Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, October 27, 2012

wanita cantik yang suka menangis

"Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Saya tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
 

Allah berfirman:
 
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
 
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
 
Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.
 
Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.
 
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
 
Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
 
Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.
 
Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan...
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
 

Kau tahu:

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
 
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya"
 
" tempat dimana cinta itu ada."


Sunday, September 16, 2012

kemaafan dendam yang terindah

kalau penghujung ramadhan hari tu tak sabar nak beraya, esok bulan syawal dah nak meninggalkan kita.  tapi sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku nak mintak maaf.  maaf zahir & batin.

untuk apa?  untuk apa-apa jugak kesalahan aku kat korang.  mungkin tanpa aku sedar dan tak sengaja.  tapi kalau agak-agak aku macam sengaja je tu, aku mintak maaf banyak-banyak ya.  lidah & telinga ni memang susah nak dikawal.


bukan apa, takut tak sempat je.  takut tak sempat mintak maaf dengan sesiapa yang aku pernah buat silap & salah.  kita tau Allah itu Maha Pengampun, tapi manusia???

aku sedar aku ni masih banyak kelemahan & kekurangan.  mungkin ada yang akan kata, "diri sendiri *toot*, ada hati nak bagi nasihat."  ha, mesti ada tu!  tapi aku rasa tak salah kalau aku ada info nak share kan?

Photo credit to Republika Online

"Berkata Imam Nawawi:
Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah Taala iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak Adam, maka terdapat tiga syarat:

1.Meninggalkan maksiat.
2.Menyesal dengan perlakuan tersebut.
3.Berazam tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah.

Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam, maka syaratnya ada empat iaitu tiga yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya. Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya. Jika ia berkaitan dengan anak Adam tidak kira apa jua seperti menuduh atau seumpamanya, hendaklah kita meminta maaf kepada sesiapa yang telah kita lakukan dosa."

Photo credit to Pakcik Google
 
entry ini untuk peringatan diri aku jugak.  aku masih lagi belajar menjadi seorang wanita yang baik.  belajar menjadi seorang isteri yang solehah.  belajar menjadi seorang muslimah sejati.  insya'allah.

sentiasa ingatkan diri supaya bermaaf-maafan dengan jujur & ikhlas.


Tuesday, February 15, 2011

maulidur rasul

assalamualaikum,

syok ke cuti?  apa-apa pun, selamat menyambut maulidur rasul kepada semua muslimin & muslimat di mana saja anda berada ~ dah macam bagi ucapan raya lah pulak ^_^  sambil-sambil cuti ni, apa kata kita kupas sedikit pengertian serta objektif mengadakan sambutan maulidur rasul ni.  ni untuk peringatan kepada diri sendiri jugak.  cuti punyalah suka, tapi pengertiannya tak tau.  so here goes.

Photo courtesy of wakafalquran30

seperti yang diketahui, kita di sini bercuti menyambut maulidur rasul iaitu hari keputeraan Rasullullah s.a.w pada 12 Rabiulawal setiap tahun.  banyak aktiviti diadakan sempena sambutan maulidur rasul ni seperti syarahan, forum, marhaban, parade, etc.  objektif diadakan sambutan maulidur rasul ni ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.  semoga dengan mengingatinya, akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai dan mengambil iktibar suka-duka perjuangannya ~ al-azim.com

"sesungguhnya akhlak Baginda s.a.w ialah Al-Quran".  [HR Imam Ahmad]


Sunday, January 16, 2011

is your zodiac still the same?

some of you may have known.  aku je yang selalu ketinggalan.  i just read about it today in Yahoo! Lifestyle that our zodiac could belong to a different star sign.  shock?  me too! 

essentially, zodiac kita ni berdasarkan kedudukan matahari pada hari kita dilahirkan.  menurut ahli-ahli falak di Minnesota Planetarium Society, dalam masa 3,000 tahun yang lepas, bumi telah beralih di atas paksinya.  itu lah sebabnya terjadi perubahan kepada 12 astrological stars ni.


menurut mereka lagi, pada masa tamadun Babylon dulu, memang dah ada 13 astrological signs.  tetapi walaupun ada issue besar regarding this, the astrology just ignored it and opted for 12 instead.  now dah jadi 13 semula.  let's see under which zodiac star you are fall into.  alamak!   aku dah masuk Pisces lah!

Capricorn: Jan. 20-Feb. 16
Aquarius: Feb. 16-March 11
Pisces: March 11-April 18
Aries: April 18-May 13
Taurus: May 13-June 21
Gemini: June 21-July 20
Cancer: July 20-Aug. 10
Leo: Aug. 10-Sept. 16
Virgo: Sept. 16-Oct. 30
Libra: Oct. 30-Nov. 23
Scorpio: Nov. 23-29
Ophiuchus: Nov. 29-Dec. 17
Sagittarius: Dec. 17-Jan. 20



aku percaya pada qada' dan qadar Allah.


Friday, January 7, 2011

khutbah terakhir

sambil iron baju selepas subuh pagi tadi, aku tengok astro oasis.  ingatkan nak tukar channel, nak cari kot-kot ada ke video clip maher zain.  sebelum aku tukar, aku ternampak ada slot yang bertajuk 'khutbah terakhir'.  aku macam curious nak tau dan tak jadi tukar channel.  sambil slot tu ke udara, rasa meremang gak bulu tengkuk bila mendengarnya.  so aku fikir aku nak lah share dengan korang yang datang menziarah blog aku ni.  quite long, but it's worth reading.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Photo courtesy of Wikipedia

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Photo courtesy of Jab. Penerangan Malaysia

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Photo courtesy of Halaqah

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu..."

Source:  al-azim

aku tak boleh lah nak ingat ayat-ayat yang panjang-panjang seperti kat atas tu.  so apa aku boleh buat ialah google dan paste kat sini supaya kita boleh sama-sama share the information.  credit still goes to al-azim.com.  lagi satu, aku tak dapat nak post entry ni masa office hour.  blog cannot be accessed at the office's pc, kena block da...


Friday, December 24, 2010

renungan bersama

dah seminggu arwah Pakcu pergi meninggalkan kami.  masih terbayang-bayang wajah, senyum, gelak dan gurau arwah bila kami berkumpul di kampung.  sedih bila mengenangkan arwah tak sedarkan diri masa aku pergi melawat kat hospital hari tu. semoga rohnya aman di sana.  al-fatihah.

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu, ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah Al-A'raf ayat 34)

Photo courtesy of Halaqah Online

"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)

mati bukanlah penyudah dalam kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi bermula dari alam kubur ~ e-zakat

Thursday, October 28, 2010

let's share

masih mc lagi.  relax lagi.  another 2 weeks to go.

aku baru habis tengok program Tanyalah Ustaz kat tv9.  hari ni tajuknya 'Dugaan Illahi'.  aku takde lah salin atau ambil notes masa ustaz tu bercakap.  but since it's still fresh in my mind, aku fikir ada baiknya aku share ilmu yang baru aku dapat ni untuk pengetahuan kita bersama.

Photo courtesy from Surau JPBD

ada 10 dugaan/ujian dari Allah buat manusia:-
1.  ujian bencana
2.  ujian penyakit
3.  ujian kemiskinan
4.  ujian kesenangan
5.  ujian kehilangan
6.  ujian dari orang zalim
7.  ujian tarikan kepada maksiat
8.  ujian taat kepada perintah Allah
9.  ujian diatas kelebihan-kelebihan yang diberi oleh Allah
10.  Ujian hati

Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.  oleh itu, sabar & redha dengan ujian itu.  nescaya ada hikmah tersembunyi dariNya.

Friday, July 9, 2010

10 Secrets for a Long Healthy Life



1-Less sugar..........more fruits
2-Less eating.........more chewing
3-Less meat...........more vegetables
4-Less salt.............more vinegar
5-Less dressing......more bathing
6-Less driving........more walking
7-Less worry.........more sleep
8-Less anger..........more smile
9-Less talking.........more action
10-Less craving......more giving

~aku menulis bukan kerna nama~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...