Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label outing. Show all posts
Showing posts with label outing. Show all posts

Saturday, February 27, 2016

february outing

kitaorang ni jarang-jarang outing.  yang kerap keluar tu selalunya dekat-dekat dengan area rumah je macam Aeon AU2 ke, Alpha Angle ke, ataupun Ampang Point.  paling kerap ke pasaraya besar macam Tesco Ampang ataupun Aeon Big WM.


so bila dapat keluar ke bandar pada waktu weekend, setiap saat kat luar tu memang dipergunakan sepenuhnya.  berjam-jam jugaklah.  padahal, hari-hari masuk bandar sebab pergi kerja.  tak jemu-jemu jugak.  huhu!!!


anyway, Ahad lepas aku buat senaman muka kat KLCC.  aku kalau ke situ, mesti ada yang nak mengekor.  tapi aku pergi dulu naik train, diaorang datang kemudian.  kebetulan pulak mr. hubby ada hal nak pergi Maxis.


bila habis buat senaman muka, kitaorang meet-up kat Typo, kedai favourite dina.  dah settled semua urusan, baru terasa lapar.  dah 2:30, memanglah kebulur.  lagi pun, lunch kat KLCC sebenarnya takde dalam itinerary.  tapi disebabkan kitaorang masih ada kat situ dan perut pulak dah lapar, alang-alang kan... makan je lah kat situ.


nak makan kat mana?  tumpul idea sebab memang tak plan nak makan kat KLCC.  plan asal nak tapaw je makan kat rumah.  tak sangka pulak berjam-jam kat situ.  hehe…  pusing punya pusing punya pusing, last-last kitaorang masuk restoran Bumbu Desa.


ni kira kali kedua aku ke restoran tu dengan mr. hubby & dina.  lama tak makan kat situ.  kitaorang tak order banyak lauk, sorang pilih satu menu, tambah satu lauk yang berkuah.  tauhu goreng, ayam cabai ijo, paru tusuk & gulai cumi.  for drinks we ordered mineral water, coke & es kacang merah.


alhamdulillah.  balik rumah petang tu kekenyangan dalam kepenatan.  penat tawaf satu KLCC tu.  tapi happy sebab dapat shopping spending time dengan family.

note to mr. hubby & dina:  next appointment for senaman muka nak ikut lagi ke?  *_*


Saturday, April 25, 2015

film.face.food

being a member of a club tentu ada privilege kan.  that's the reason people join in.  aku ni takdelah join kelab yang gah pun.  setakat member untuk supermarket macam Tesco atau Aeon Big tu adalah.  hahaha!!!


satu lagi yang join ialah TGV MovieClub.  and one of the perks are two free tickets & a regular popcorn in your birthday month.  jadi lah kan daripada takde...


last Sunday, dina nak tengok Fast & Furious 7.  aku kurang minat cerita-cerita ganas ni.  so aku bagi tiket yang aku dapat tu ke dina & mr. hubby.  sementara diaorang tengok movie, boleh lah aku buat facial  (^_^)


tapi dina tak dapat tengok sebab filem tu only for 18 years old and above.  ada parent ikut sekali pun staff kat counter tu tak bagi.  frust betul dia.  sudahnya dia & mr. hubby tengok cerita animasi Home.


lepas facial, ingatkan nak cuci-cuci mata, tapi tak sempat.  anak & bapa tu pun dah habis tengok movie jugak.  bila jumpa balik, terus plan nak pergi makan walaupun masa tu belum lapar lagi.  so kitaorang pun masuk ke salah satu restoran yang belum pernah cuba lagi iaitu Chinoz On The Park.


bila dapat menu, memasing macam stone.  baca menu punyalah tekun.  macam budak universiti nak ambik periksa.  tapi tak tau nak order apa.  masalah utamanya sebab belum lapar, so ingatkan nak order yang ringan-ringan je.  tapi dalam menu tu mostly food dia berat.  acaner tu...


anyway, dina order Parpadelle Meatballs Pasta.  aku order soft shell crab and chicken & mushroom pie.  mr. hubby order desserts je ~ pavlova.  itu je kitaorang order.  tapi kenyang jugak.


to conclude, food presentation dia memang cantik.  but taste wise, biasa-biasa je.  kalau korang tanya nak repeat ke tidak, mungkin tak kot.  kitaorang prefer Ben's lagi  *_*

so itu je lah kisah Ahad lepas.  terima kasih ya sebab sudi singgah.

hidup untuk makan, atau makan untuk hidup?


Friday, April 17, 2015

being Zen till Pampas

this story is a bit overdue...

hari isnin sehari selepas birthday aku tu, aku dan mr. hubby cuti.  saja je nak manjakan diri sebab birthday.  over kan?  hehe… tapi memang best cuti bila orang lain pergi kerja kan?  nak-nak lagi hari isnin.  perghhh!!! syok wei!

tapi tak berehat pun sebenarnya.  pagi tu aku ikut mr. hubby buat rawatan akupuntur.  ni kira second time aku ikut dia.  masa first time tu cuak jugaklah.  ya lah kan, nak kena karen.  kali kedua dah kurang sikit nervous.


dari hospital, kitaorang ke Jalan Kia Peng.  time cuti-cuti pun nak pergi ke area office.  apa kes ni?  sebenarnya aku ada buat appointment untuk body massage kat The Zen Spa, Novotel.  kebetulan pulak cuti, ada baiknya aku pergi daripada melepak kat rumah.


kalau nak compare, mr. hubby lebih kerap pergi massage daripada aku.  dia selalu pergi buat massage untuk kaki atau satu badan.  kalau ada game bola, lagi kerap dia pergi massage.  aku tengok mood lah.  kalau rajin, aku ikut dia.  tapi selalunya kurang rajin.  hehe…


anyway, since kitaorang berdua, we were assigned to a couple’s room.  mula-mula tu, wanita tanah seberang tu urut aku lemah-lembut je.  lemah gemalai katakaw.  tapi lama-kelamaan, makin kuat pulak.  main kasar makcik ni, aku cakap dalam hati.  masa tu, aku rasa dia buat badan aku macam doh roti kot ~ kena uli.  macam rancangan Uli-Uli Aidilfitri tu.  hehe…


pada aku sendiri, ada certain body parts yang aku rasa sakit.  walaupun sakit, badan yang sebelum ni rasa lenguh, dah rasa lega dan segar.  mungkin aku yang tak tahan kot sebab aku jarang sangat pergi berurut.  aku tengok mr. hubby relax je.  siap boleh zzz lagi.  dalam bilik spa tu aku takde ambik gambar sebab handbag dah kena simpan kat locker.  so ini je lah gambar yang aku dapat share.


the massage ended 1 ½ hour later .  kitaorang tak sempat lunch sebelum berurut.  so kitaorang cepat-cepat keluar dari kawasan segi tiga emas sebelum tamat office hour dan terus cari port nak makan.  mr. hubby suggested pergi Dataran Jelatek ~ dekat sikit dengan rumah.  mak ni ko jangan tanya nyah, mak ok jer…!  *_*


tiap kali lalu Dataran Jelatek, mesti akan ternampak satu restoran ni.  besar tulisan kat sign boardnya.  mr. hubby ajak cuba Pampas Burger.  kitaorang sampai situ lebih kurang pukul 4.00 petang.  dah memang lepas time lunch lah kan.  restoran pun lengang.  cuma satu meja je yang ada pengunjung.


menu dia tak extensive sangat, so senang nak pilih.  takde lah rambang mata.  dah signature dishnya burger, jom kita makan burger.  aku order Blue Cheese & Bacon Burger serta Cheesy Fries.  Mr. hubby order Grilled Chicken Sausage serta Sweet Potato Fries.


burger yang ada kat restoran tu bukan setakat burger daging dan ayam je.  ada lamb, turkey, salmon serta crab burger.  selain burger, ada jugak soup, salad, pasta and a few side dishes in the menu.  taste wise, oklah.  boleh jamah dan sure kenyang.


balik rumah petang tu macam balik waktu hari bekerja jugak.  cuma awal sikit je dari biasa.  apa-apa pun, it was a fun and beautiful day because I spent it with my most favourite person on the planet.

note:  Abang, thank you for being there whenever I need you.  mahal na mahal kita…


Saturday, November 1, 2014

girls' day out

hari ahad lepas, entah kali yang ke berapa aku, Qila & Dina ke seksyen 7, shah alam.  dah tak ingat lah, dah lost count!  tapi dah berapa kali Qila pergi tanpa aku, itu aku tak tau lah.  mihihihi!!!

memetik kata-kata mr. hubby, “nak shopping apa lagi?  raya pun dah habis”.  betul jugak tu.  hehe... ya betul tapi bukan nak shopping sangat pun.  sebenarnya nak pergi satu butik yang dah buka di shah alam, tapi kitaorang belum pernah jejak lagi.


tapi sambil-sambil tu, pergi jugaklah butik yang lain-lain.  rugi pulak rasa kalau menyelam tak minum air.  hehe...!!!  nama butik tu Bella Ammara.  butik ni baru bukak hujung bulan ogos hari tu, tapi kitaorang tak pergi.  tak minatlah nak pergi kedai bila orang ramai sangat.


aku takde ambik gambar butik bella ammara masa pergi hari tu.  so ni aku copy&paste je dari akaun instagram dia.  dan aku tak kuasa nak crop.  anyway, butik ni interior design dia cantik tau.  kat luar dia pun cantik jugak.  cer tengok.  cantik kan?


butik bella ammara ni merangkumi 3 brand di bawah satu bumbung dan dibawah owner yang sama ~ Bella Ammara, Osra & Pudore.  mostly ketiga-tiga butik ni jual jubah.  tapi ada jugak nampaknya terselit baju kurung, telekung serta shawl.


seperkara yang aku notice, kat website, jubah-jubah ni cepat betul habis.  terlajak laris!  tu pasallah kitaorang ke sana.  lagi pun, nak jugak menerai sebelum membeli, takut-takut kalau tak muat.  lepas tu tak boleh nak return.  haa... masalah lah pulak.


anyway, masa kitaorang pergi hari tu, banyak jubah yang dah habis.  takde stok.  mungkin sebab kitaorang datang hari terakhir dalam minggu tu.  hari isnin pulak butik tutup.  selasa baru ada stock sampai.  tu lah pasal kot.


Photo credit to Osra Boutique

tapi dalam takde stok tu, dapat jugaklah rembat sehelai jubah.  dah datang jauh-jauh, takkan balik tangan kosong je kan?  huhu!!!  sebelum ke butik tu, Dina dah sambar sehelai jubah kat Qala Qisya.  hmmm...semuanya main sambar dan rembat je.  macam touch & go pulak.


usai shopping di bella ammara, rasanya kitaorang dah selesai urusan di jalan plumbum tu.  dah takde butik lain lagi nak pergi.  kalau ikut plan asal, ada 5 lagi tempat kitaorang nak pergi.  untuk tidak membuang masa, dari situ kami terus ke Jalan Kristal.



ntuk makan tengahari, kami menjamu selera di Roa by Jovian Mandagie.  Yes, you heard me right.  The owner is Jovian Mandagie, the designer.  dia takde kat situ, tapi bapak dia ada.  hehe...


nampak tak bapak Jovian sedang buat catwalk?  ^_^

cuisine restoran ni adalah masakan Manado.  konsep restoran ni macam restoran nasi Padang, tapi ada jugak a few makanan yang dimasak panas-panas.  cuma menunya agak limited.

wanita bertudung pink tu ingat aku snap gambar laki dia.  aduyai...!  :(

restoran tu santai dan sempoi je.  ingatkan ala-ala fine dining.  hikhikhik!  anyway, untuk lauk-pauk, kitaorang order Ayam Goreng Mentega, Sapi Bumbu SereUdang Woku dan Roa Saus.


ayam goreng mentega tu macam ayam goreng kicap.  sapi bumbu sere tu macam rendang, tapi pedas gilerrr.  udang woku tu udang bertumis dan ada sedikit kuah.  roa saus tu aku tak sure apa dia, tapi rasanya itu signature dish dia kot.  ntah apa ingredient dia.  macam sambal ikan bilis kering, tapi sedikit keras dan pedas.


disebabkan sapi bumbu sere tu pedasnya tak hengat, kitaorang tak teragak-agak nak order Pavlova dan Belgian Choc Cheese Cake.  nampak...!  alasan je tu sebab tak nak rasa bersalah.  hehe...  dah kenyang separuh nyawa, kitaorang beredar dan menuju ke Bangsar.


di Bangsar, kami ke Modvier.  pun pengalaman yang sama macam kat bella ammara tadi, banyak barang yang dah habis.  modvier pulak tutup hari isnin dan selasa.  kitaorang fikir, hari rabu stock baru akan sampai.  sudahnya, sorang pun tak beli apa-apa.

Photo credit to Kosmo!

our next pit stop was a coffee house.  dina dah lama teringin nak pergi this place called DipNDip di Jalan Telawi 3.  tapi belum berkesempatan lagi.  since Qila dah mention the week before, nampaknya impian dina terlaksana.


that outlet penuh masa kitaorang sampai.  takde seat, so kena tunggu.  tapi tak lama pun, tak sampai 5 minit.  Dina ordered Marshmallow Crepe dan Qila ordered Triple Chocolate Crepe.  kitaorang ordered 2 items je, share-share lah.  masih rasa kenyang lepas makan kat Roa.  anyway, thank you Qila.  semoga tambah murah rezeki.  aamiin  (^_^)


dari Bangsar, kami terus balik.  sepatutnya ada 3 lagi butik kat Wangsa Maju kitaorang nak singgah.  tapi tak sempatlah.  dah petang sangat.  mungkin lain kali.  insya'Allah.


itu je lah cerita hari ahad lepas.  terima kasih sebab sudi singgah  ^_^

note:  photo credit to Dina & Qila


Saturday, September 20, 2014

shopping & cosy

hai korang.  apa agaknya aktiviti masa cuti Hari Malaysia hari tu?  jalan-jalan ke, beriadah ke, or just lepak-lepak malas kat rumah?

Photo credit to Republika Online

aku ni tiap kali cuti, ada je alasan nak keluar.  nak cari barang dapur lah, barang mekap lah, barang penjagaan diri lah.  pendek kata, ada je yang nak dibeli.  janji keluar.

tapi tak sangka pulak aku ni lebih kurang macam Luvelymummy.  panas vonts kalau duduk rumah lelama.  hahaha!  oklah tu my biras.  give me five!  (^_^)


cuti hari tu kebetulan mr. hubby nak cari barang.  so kitaorang pun ke Alpha Angle Wangsa Maju.  dah lama tak ke situ.  nampak beberapa tenant dah bertukar dan ada sedikit renovation dilakukan kat dalam bangunan tu.


kitaorang pun masuk ke Aeon and we went directly ke bahagian yang memang kitaorang nak pergi.  pilih punya pilih punya pilih mana yang sesuai.  kalau sesuai dengan kita tapi tak sesuai dengan budget, tak jadi jugak kan?  huhu!!!


cuba punya cuba punya cuba.  finally mr. hubby beli satu beg sandang & wallet.  mr. hubby tak pernah tukar wallet sejak kahwin.  boleh bayangkan tak macam mana ghoper nya?  usai membeli, perut terasa lapar.  memang saja je pun plan keluar dekat-dekat time lunch.  hikhikhik!

dari seksyen 1, kami ke Jalan Wangsa Delima 2A.  aku teringin nak makan kat satu restoran ni.  aku dan mr. hubby dah pernah ternampak restoran ni a few weeks ago.  dari luar, nampak cantik je.  nampak cozy je.

Photo credit to Cosy Place

Photo credit to Cosy Place

nama restoran tu Cosy Place.  deko restoran tu dari luar memang cantik.  ala-ala english deco.  kat dalamnya pun cantik jugak.  cuma pencahayaan kat dalam restoran tu agak kurang sikit.  mungkin konsep dia memang macam tu kot?



tiba masa untuk order makanan.  tak tau nak order apa.  bila mr. hubby tanya waiter apa specialty restoran tu, waiter tu tak boleh nak jawab.  acaner tu?


sudahnya order je lah apa yang terlintas kat fikiran.  takkan lama benor nak memikir ya tak?  we ordered creamy mushroom soup for appetizer.  dina order seafood pasta, mr. hubby order mushroom bruschetta dan aku order grilled beef burger.


apa yang boleh aku katakan pasal restoran ni...  deko ok.  service ok.  food just ok.  itu je lah kot aku punya review pasal restoran ni.  and not forgetting, thanks to dina for being the photographer for that day.  hehe...

hari ni & esok adalah cuti.  apakah?  *hint*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...