Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label balangsukawa. Show all posts
Showing posts with label balangsukawa. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

pergi tak kembali

Pergi Tak Kembali

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa

terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada lemah tak bermaya
terbuka hijab di depan mata

selamat tinggal pada semua
berpisahlah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya

amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang ke sana

sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim

terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi

berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi

dalam kenangan
Ramaliyah binti Dahalan
16 Disember 1943 - 6 Oktober 2015

Al-Fatihah



Wednesday, September 30, 2015

umur bukan penentu

dia bukan yang tertua di kalangan cucu-cucu Haji Dahlan.  bukan yang kedua, bahkan bukan juga yang ketiga.  namun, takdir Allah takde siapa yang dapat melawan.  janji Allah itu pasti.


panggilan dari Ain pukul 1.30 pagi tadi memang mengejutkan.   sepupu kami, Mohd Zaidi bin Mohd Som ataupun Edy @ Abot telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.30 pagi tadi.  innalillahhiwainna ilaihiroji'un.


aku memang terkejut.  sangat-sangat terkejut.  kitaorang sedia maklum yang arwah Edy dah lama menghidapi penyakit buah pinggang.  tapi untuk arwah meninggalkan dunia ni pada umur 35 tahun memang tak terfikir dek akal.


mengenali arwah Edy sejak kecil, dia seorang yang agak kelakar.  bercakap bila perlu, namun bukanlah seorang yang pendiam.  menyimpan seribu rahsia, barangkali.  kitaorang selalunya bertemu di rumah wan kat kampung.  semoga Allah mengurniakan rahmat, maghfirah & redhaNya kepada arwah.  aamiin.


salam takziah untuk Induk Zariah, Zati, Linda, Dekwa, Siti serta seisi keluarga.  semoga sabar & tabah menghadapi dugaan ini.  sesungguhnya kita adalah milik Allah dan pasti akan kembali kepadaNya.

sesungguhnya kematian itu sangat dekat dengan kita...


Wednesday, July 2, 2014

gerimis semalam

gerimis pun reda
angin syahdu bawa berita
kau telah tiada lagi
pulang ke hadratnya


tiada dapat kulihat
dan dengar lagi
wajah dan kata terakhirmu
ku meratap pilu

Al-Fatihah


Wednesday, March 12, 2014

Kak Zai

yesterday morning, we at the office were saddened by an unexpected news.  one of our staff in CIB, Kak Zai, passed away before 9.00 a.m.

semuanya bermula dari batuk yang panjang.  sehingga melarat menjadi penyakit yang serius.  and she had been staying at home on medical leave for a couple of years.

Photo taken from Kak Zai's WhatsApp profile

kepada yang baru mengenali arwah Kak Zai, mungkin mendapati dia seorang yang kurang bercakap.  tapi kalau dah kenal lama, dalam diam-diam dia tu, sebenarnya dia agak peramah jugak.

pada aku, arwah Kak Zai ni seorang yang suka menolong orang.  di samping tu, dia tak kedekut ilmu.  aku belajar masak kuah kacang {ama macam arwah mak masak} pun dari Kak Zai.

semoga roh arwah Kak Zai dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  aamiin.


Tuesday, July 2, 2013

pergi tak kembali

Photo credit to USDA, Wikipedia

berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi...

~ al-fatihah ~


Saturday, February 23, 2013

Linda MY ~ part ii

since my first visit, aku plan nak pergi hospital samada semalam atau hari ni.  aku nak melawat k. linda lagi.  namun, takde siapa yang dapat menentang ketentuan Allah.  k. linda lebih dulu dijemput menemui Penciptanya kelmarin, rabu, 20 februari 2013.

aku dapat tau pun melalui her FB wall.  sejak melawat arwah minggu lepas, tiap-tiap pagi aku akan intai wall arwah sebab nak mengetahui keadaannya.  pagi rabu tu aku tengok husband dia ada post mengenai keadaan dia yang kurang stabil pada malam sebelumnya.

Abang Rahman & arwah K.Linda during their nikah ceremony in 2002
Picture taken from her FB cover photo

bila aku check balik lebih kurang pukul 1.00 tengahari, k.linda telahpun kembali ke rahmatullah.  innalillahhiwainna ilaihiroji'un.  agak terkejut.  sedih pun ya.  kalau aku yang tak rapat dengan arwah ni rasa sedih dengan pemergiannya, apatah lagi keluarga yang paling dekat.  aku faham perasaan tu.

salam takziah diucapkan kepada keluarga k.linda terutama sekali suaminya. Abang Rahman.  semoga redha dan tabah menghadapi dugaan ini.  daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.  semoga rohnya dicucuri rahmat.  al-fatihah.

kita juga akan menyusul.  bila?  hanya Allah yang tahu...


Tuesday, July 3, 2012

2nd of July

semalam genap 7 tahun arwah mak meninggalkan kami.  sedikit sayu tetapi tidak sepilu 7 tahun lepas.  mak, you will always be in our mind. al-fatihah.

********************

on another note, yesterday also marked my 17th year working with the Bank.  how time flies!  lama kan?  dari single-mingle dah jadi double-trouble!  huhu..!

 

bila aku bagitau mr. hubby, dia kata, dia lagi lama kerja dengan company *toot*.  28 tahun.  perghh!  dah boleh masuk muzium dah tu.  hahaha!  ^_^


Sunday, July 3, 2011

yesterday...

marked the sixth year you left us
however
you're still remembered
and never forgotten


doa kami
semoga aman di sana
di sisi penciptamu

Al-Fatihah


Tuesday, May 31, 2011

tiada cepat atau lambat walau sesaat pun...

pagi semalam, kitaorang kat office dikejutkan dengan berita pemergian suami kepada siti suhada pada petang ahad.  aku tak kenal suami dia, tengok muka pun tak pernah.   cuma aku tau nama dia Adli, itupun adelin yang bagitau.  tapi aku tetap terperanjat, rasa nak gugur jantung.

menurut cerita Mr. Young (boss suhada), petang ahad tu suhada ada telefon dia.  kisahnya, arwah collapsed masa nak sembahyang asar kat surau.  dalam keadaan yang masih berwuduk, he was brought to the hospital.  in another 20 minutes, suhada telefon mr. young semula bagitau husband dia dah takde lagi.  innalillahhi wainna ilaihi ro’jiun…

Photo courtesy from Facebook

sepanjang hari kat office semalam, hati rasa tak tenteram.  ingatkan aku sorang je yang berperasaan macam tu, rupanya adelin pun sama.  kesian suhada...  tiap kali aku teringat kat dia, air mata aku bergenang.  kesian jugak kat anak-anak dia yang masih kecik.  kata adelin, anak-anaknya memang rapat dengan arwah.  time tidur mesti nak arwah ada kat sebelah.

i wonder how i would react if I were in her shoes.  just imagine, ko baru je nampak husband ko nak sembahyang asar kat surau, alih-alih dah takde lagi.  mau hilang arah dibuatnya.  macam mana agaknya suhada menghadapi saat-saat yang getir ni.  kita cuma boleh lihat je, yang menanggung nya dia seorang.  semoga dia sabar, tabah & redha dengan kehilangan ini.  dan al-fatihah buat arwah adli.

hidup di dunia ni hanya sementara.  tak tau lah berapa lama lagi kita boleh tinggal di sini...


Friday, December 17, 2010

innalillahhiwainnailaihirojiun

daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali...

antecedent
Pakcu anak lelaki bongsu dalam family ayah.  seingat aku, dia seorang yang tegas.  tapi dalam tegas-tegas tu, dia suka jugak bergurau dan menyakat orang.  kalau dia balik kampung kat rembau, pasti rumah pusaka tu meriah jadinya.

Photo courtesy of UMNO Online

dalam family kami yang besar, Pakcu sorang je yang menceburi dunia politik.  tapi bukan aktif di NS, sebaliknya mencurah bakti di Johor.  walaupun menjawat jawatan tertinggi di bahagiannya, beliau lebih senang merendah diri, pemurah serta menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

today
KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, jam 1.10 pagi tadi. 
Sulaiman, 59, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur sejak 25 Nov lepas akibat kencing manis, meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi hospital berkenaan selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil. ~ UMNO Online

Photo courtesy of UMNO Online

LABIS, 17 Dis – Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di sini, hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Seri Noraini Yaakop, enam anak perempuan iaitu Marsila, Marliza, Marina, Miza Liyana Taha, Miza Qamarina Taha & Miza Husna Taha serta seorang anak lelaki iaitu Aiman Azri Taha ~ UMNO Online

sekalung takziah buat Makcu & my cousins.  semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Pakcu & ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.  Al-Fatihah.

Friday, July 2, 2010

dalam kenangan

hari ni genap 5 tahun arwah mak kembali ke rahmatullah.  sedih tu tetap ada, tapi taklah sesedih macam pukul 10.20 malam ahad tu, tarikh yang sama 5 tahun lepas.

tak boleh nak describe perasaan masa tu.  hanya Allah yang maha mengetahui.  serta orang-orang yang pernah alami je yang tahu.  sesapa yang belum lagi mengalami kehilangan yang maha hebat ni, tak payahlah nak console member kalau ini yang keluar dari mulut korang, "aku faham perasaan kau".  camana korang boleh faham pulak ni?  korang tak alami, korang tak faham dan takkan pernah faham!

Photo courtesy of http://www.flickr.com

as the only child in the family, aku memang rapat ngan arwah mak.  so bila arwah pergi, rasa macam hilang tempat mengadu, tempat bergantung, terumbang-ambing.  walaupun ada hubby, tak sama kan?  berbulan-bulan gak aku ambik masa nak adapt to life & live without her.  terbayang-bayang je dia duduk kat armchair merah tu bila aku balik kerja.

bila ada orang tanya apa-apa pasal arwah mak, mesti bergenang air mata.  dengar lagu kegemaran arwah, aku menangis.  ternampak rancangan tv kegemaran arwah, aku sedih.  hatta terjumpa keratan akhbar yang arwah pernah simpan pun boleh tangkap leleh.  aku ni nampak je brutal, tapi cengeng jugak.  jiwaku sangat halus.  mak ai!!!  jiwang karat!  hu..hu...


now kalau ada sesapa passed away, bila aku tengok muka anak-anak diaorang, aku terbayang keadaan aku masa tu.  kalau diaorang menangis, aku pun boleh ikut menangis gak.  sedih wei!  tak jumpa lagi dah lepas ni.  bak kata arwah Ustaz Asri, "selamat tinggal pada semua, berpisah kita selamanya".

sooner or later, tiba giliran kita.  adakah kita bersedia?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...