Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label dining. Show all posts
Showing posts with label dining. Show all posts

Monday, May 2, 2016

Chili's with buddies

kat office, buddies aku adalah Maliz & Ziah.  dua ni lah di antara kawan baik sejak aku join bank.  sebelum ni, ada lagi dua orang.  tapi sorang dah blah dari bank.  yang sorang lagi dah transfer department lain di building yang lain.


2 minggu lepas aku ada suggest kat Maliz & Ziah nak buat lunch sempena Secretaries' Week.  kesian kan?  celebrate sendiri-sendiri je.  nak tunggu boss atau bank celebrate untuk kita, tak tau lah bila.  anyway, kitaorang ajak 2 orang lagi geng yang tadi tu sebab dah lama tak jumpa.  surprisingly, semua setuju untuk join.  yayyy!!!


tiba hari yang dijanjikan, Azwa cannot make it because her aunty passed away.  innalillahhi wainna ilaihi roji'un.  salam takziah untuk Azwa.  syukur Anna dapat join, so it's going to be 4 of us only.  we met after Zohor last Wednesday at Chili's, KLCC.  memasing ambik cuti half-day, so tak payah nak balik office lepas tu.  bolehlah borak dan lepak sampai lebam.


masa order food, memasing sedang kebulur sebab belum lunch.  aku dengan Maliz siap tak ambik breakfast pagi tu, makan yang ringan-ringan je.  maklumlah, memang dah plan nak melantak hari tu.  hehe...


bila tengok gambar dalam menu, semua benda nak order.  ya lah, memasing tengah starving kan.  tengok plain water pun nampak sodap.  huhu!  since kat Chili's tu portionnya besar, kitaorang fikir elok share je lah daripada ambik main course sorang satu.  rugi kalau tak habis.  read:  mode berjimat-cermat  (^_^)


we ended up ordering 2 appetizers ~ Triple Dipper and Classic Nachos.  also, 2 main courses ~ Prawn Scampi Pasta and Fajita Trio.  for desserts, we ordered the classic Molten Chocolate Cake.  yummy...!


sambil makan, sambil borak.  sambil borak, sambil ambik gambar.  adalah dalam dua jam kitaorang lepak kat situ.  dah lepas time lunch kan, restoran tu pun tak busy, makin menjadi-jadi lah kitaorang.  bila time nak blah dari situ pun tak abis-abis borak lagi.  walaupun cuma berempat, tetap havoc!

apa-apa pun, it was a fun afternoon.  good food, good company.  kengkawan, thank you for your time.  we should do this more often you know *_*

moga persahabatan kekal hingga ke jannah, in shaa Allah.  Aamiin.


Friday, February 12, 2016

SukaSucre Bistro

kitaorang tak ke mana-mana pun masa cuti Chinese new year yang panjang minggu lepas.  kat fb, aku tengok mostly kawan-kawan pergi bercuti, samada di dalam atau ke luar negara.  bestnyer!  kitaorang berjalan jugak.  jalan ke bilik, ke dapur, ke balkoni.  bahahaha!!!  ^_^
 
tuan blog kedaung

cuma hari Ahad tu ada jemputan kahwin dari kawan mr. hubby di Bangi.  dapatlah menghirup udara kat luar sekejap.  hehe...  kat wedding tu, foodnya sedap-sedap.  the best part was, ada chocolate fountain, ais krim, biskut samperit kat setiap meja, serta kuih-muih i.e. karipap, kuih koci dan goreng pisang panas.

apasal tak masuk cik abang?  ^_^

sehari sebelum tu, aku ada tanya mr. hubby kot-kot dia nak singgah di satu café ni.  dah lama aku nak pergi, tapi tak jugak sampai-sampai.  padahal bukan jauh pun.  dekat je dengan rumah mil.  tapi kalau pergi rumah mil, macam tak rasa nak ke cafe tu sebab perut sentiasa kenyang bila kat rumah mil.  mihihihi!!!


so balik dari wedding Ahad lepas, kitaorang singgah di SukaSucre Bistro, a café owned by MasterchefMY celebrity champion Dato' Fazley Yaacob.  The café is situated in Wisma Ryu, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras.  akhirnya sampai jugak aku kat situ.  yahoo!!!  (^_^)


as you enter the cafe, korang boleh nampak dekorasinya yang cantik.  tapi aku tak dapat nak ambik gambar keseluruhan café.  segan kat pengunjung yang lain.  nampak jakun sangat pulak nanti.  hehe...


kitaorang sebenarnya kenyang lagi masa tu.  kan baru balik dari rumah orang kahwin.  aku pulak dah termelantak lebih kurang setengah dozen goreng pisang panas masa kat wedding tu.  memang kenyang tak hengat dunia lah kan.  hahaha!!!


tapi since dah sampai café tu, gila tak nak makan?  takkan nak menikmati pemandangan pulak kan.  kau dah kenapa?  so aku ordered a dessert ~ Cake in a Mug.  mr. hubby tak makan apa-apa, cuma order minuman je ~ caramel latte.


si dina ni pelik sikit.  walaupun dah makan, dia memang nak makan lagi.  tak kira kat mana.  kat rumah pun macam tu jugak.  so dia pun ordered a fusion spaghetti Aglio Olio Daging Salai.  tak agak-agak mengorder kan?  *_*  tapi pasta tu memang sedap lah.  recommended.


balik rumah dah tak fikir pasal dinner.  masing-masing dah kekenyangan.  alhamdulillah.  so itu je lah cerita weekend lepas.  terima kasih sebab sudi singgah.


Sunday, August 30, 2015

suatu hari yang bersih

semalam, tak macam hari-hari sabtu yang biasa.  jalan raya sikit punya bersih weh!  err...   maksud aku tak jammed, jalan raya clear.  mungkin ramai orang stay kat rumah sebab takut jalan jammed.  maklumlah, kan banyak jalan tutup sebab ada raptai hari kebangsaan.

sepatutnya pagi tu nak buat rawatan acupunture, tapi tak jadi sebab dah terlambat keluar dari rumah.  apa lagi, kitaorang terus je buat de-tour ~ ke KLCC lah kita  ^_^  sebenarnya, ada barang nak beli untuk dina.  sekejap je pun kat KLCC.


disebabkan outing, maka gantung kuali lah nampaknya.  kata bersih, mestilah dapur pun bersih sekali kan? #wink  selesai urusan, kitaorang ke Jalan Tengah untuk lunch.  kebetulan aku ada voucher Groupon yang akan expired 31hb Ogos.  bila lagi nak pergi?  tinggal 2 hari je lagi bulan Ogos.  baiklah guna sekarang.


cafe tu dekat je dengan ofis aku.  tempat tu, Delicious Cafe, terletak di St. Mary Residences.  aku memang dah plan nak pergi outlet kat situ masa beli voucher Groupon tu.  sebelum ni aku dah pernah makan kat outlet Delicious di Mid Valley dengan Qila.


cafe tu lengang je.  masa kitaorang sampai, lebih kurang 12.30 tengahari, takde pengunjung pun.  patutlah masa aku buat reservation hari tu, pekerja dia kata tak payah buat reservation masa weekend.  memang tak ramai orang.  tapi kalau lunch time waktu bekerja, wajib  buat reservation dulu.


cafe tu simple je, tapi menarik.  yang penting, bersih.  takde decoration yang elaborate sangat.  tapi ada sangkar burung yang menjadi trademark Delicious cafe.  harga voucher yang aku beli memang harga bersih kot.  kalau takde discount, memang mak tak mampu nokkk...!


seperti yang termaktub in the Delicious Sharing Platter voucher, kita pilih food dari menu yang dah siap-sedia diselect oleh pihak Delicious.  we chose Delicious Club Sandwich, Beef Meatball Spaghettini and Spring Chicken in Chilli, Coriander & Lemon for the main course.


sandwich didatangkan dengan Spicy Chicken Wings manakala spaghetti pulak came together with Caesar Salad with Crispy Turkey Bacon, Poached Egg, Parmesan & Garlic Bread.  kenyang giler beb!  siap boleh tapau lagi sebab tak habis makan.


walaupun dah kenyang, there were still some rooms for desserts.  hehe...  for desserts, we can choose any 2 cakes of our choice.  untuk drinks pulak, kitaorang pilih 2 iced lemon tea dan 2 lemonade.  err..., sebenarnya, platter ni untuk 4 orang.  tu pasal kitaorang dapat 4 gelas air.  hehe...


rambang mata masa nak pilih desserts.  semua dalam display rack tu nampak sedap.  at the end, dina pilih Lemon Meringue Pie.  aku tak nak pilih yang terlalu manis atau berkrim atau bercoklat, aku nak yang ringan sebab food dah berat.  so i chose Coconut Cake with Fresh Thai Coconut.


aku tak sempat nak rasa lemon meringue pie tu.  nampak macam manis sangat.  tapi coconut cake tu memang sedap.  sangat light macam sponge cake.  kelapa kat atas kek tu lemak-lemak masin.  mmm... dap!


usai makan, kitaorang terus bergegas balik.  takut tersangkut dalam jammed kat memana ke kan.  masa kitaorang balik tu, adalah 3 meja yang diduduki pengunjung.  best kan?  aku suka suasana yang tak crowded macam tu.  rasa aman bila nak makan.  i'll sure be back in the near future.  hehe...


kitaorang tak pakai baju kuning, tapi kitaorang pakai baju 'bersih' sangat  (^_^)


Friday, May 1, 2015

buffet in The Living Room

semenjak dua menjak ni, aku jadi rajin pulak tengok-tengok offer kat Groupon.  bukannya apa, ada di antara offer tu yang memang berbaloi untuk dibeli.


baru-baru ni aku ada beli Groupon untuk buffet hi-tea.  dapatlah diskaun lebih 40% dari harga asal.  kalau ikut harga asal, memang mak tak mampu bawak family pergi makan kat situ nok..!


aku ni pantang nampak yang banyak diskaun.  mesti nak beli.  bila dah beli, baru perasan expiry date dia before end of April.  so kenalah pergi last Sunday sebab weekend yang lain dah ada prior arrangement.  kalo tak pergi, burnt macam tu je duit aku.  rugi weh..!


we reached The Living Room at about 12.15 p.m.  kelihatan dah ada orang yang mula menikmati hidangan buffet.  yang beratur untuk masuk ke coffee house pun ada jugak.  tapi kitaorang beratur tak lama.  tak sampai 2 minit terus dapat seat.


masa ronda-ronda survey food, nampak the food spread was quite good.  seperti hi-tea buffet di lain-lain hotel, ada salad, bread & soup sebagai appetizer.  untuk main course, ada pasta, Malay, Indian & Japanese food.


terdapat finger food seperti fried wantan, samosa, waffle, crepe dan rojak sebagai snack.  juga ada ais krim, ais kacang, kek, kuih-muih, cookies serta buah-buahan sebagai pencuci mulut.  chocolate fountain berserta marshmallow jugak disediakan untuk kanak-kanak.


mungkin ada few more food kat hi-tea buffet tu yang aku terlupa nak mention kat sini.  especially nya food yang aku tak makan.  hehe…  pizza kat bawah ni takde dihidangkan.  chef bawak datang dari meja ke meja  (^_^)


pada pendapat aku, food kat situ sedap-sedap.  dessertsnya cantik-cantik dan disusun dengan cantik sekali.  tapi banyak mana sangatlah yang kita larat nak makan, ya tak?  bila dah ulang-alik beberapa round, perut pun dah mula senak.


coffee house tu pun cozy.  taklah sesak.  tempat duduk pun selesa sebab meja tak disusun rapat-rapat semata-mata nak meramaikan pelanggan.


crowd yang datang hari tu pun agak berhemah.  takdelah jenis yang ambik makanan banyak-banyak sampai orang lain tak dapat.  ataupun ambik makanan penuh sepinggan tapi tak habis.  aku kurang gemar tengok orang yang macam ni  :(


dalam keadaan yang agak kenyang tu, we made our way out dan singgah sekejap di Sephora dan seterusnya di Pavilion.  sekejap je pun kat Pavilion sebab 3 pasang mata dah mulai layu…

tak semena-mena, mata aku pun dah mula layu dah sekarang ni… *_*


Friday, March 27, 2015

jubah & kopi

sabtu lepas kami ke The Strand, Kota Damansara.  nak jenguk-jenguk Imaan Boutique sebab ada sale.  kitaorang keluar awal pagi tu, sebelum butik bukak.  ingatkan nak jadi yang pertama sampai, rupanya ada lagi yang lebih awal dari kitaorang.  hehe…  kalah kitaorang.


since dah keluar awal, pagi tu tak sempat breakfast.  lepas rembat sehelai-dua jubah, perut dah start rasa pedih.  so kitaorang pun cari mana-mana restoran ataupun café yang sesuai untuk breakfast.


dalam masa berpusing-pusing kat The Strand tu, ternampak jugak a few cafes dan restoran.  tapi mata kitaorang tertumpu kat satu café ni.  nama restoran tu The Brew Houze.  café tu simple je, takde decoration yang gah ataupun over-the-top.


cer tengok gambar restoran ni.  pesen dia lebih kurang macam cafe Burps & Giggles kat Ipoh tu.  tapi deco kat B&G lagi mainstream.  hehe..  anyway, kitaorang order Red Mocha, Golden Coffee, espresso, grilled chicken sandwich and turkey sandwich.


food wise, ok ~ boleh jamah.  portion pun ok.  cuma servicenya agak slooowww sedikit.  nak dekat setengah jam jugaklah tunggu food sampai.  dahlah perut lapar.  mujur mr. hubby tak jerit kat pekerja tu.


tapi aku rasa yang membuatkan lambat tu sebab tak cukup manpower kot.  kat dalam café cuma ada seorang staff ~ ambik order, buat drinks, deliver order & cashier.  dan seorang lagi kat kitchen.  mungkin nak jimat overhead, tu yang semua kena buat sendiri.  agaknya lah.  pandai-pandai je aku buat assumption.  hehe...  *_*


in the future, kalau aku ke area situ lagi, mungkin fikir banyak kali samada nak masuk café tu lagi ke tidak.  tapi kalau korang nak rasa food dia, aku memang recommend.  lepas bershopping kat The Strand tu, bolehlah membasahkan tekak di situ.  info dan alamat cafe boleh tanya pakcik google ya ^_^ 

ok, itu je lah nak citer.  terima kasih sebab sudi singgah

ada ternampak Dreamz Bakery masa kat sana.  ada sesapa pernah cuba makan kat situ tak?  (^_^)


Sunday, January 18, 2015

artsy dining

dah lama tak buat entry tentang outing & makan-makan kan?  ada jugak keluar jalan-jalan a few times, tapi tak done nak buat entry.  berkulat gambar-gambar tu dalam handphone.

our first photo in 2015  (^_^)

since dah lama tak buat entry tentang makan-makan, aku fikir hari ni lah hari yang terbaik yang buat entry tu.  terbaik dari segi apa, aku tak tau lah.  ikut sedap aku je.  nampak...  hehe…

Photo credit to Le Geo Art Restaurant

last thursday we had dinner at Le Geo Art Restaurant di Jelatek Business Centre.  ni second time kitaorang makan kat sini.  masa first time dulu, ada jugak ambik gambar food dia.  konon-konon nak buat post lah.  sudahnya haram!  tak dapek den nak nolong...!


restoran ni deco dia simple, tapi menarik.  yang paling menarik, selain tempat duduk berkerusi, dia ada tempat duduk kat bawah macam kat restoran jepun tu.  ni lah first time aku jumpa restoran yang bukan bermenu jepun yang buat konsep macam tu.  sushi king pun tak macam tu.

Photo credit to Le Geo Art Restaurant

di samping tu, ada jugak lukisan-lukisan yang digantung di dinding kalau ada pelanggan yang berminat nak membeli.  kata art restaurant, macam tulah kekdahnya.  hehe...


the restaurant's cuisine is Asian and Western flavours.  aku dan mr. hubby ordered set meal ~ Nasi with Otak-Otak Special and hot green tea.  aku pulak ordered Fried Rice with Egg & Chicken Chop dan also hot green tea.




Dina mana nak order set meal ni sume.  pelik sikit budak ni.  she ordered Fried Homemade Taufoo, Spicy Noodle Chicken dan Frappe Chocolate.


satu yang aku suka tentang restoran ni ialah dia tak sesak.  bukan takde orang, cuma lengang.  aku suka macam tu!  ^_^  mungkin lunch time ramai kot sebab aku nampak ada banner kat depan restoran sedang promote lunch set meal.


lagi satu sebab servicenya yang efficient dan mesra pelanggan.  dalam masa 5 minit kitaorang dah dapat semua yang kitaorang order.  nice...  waiternya pulak really friendly.


to conclude, kitaorang memang suka makan kat situ.  good food, comfy ambience, friendly staff dan yang penting, affordable prices.  being said that, i would recommend the restaurant to whoever's looking for good food with cozy place to dine.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...