pergi butik, cuba atas badan sendiri, tengok sizenya sesuai ke tidak.  then baru beli online.


tapi tak dinafikan beli online ni harga lebih murah berbanding butik.  ya lah kan, butik tu nak bayar sewa kedai, gaji pekerja dan tax lagi.  tu pasal mahal.  beli online ni, cuma perlu tambah shipping dan tax.  some online merchants ada handling fees.  details tu semua boleh tengok sebelum buat payment masa nak checkout.

bag kedua aku beli tahun ni bukan secara online.  aku beli masa ke JB bulan Jun tahun lepas.  kebetulan pulak bag yang aku pakai masa tu talinya putus, nak tak nak kena lah beli baru kan?  hehe...


bag ni takde brand ya.  mak tak kisah nyah!  aku beli kat salah satu kedai dalam the Zon Mall.  dalam banyak-banyak bag, itu je yang aku nampak ok.  ok tak?  huhu!!!  bag ni nampak besar, tapi dalamnya kecik.  tak boleh isi banyak-banyak.  sudahnya, aku jarang pakai bag ni.

sebelum 2012 menutup tirainya, aku telah terbeli satu bag dari cap kereta kuda.  terbeli?  hahaha!!!  ^_^  sebenarnya, dah lama aku mengidam bag ni.  setahun nok!  anyway, bag ni agak besar.  lebih kurang sama size macam Classic Q Hillier Hobo yang aku ada.



bezanya ia bukan full leather.  ia diperbuat daripada nylon with leather trimmings.  walaupun nylon, it is quilted.  tu yang buat aku suka sebab ia nampak lain dari bag nylon yang biasa.  aku anggap Madison Quilted Chevron Lindsey ni sebagai hadiah untuk diri sendiri untuk tahun 2012.  yeay...!

terima kasih banyak-banyak kepada tetamu yang sudi singgah di blog ini dan dan selamat menyambut tahun 2013.  semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insya'allah.


Sunday, March 18, 2012

these shoes are made for walkin'

bila time gaji je, mesti ternampak ada sorang dua budak office yang beli kasut.  walaupun plastiknya tebal, kotak kasut memang tak boleh sorok punya lah.  tambah-tambah lagi kalau brand nya popular.  100% boleh cam!

aku ni jarang beli kasut.  mungkin sekali dalam dua tahun.  bukan tak teringin.  perempuan mana yang boleh tahan bila tengok kasut cantik-cantik kan.  tapi nafsu tu terbantut oleh budget yang ciput.

bought this Germana in 2004

kalau korang nak tahu, aku masih guna kasut yang aku beli more than 5 years ago!  aku bukan cheapskate ok.  aku sayang sebab kasut-kasut tu semua masih elok lagi.  and i think you should've known that good quality of shoes last longer.  tu pasal lah aku jarang beli kasut.  and Air Bria Wedge was the last pair of shoes that i bought {read:  duit sendiri} two years ago.

birthday present ~ Noper

tapi tahun lepas aku ada dapat tiga pasang kasut/sandal baru ihsan dari mr. hubby.  ankle boots & sport shoes for birthday presents serta sepasang sandal yang dibeli secara tak sengaja.

also birthday present

tak sengaja?  he..he..  sebenarnya aku memang ada plan nak beli sandal jenis tu, tapi belum ada kesempatan nak survey.  sandal tu kiranya aku nak pakai waktu balik kerja setiap hari.  masa pergi manila dulu aku cari jugak, tapi yang berkenan takde size.

original Frou
Photo courtesy of fitflop

sekali tu masa shopping kat satu hypermarket ni, aku terjumpa sandal ni.  omg!  ada kat sini tapi bukan ori.  aku pun apa lagi, terus rembat sepasang.  masa tu punya lah happy.  mana taknya, 10 kali ganda lebih murah dari yang ori!  hu..hu...!

tapi yang peliknya, bila pakai sandal tu, tak rasa excited.  ada jugaklah 2-3 orang colleague aku yang puji sandal tu cantik.  walaupun baru beli, tak rasa thrill.  rasa kurang selesa pun ada sebab kaki rasa nak terkeluar dari sandal bila berjalan.

can you spot the difference?

mesti ada yang akan kata aku ni berlagak je lebih.  "alah perempuan ni, nak barang branded yang ori je, macamlah banyak duit".  ha... tak mustahil tu.  hati manusia ni macam-macam ok.  memang aku tak kaya, aku mengaku.  cuma seboleh-bolehnya, aku cuba elakkan.  kalau korang nak pakai, pakailah.  ada aku kisah?

so masa aku keluar dengan miss qee last january, i finally bought a pair of the real one and feel happy about it.  after a few months of day dreaming!  *wink*

am a proud owner of Lunetta

and i also bought a pair of ballerina shoes from a brand of a Kelantan-born designer who is now based in New York.  dah lama mengidam kasut jenis ni, baru jumpa yang berkenan :)

super comfy ballet flats

by the way, telah ternampak kasut-kasut yang cantik from Geox di parkson & isetan *hint*

mr. hubby, my birthday is approaching dear  ^_^


Tuesday, December 14, 2010

fashion that make us sad

i seldom read those columns in Yahoo! unless ia betul-betul menarik.  tapi semalam memang ada article yang menarik perhatian aku.  it entitled "The most counterfeited brands of the season".  menarik kan?  rasa curious nak tau apa brand yang paling banyak ditiru walaupun kita sendiri boleh agak brand yang mana satu.

SiteJabber, sebuah laman web pengguna online has put together a list of the top 10 counterfeit items and brands for 2010.  so kalau ada niat nak beli mana-mana barang yang listed kat bawah ni, be extra careful ok.  check barang tu betul-betul sebelum membeli.  kok menyosa nanti!

Bag Coach ~ antara yang paling banyak ditiru
Photo courtesy of Coach

1.  UGGs
2.  Coach handbags and leather items
3.  Tiffany's
4.  Athletic jerseys
5.  Perfume
6.  Nike sneakers (especially Air Yeezy and Air Jordans)
7.  Ed Hardy and Juicy brands
8.  Watches (like Rolex, Omega and Tag Heuer)
9.  North Face
10. DVDs (especially box sets of mini series)

memang barang-barang fake ni susah nak detect.  nampak macam 200% ori.  namun begitu, ada beberapa cara yang boleh kita buat untuk pastikan barang yang kita nak beli tu betul-betul ori.  mengenai cara-cara nya tu, korang boleh baca kat sini.

Photo courtesy of Juicy Couture

tapi semua tu bergantung pada citarasa masing-masing.  tepuk dada, tanya selera.  memang branded stuff yang ori ni harga nya mahal.  mak pun tak mampu, nyah.  just a gentle reminder ~ counterfeits are illegal, and they're typically made under poor and unfair work conditions.  kalau kita beli jugak, secara tak langsung kita menyokong child labour, slavery, human trafficking, and etc., etc.  yang tu mak tak sanggup. 

so to conclude, in my honest opinion, tak kisahlah kalau tak mampu beli branded stuff yang ori rather than fakes any time.  kita beli je lah barangan ori buatan Malaysia like Bonia, Carlo Rino atau Vincci.  i'm using SEED handbag at the moment.  beli barangan second-hand yang masih elok pun takpe, yang penting ori.  for me, i fail to see what value one gets from wearing imitation even though they're cheaper.  not to mention you'll be missing out on the thrill of owning the real thing and have no warranty.

no offence.  happy shopping ^_^

Thursday, September 16, 2010

girls' best friend

raya tahun ni macam raya tahun yang lepas-lepas jugak.  1st and 2nd day raya balik NS.  both days tak overnight pun, pergi pagi balik petang.  macam pergi kerja.  raya tahun ni aku & hubby cuti panjang, so adalah masa kalau nak beraya dan ronda-ronda KL sambil menghabiskan cuti.

cuti lama-lama ni boring gak kalau takde aktiviti.  tapi nak pergi kerja punyalah malazzz.  bila tak pergi kerja, kurang berfikir.  bila kurang berfikir, otak boleh jadi tepu beb!  atau memang aku yang slow?  he..he...  tapi bila tang shopping, akak memang cerrgass!  1,2,3 lets go!!!

apa yang diidam, dah dapat...

Photo courtesy from Leather Handbags Blog


apa yang diimpi, dah beli...

Photo courtesy from Zappos.com


 yang takde dalam list pun, akak rembat gak.  hu..hu...

Photo courtesy from stylehive

errr, can we start the cycle again?  :)  now, i'm dreaming of bayswater ~ patent leather, if possible.  tak sanggup nak tengok bila boss pakai bag ni.  meroyan!  hi..hi...  bila lah agaknya boleh dapat?  2 tahun lagi?  insya'allah, kalau panjang umur.

Photo courtesy from Leather Handbags Blog

"This black leather Mulberry Bayswater bag is an absolute classic and is a staple piece for your wardrobe.  Its a must have!  The black mulberry bayswater is super elegant and can be worn day and night with any outfit for any ocassion. Probably one of the most popular and famous bags out there.  This bag is the IT bag and seems to never go out of fashion." ~ Leather Handbags Blog

entry kali ni bukan bermaksud aku nak SBRB ~ sombong -bongkak-riak-berlagak.  it's just for fun & sharing.  takde kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Saturday, August 7, 2010

sepetang di Pavilion

sampai rumah rasa letih sangat.  kaki dah tak larat nak berdiri.  tapak kaki dah kembang 2x ganda.  mana taknya, tawaf satu Pavilion dari pukul 2 sampai pukul 6!  memang giler!  tapi puas hati.  sangat-sangat puas hati...!

sometime in June Miss Qee ada ajak aku pergi lunch.  tapi aku tak dapat nak pergi disebabkan beberapa hal.  then kitaorang plan kalau jadi lunch, tak nak balik ofis dah lepas tu.  so kitaorang pun set satu date, which was yesterday, dan masing-masing applied half-day leave.  apa lagi, "Pavilion, here we come!".

Photo courtesy of Backpacking Asia

sampai Pavilion pukul 2.  aku lambat keluar ofis sebab ada kerja.  rugi 1 jam, you!  kitaorang makan kat satu restoran kat area food court.  pemilik restoran tu memang sentiasa bersedia tunggu kat meja depan.  so bila kitaorang masuk, dia yang bagi kitorang seat.  lepas makan, siap ambik gambar dengan owner tu.  korang kenal tak sapa dia?  siap bawak menu lagi.  baik punya promote..!

Aku, Madam Kwan & Miss Qee

lepas makan, perut dah senak sebab kenyang sangat.  buruk lantak!  Miss Qee nak cari pump shoes.  aku nak cari barang yang dah lebih sebulan aku survey, tapi masih tak dapat lagi.  banyak gak lah kedai kat Pavilion tu kitaorang redah, mostly kedai kasut dan handbag.  Parkson, Coach, Charles & Keith, Nine West, Stuart Weitzman, Marc by Marc Jacobs, Cole Haan, Aldo & Eclipse, to name a few.  errr.. a few ke tu???

Photo courtesy from CuteCarry

finally dapat jugak barang yang kitaorang nak beli.  sambil tu, sempat gak kitaorang rembat 50% discount lipstick kat Stage.  also Chewy Junior cream puff untuk dibawa pulang.  tekak dah kering sebab asyik bercakap sejak keluar dari restoran tadi.  so sebagai penutup acara, kitaorang minum kat kedai kopi omputih.  then about 6.15 p.m. bergerak ke station monorel.

Photo courtesy from The Star Online

Miss Qee nak ke Hang Tuah, aku pulak ke Medan Tuanku.  punya lah ramai orang kat station Raja Chulan.  train yang ke4 baru dapat naik.  serik!  tak nak naik train kat situ lagi.  7.45 p.m. sampai rumah.  lega...

Miss Qee, thanks sebab sudi window-shopping together-gether.  next time boleh plan lagi.  jangan serik ya.

Sunday, May 9, 2010

LV bag anyone?

tiba-tiba je rasa macam dah lama sangat tak beli handbag.  seingat aku, last sekali aku beli masa mega sale 2008.  it was white Miriam.  aku memang jarang beli handbag.  mana taknya, dapat vit-B setahun sekali, so shopping pun setahun sekali je lah.  hu..hu...  itu kira hadiah kepada diri sendiri di atas penat lelah pada tahun sebelumnya.  motivasi diri sendiri nampak!  tapi ni dah nak masuk 2 tahun tak beli.  sebabnya mostly those bags are still in good condition.  kalau beli yang baru, yang lama nak letak mana?  nak buat apa?  buat tukun?

Photo courtesy of www.stylehive.com

kasut pun macam tu jugak.  setakat selipar ataupun sandal tu adalah beli.  but if you mean 'real' shoes, memang kad'ang~kad'ang.  ~ kena sebut macam cerita nujum pak belalang tu, baru real ~  during our trip to Singapore to visit makmok in 2008, masa tu lah last sekali beli kasut kat tempat kerja zimah.  beli kat situ boleh dapat staff price :)  they're called Varina, flat ballerina shoes in black velvet.  kurang seswai nak pakai kat ofis.  untuk acara santai mesti ngam ho!

Photo courtesy of http://floof.wordpress.com

dah dekat-dekat nak dapat suntikan vitamin ni ~ bukan vit-C ya, memang macam-macam plan.  tu pasal dok survey banyak mende.  not just handphone, handbag & shoes tak terkecuali.  ahkak tak suka beg yang kecik.  setakat boleh muat purse & handphone je, apa barang?  handbag yang besar senang, boleh sumbat banyak benda.  tapi taklah besar sangat macam bagasi.  kang orang ingat nak poie mano pulak budak ni dongan beg yang bosa-bosa tu.  eh... korang faham ke?  lantak lah!

Photo courtesy of http://pursuitist.com

meh lah kita citer sikit pasal handbag, dah alang-alang ni kan.  Louis Vuitton?  sapa tak kenal jenama ni.  it's a very influential brand in this whole wide world.  LV prides itself on never going "on sale".  la... tak pernah buat sale, camana nak beli?  ahkak selalu beli time sale je.  kantoi!!!  kih..kih..kih...  i believe, only those blue-blooded ladies & very moneyed class je yang mampu beli.  sapa yang tak teringin, ye tak?  tapi my monthly income is very limited.  jangan nak berangan lah.  nak masuk boutique nya pun tak berani.  seram woi!  meremang bulu hidung!

aku ni perasan je lebih.  tapi perasan tu bagus, kata Adlin Aman Ramli.  perasan di sini bermaksud sedar diri.  so from this very moment, i should only eye those brands yang ada buat sale, clearance even better.  kalau takde sale, jangan gatal beli.  nak beli through blogshop such as Nek Rock Boutique ataupun CoachnMuchMore boleh, cumanya takut not as expected.  seeing is believing, kan?  dah cuba kat badan baru tau padan ke tidak.  katakan Nek dah beli, tapi boleh jadi terkecik ke, terbesar ke, kan ke naya.  kalau nak cancel order, mau dihampoknya kepala.  he..he.. gurau je Nek.  cak!
 

aku tau this one particular hobo bag dah hampir setahun dalam pasaran.  last year it was an 'IT' bag.  tak tau lah masih ada lagi ke tidak kat boutique.  only recently it's arousing my interest .  biasalah, korang pun tau aku bukan jenis ikut trend, kan.  hitam, kelabu asap, turquoise, chocolate, navy, beige, violet, whatever color available, semuanya cantik sokmo.  ada ternampak sorang director kat office pakai this bag, warna hitam, cantek!!!

and for kasut, am dreaming for a pair of peep-toe shoes, with kitten heels if possible.  belum pernah beli lagi kasut yang mengintai jari kaki ni, tu pasal teringin.  tapi tak done nak survey lagi lah.  ada ternampak a few pairs in the internet, but not so much variety.  nak kena pergi window-shopping dulu.



by the way, aku pernah terbaca satu article, tapi tak ingat dari magazine atau suratkhabar yang mana.  it mentioned something like this:  "if you're buying a pair of shoes, do ensure that they are of high quality.  do not argue about the price if you know they're worth it."  i trust this kind of shoes can only be bought from the fine branded house & famous artisan, right?  tapi rege nya, masya'rakat..., ridiculous! 

Photo courtesy of www.thepunch.com.au

apa-apa pun, it depends on individual's preference.  kaki masing-masing, ikut suka uols lah nak pamper kaki sendiri macam mana.  but deep in my heart, i know that quote is rather un-arguably true.  i think that's what i'm holding on to.

handphone + handbag + shoes + etc = bankrupt
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...