Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label learning. Show all posts
Showing posts with label learning. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Fattabiouni

info courtesy of Fattabiouni Malaysia.

apa maksud Fattabiouni?
Fattabiouni ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud "Maka ikutlah aku..."  kalimah Fattabiouni diambil dari ayat 31, Surah Al-Imran, Ayat 31.

kalimah itu membawa maksud supaya kita menghidupkan sunnah Rasullullah dan mengajarkannya kepada orang lain.  dengan mengamalkan sunnah Rasullullah, kita akan memperolehi kasih sayang Allah dan itu merupakan matlamat yang paling tinggi.

Photo courtesy of Fattabiouni Malaysia

ayat yang sepenuhnya adalah seperti di bawah:

Allah Taala berfirman:

"Katakanlah (wahai Muhammad): sekiranya kamu mencintai Allah, ~ Fattabiouni ~ maka ikutlah aku (Nabi Muhammad) nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.  Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" ~ Surah Aal I'mran, Ayat 31.

semoga kita menjalani hidup ini berlandaskan sunnah-sunnah Rasullullah s.a.w.  amin...!


Saturday, November 19, 2011

CIB Team Building ~ final

it's been a week since the 1st day of the team building program last friday.  on sunday, which was the last day, cuma tinggal 2 module je lagi before it ended.

in module 3, we had Amazing Race.  tapi bukanlah macam amazing race yang kita tengok kat tv tu.  it was more on how long a group can finish a task in a given time.

check-point 2:  golf ball waltz

finally, module 4 - Pulse of a Winning Team was where all of us did the jai-ho dance together.  this time, dah takde grouping lagi dah.  one for all.  gamat!


ewah, ewah..!

to conclude, in my opinion, the team building program was a success and enjoyable.  seronok sebab dapat kenal staff from other branches that we always liaise on the phone but never had the chance to meet.  seronok bila brainstorming dan berkongsi idea untuk menjayakan sesuatu aktiviti.  serta seronok to compete dalam persaingan yang sihat.


in a nutshell, memorable yet meaningful.


good bye putrajaya.  till we meet again.

now i know who is not a good team player...


Thursday, November 17, 2011

CIB Team Building ~ part III

kalau nak tau {kalau tak nak tau pun, ada aku kisah?}, kitaorang dapat lagu "Sweet Child O' Mine" by Guns N' Roses.  ha... ambik ko!  rock maut, wa cakap lu.  tak boleh nak bayangkan macam mana kitaorang nak perform nanti.

mana tak nya, aku nampak group aku takde sorang pun yang rock.  semua spesis dalam hati ada taman punya.  walaupun it was just for fun, risau jugak.  lebih-lebih lagi bila tengok group lain dah start practice.  kitaorang satu plan pun takde lagi.  asyik dok ulang je lagu tu sampai namratus kali.

aktiviti selingan ~ games

tapi bila dah ada idea apa nak buat, lega lah sikit.  team members pun banyak bagi cadangan macam mana nak mantop kan persembahan.  bila rasa persembahan tu dah ada hala tuju, rasa tak sabar pulak nak perform.  he..he.. perasan!

so habis practice dan bersiap petang tu, semua menuju ke tempat Putra Room 1, 2 & 3 for dinner.  sambil makan, sambil perform.  dalam masa yang sama, ada lucky draw jugak.  masa dinner tu, ada jugak bosses yang datang.  Alice tak dapat datang sebab dia overseas, so she asked Rizleen to attend instead.

Rizleen & me

kitaorang kurang selera makan sebab takut muntah bila perform nanti.  bukan muntah sebab kenyang, tapi sebab nervous!  bila emcee panggil group one to perform, kitaorang dah sejuk kaki & tangan.  suspens woi!

tapi group kitaorang memang dah ready to perform.  tak percaya?  ha.. tengoklah gambar-gambar kat bawah ni, rock ke tidak.






kemudian tiba lah masanya group 2 to perform...



teramat lega bila dah habis buat performance.  penonton kata good, tak tau lah betul ke tidak.  ntah-ntah perli je tu.  anyway, bila keputusan diumumkan, kitaorang dapat nombor 2.  tak sangka engko!  ingatkan juara.  hu..hu..  sebagai group captain, aku happy lah jugak.


apa-apa pun, it was really fun.  dah lah dapat lucky draw, group pulak dapat 2nd prize.  memang exciting!  tidur tak hengat malam tu sebab kepenatan.  the next day ada lagi 2 module.  lepas tu balik rumah.  yahoo!

bersambung...

Tuesday, November 15, 2011

CIB Team Building ~ part II

as you can see, below were my group members during the team building programme.  walaupun most of us baru first time jumpa, tapi kepala memasing ok.  gila-gila jugak, so kira boleh join the group lah.


memula tu memanglah segan.  shy-shy cat lah katakan.  yang lelaki control macho.  konon!  dah lama-lama, baru lah nampak taringnya.  hu..hu..!

hazwani, qhaiszer & hanita belum sampai lagi masa ni  

siap sedia nak berbincang tentang tugasan

the next morning, our first module was conducted by Farha.  here we had to give name to the group, design a flag, create a slogan & the team cheer.  so 'Greenlicious' was our group's name and our flag as in the photo.  slogan pulak ~ "Save Earth, Save The Green".  bila dah siap semua, each of the team had to present in the front of the crowd.  memang gamat dan meriah!

macam budak tadika kan? ^_^

from right:  Zalina, Ramshah, Suhada, Caren, Hazwani, Jamion, Qaiszher, Maliz & me
{Hanita dah balik berehat kat bilik}

lepas tu ada Jai-Ho competition pulak.  steps were provided and each team had to present the dance in front of the crowd again.  aku asyik lah terlupa steps, so nak capture gambar lagi lah lupa.  so takde gambar menari jai-ho ok.

in one of the games to 'wake' us up!

after that, Noreen talked about branding.  when she touched about self-believe, we were showed a video of the astounding Nick Vujicic.  that guy really made me tersentuh sangat-sangat.  adalah 5-6 titis airmata yang keluar.  aku tak tau lah siapa lagi yang menangis, tapi yang pasti bukan aku seorang.  you may find stories about him in the internet, so sila lah google ya.


second module was conducted by Noreen.  she talked about perception and interpersonal skills.  masa ni ada satu activity yang dipanggil "The Enemy Within".  yang ni agak menarik sebab kita kena identify people whom could be the saboteurs in our team.  sebenarnya takde sesapa pun yang sabotaj.  ini sebagai latihan supaya in future kita jangan senang-senang je nak tuduh atau syak pada seseorang.

tertuduh atau disyaki saboteurs
from left:  Zulhairi, Caren & Fatimah

lepas tea-break, kami diberi masa untuk practice for dinner presentation.  masa briefing the night before, each team was given a task.  since the dinner theme was 'Rock On', we were given a rock song and to present it on our own creativity.  suka-suki hati kitaorang lah nak buat macam mana ~ nak menyanyi, miming, menari, tergolek, terlentang, whatever!

apa lagu yang kitaorang dapat?  macam mana kitaorang perform?  tunggu...!

bersambung...


Sunday, November 13, 2011

CIB Team Building ~ part I

now i'm at home after 2 days in putrajaya. Sebenarnya, CIB organized a 2-day team building programme for non-exec kat Pullman Putrajaya Lakeside.  walaupun bukan cib, aku dapat jugak pergi sebab Group Credit works hand-in-hand with cib.  kami bergerak dengan bas ke putrajaya sebelum Asar.  bas persiaran punyalah besar, tapi yang naik 8 orang je  ^_^

Pullman Putrajaya Lakeside

the reception area

sesampai di sana, we checked-in dan lepas tu acara bebas sampai lah dinner. lepas dinner baru ada briefing tentang all activities that we're going to do.

aku dan room mate, si maliz, dapat bilik 3110 at the Rafflesia wing.  biliknya simple je tapi comel dan cozy.


  



satu je yang kureng.  pemandangan luar tingkap bilik member-member kebanyakannya menghadap tasik, tapi bilik kitaorang menghadap.....

lagi tambah tension!

there were 49 of us and during the briefing, we were divided into 5 groups.  i was in group 2 termasuklah maliz, suhada & Ramshah.  the rest were Zalina (JB), Hanita (Kuching), Siti Hazwani dan Qhaiszer (Penang) & Caren dan Jamion (KK).

B's @ Bunga Tanjung Wing

tak banyak yang dapat aku cerita untuk hari pertama sebab takde aktiviti.  so kita sambung kat part ii lah ya.

bersambung...


Wednesday, October 26, 2011

janganlah kamu berdengki kecuali...


aku fikir, tentu ada member-member yang sama batch dengan aku masih ingat hadith ni.  kalau tak silap, hadith ni salah satu dari syllabus matapelajaran agama tingkatan dua.  tolong betulkan aku kalau aku silap ya.

masa tu, kalau ada member-member yang bercakap dengan nada yang agak-agak dengki ataupun iri hati, hadith ni mesti keluar dari mulut kitaorang.  yang kelakarnya, bila mention hadith ni, mesti kitaorang ketawa sekali.  ntah apa yang kelakar, tak tau lah ^_^  padahal topik serius tu.  so aku fikir nak share lah dengan korang sempena cuti deepavali ni ~ takde kena mengena langsung!  sambil tu, beri peringatan pada diri aku jugak.


Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah); dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.


Riwayat Hadith al-Bukhari


Kesimpulannya:-
Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan di dalam dua perkara:-
i)  Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii)  Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya di jalan yang diredhai oleh Allah.


Source:  JAKIM


renung-renungkan dan selamat beramal!


Friday, September 16, 2011

fuh! lega...

kan?  bila anak yang exam, parents yang gabra lebih.  biasa lah tu.  tu dah jadi macam culture kat malaysia ni.  to all ibu-ibu, bapak-bapak yang ada anak ambik UPSR, we're in the same boat!

dina punyalah relieved bila upsr habis semalam.  "dah tak payah baca buku.  dan tak payah pergi tiusyen lagi", katanya.  memanglah happy tak hengat, tapi resultnya entah lah.


aku & mr. hubby tak tau nak expect result yang macam mana.  we know her level of capability.  jika lulus ~ alhamdulillah.  but if the result is flying colors ~ it's a bonus and we're thousand times grateful.

however, she has to go through another exam which is UPSRA.  exam ni upsr versi sekolah agama.  it will be held sometime in october.  jika upsr cuma 5 subjek, tapi upsra pulak 9 subjek.  and we think that's huge!


anyway, doa mama & papa semoga dina berjaya di dalam kedua-dua exam.  paling penting, berjaya dunia & akhirat.  we love you.


Monday, January 3, 2011

1st day of a senior

persiapan ke sekolah pagi ni went very smoothly.  insya'allah, setakat time ni, hari pertama sekolah tahun 2011 ni berjalan dengan baik.  takdelah kelam kabut macam tahun sebelumnya.  everything was well-prepared since yesterday dan dina pergi sekolah pun awal dari biasa.  harap-harap sekolah agama petang karang pun ok jugaklah.

atau mungkin sebab aku cuti hari ni kot?  kalau aku kerja, selalunya agak kelam kabut.  mana tak nya, masa tu lah baru nak cari botol air, stokin, purse, jam tangan & dsbnya.  dina selalu bengang sebab aku bersiap paling lambat.  dan kesannya, dia sampai sekolah lambat.  sorry dear!  tak tau lah kenapa, bangun awal macam mana pun tetap lambat.  takkan nak pergi course time management kot?  hi..hi...!


tahun ni dina darjah 6.  kiranya dia senior lah tahun ni.  dan akan menduduki peperiksaan UPSR hujung tahun ni jugak.  anyway, my hubby & i harap dia belajar bersungguh-sungguh.  result peperiksaan for both terms last year were very, very disappointed.  banyak main!  excessive usage of tv & pc membuatkan pelajarannya jauh ketinggalan compare to her close friends.

as parents, we don't really pressure her on studies.  kitaorang tak nak dia stress.  budak-budak sekarang tak boleh nak pressure sangat.  takut ke lain jadinya.  mana yang boleh tolong, kitaorang tolong.  my hubby dah pesan, starting from today, only 1 hour each allocated for tv & pc, except during weekend.  boleh ke tu?

ntah berkesan, ntah tidak.  kita tengok lah nanti.


Thursday, July 1, 2010

report card

aku cuti hari ni sebab nak pergi sekolah dina ambik report card.  sebenarnya tak payah cuti pun takpe sebab sekejap je.  belum pun pukul 9 aku dah balik dengan dina.  dina pergi sekolah sejam je hari ni.  tapi malas lah nak pergi kerja bila dah lambat dari time biasa.  duduk rumah boleh gak berblogging macam ni ha..  hu..hu...

malas nak cerita pasal result dina.  bikin panas je.  guru kelas dia, Puan Afidah siap tanya, "banyak main computer ke?"  perghh!  bisa..bisa...!  macam kerang busuk je aku depan cikgu tu tadi.  dah lah aku pergi sorang je sebab hubby tak dapat cuti.  kalau lama lagi aku kat depan cikgu tu, mau jadi kerang bakar kot!  he..he..

Photo courtesy from www.associatedcontent.com

bila difikir-fikir kan, tu pasal lah our parents dok suruh kita belajar masa kita kecik-kecik dulu.  apa yang diorang dah alami, apa yang diorang dah rasa, itu lah yang aku tempuh sekarang ni.  frust betul lah.

takde mood nak buat entry panjang-panjang.  chau chin chau!

Sunday, May 10, 2009

learning from scratch...

dulu aku pernah ada angan-angan nak ada website sendiri. tapi bila fikirkan balik, nak buat apa. aku bukannya ada bisnes pun. poyo je lebih. blog ni pun aku tak berapa minat gak. tapi bila kawan office aku, maliz, bagitau yang blog ni senang sangat nak create, aku pun cuba jugaklah.

aku start dari zero. so kalau nak ikutkan, hari ni genaplah 5 hari dari tarikh aku mula buat blog ni. setakat hari ni, inilah hasil yang aku dah buat. bila tengok, ok gak lah. masa mula-mula buat tu, rasa kelakar gak lah. tengok orang lain punya blog, nampak cantik je. tapi bila bukak blog aku, hampeh! sebab takde rupa macam blog, rupa template tak siap adalah.

so dari sehari ke sehari, aku pun 'bege' lah blog aku ni. nampak macam ok tak? nanti aku bege lagi lah apa yang patut. tukar colour ke, tambah gambar ke, etc. tunggu...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...