Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

nasi minyak di Pokok Assam

minggu sebelumnya kitaorang ke selatan.  minggu lepas ke utara pulak.  semuanya gara-gara menghadiri majlis kahwin.  sabtu lepas, anak kepada sepupu mr. hubby kahwin di Taiping.  so kiranya kitaorang balik kampung mr. hubby lah ni.


tapi kali ni tak cukup quorum.  Azrul & family tak balik di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.  semoga semua urusan telah dipermudahkan Allah hendakNya.


kami sampai di Pokok Assam, Taiping lebih kurang pukul 1:30 tengahari.  nampak macam kat situ baru je selesai hujan.  mujur majlis tu diadakan di dalam dewan.  takde lah lecah!  ^_^  tapi ada jugak khemah disediakan di luar dewan untuk kemudahan tetamu.



masa mula-mula sampai tu, nampak agak crowded.  tapi by the time kitaorang nak makan, ramai yang beransur pulang.  mungkin diaorang tunggu hujan berhenti baru balik kot.


makanan di khemah dihidang secara buffet.  tapi kitaorang yang kat dalam dewan, makanan berhidang.  macam VIP pulak rasa.  hehe…  pelamin dia walaupun simple, tapi cantik.  wedding deco macam photo booth pun cantik jugak.



antara food yang ada ialah nasi minyak, ayam goreng, rendang daging, gulai nenas dan ulam-ulaman beserta sambal belacan.  bubur pulut hitam pun ada sebagai desserts.


kebetulan pulak ada disediakan karaoke kat wedding tu.  apa lagi, pantang jumpa lah memasing.  dah hilang gian menyanyi, baru lah pergi check-in di hotel.  selalunya kitaorang akan booking hotel yang sama, tapi kali ni kitaorang terpisah.  panjang ceritanya…  so tak payah cerita lah ya.


kitaorang checked-in di Regency Hotel Seri Warisan.  dekat dengan Legend Inn yang kitaorang duduk dulu.  seberang jalan je.  family room yang aku booked tu memang luas.  tenang mata memandang & fikiran bila berehat…


cuma yang aku pelik, kat koridor nak ke bilik, nampak suasana macam moden.  tapi bila masuk je bilik, furniture dia macam zaman colonial.  hehe..  tapi aku tak tau lah pulak kalau-kalau itu memang konsep hotel ni ~ konsep ala-ala zaman colonial…


malam tu ada barbecue dan karaoke session kat rumah pengantin.  nasib baik takde joget lambak!  huhuhu!!!  antara menu yang disajikan malam tu ialah nasi putih beserta lauk-pauk ~ kambing panggang, kari ikan, sambal udang, ikan goreng dan pecal.


sambil makan, dihiburkan dengan nyanyian karaoke.  mana yang suara ok tu, oklah.  bila suara yang tak ok tu menyanyi, rasa tak boleh nak telan makanan.  hihihi!!!

ada peminat nampak... ^_^

korang boleh nampak kan antara gambar yang aku post ni mr. hubby berkaraoke?  mr. hubby memang takkan miss menyanyi bila ada sesi karaoke.  senang cakap, dia residen artis untuk keluarga Abu Bakar lah.  bahahaha!!!!

************************

the next morning kitaorang takde apa-apa plan.  tapi tak semena-mena BIL came up with a plan.  Salleh Stall or Nasi Ganja di Ipoh?  we chose Salleh Stall since we’ve never been there before.  kata mr. hubby lagi, kalau makan nasi ganja, bimbang tak nampak jalan pulang sebab mengantuk nanti.  betul jugak tu.  hehe…


lepas checked-out, we made our way to Kuala Sepetang.  this our third time in Kuala Sepetang.  masa kali pertama & kedua dulu, kitaorang singgah makan di Restoran Mee Udang Mak Jah.

tak sangka pulak kat pekan kecik ni ada AmBank

masa kali kedua tu patutnya ke Salleh Stall, tapi mil tak minat tempat tu.  huhu!!!  so kitaorang pun tak singgah.  tapi suasana kat restoran Mak Jah pada kali kedua tu kurang ‘aura’nya.  tu yang membuatkan kitaorang pilih Salleh Stall pulak kali ni.



Salleh Stall tu ada pengunjung, tapi tak ramai.  masa kitaorang nyaris-nyaris singgah dulu pun macam tu jugak.  macam takde orang.  tapi menurut kata Uncle Mat, situ lebih popular dan lebih sedap daripada Mak Jah.

mee udang

menu kat Salleh Stall tu tak banyak.  agak limited.  kalau korang singgah sini, boleh pilih samada nak mee udang, mee goreng atau mee rebus.  tapi mee tu boleh ditukar kepada meehoon, kueyteaw atau mee segera.  nasi takde hokey.

korang nampak ke beza kedua-dua mee ni?
mee goreng & maggie goreng

taste wise, ya, food dia sedap.  boleh tahan.  mungkin disebabkan menu yang limited, membuatkan stall tu lengang.  tapi kebaikannya bila menu limited, food kualiti dapat dikekalkan.  mmm… dah macam belajar perdagangan lah pulak.


lepas makan, kitaorang shoot balik KL.  dalam perjalanan singgah di R&R Bukit Gantang untuk beli sikit buah-buahan.  sambil-sambil tu beli jajan jugak.


beli jajan bukan apa, untuk buat kudap-kudap dalam kereta.  nak hilangkan mengantuk sebenarnya.  hehe…  sampai rumah lebih kurang pukul 7.00 malam.  alhamdulillah.

terima kasih sudi singgah...


Monday, November 30, 2015

nasi arab yang sedap

jumaat lepas, untuk kesekian kalinya, kitaorang ikut mr. hubby outstation ke JB.  bertolak seawal 8.00 pagi, terus menuju ke ofis mr. hubby untuk hantar dokumen.  sementara tunggu mr. hubby selesaikan urusan, aku & dina breakfast di Chili Espresso.


untuk aku & dina, time tu terlalu awal untuk breakfast.  so bila waiter datang ambik order, kitaorang macam stoned kejap.  tak tau nak order apa.  last-last, nasi lemak untuk aku, dan sausage+egg+baked beans+salad+toast untuk dina.


tak lama pun kitaorang kat situ.  lebih kurang pukul 9.00 pagi kitaorang bergerak ke JB.  adalah berhenti kat a few R&Rs when nature called.  sampai di JB lebih kurang pukul 2.00 petang, terus menuju ke Bandar Baru Uda.


aku kalau datang JB, tak sah kalau tak pergi Jalan Padi Emas tu.  semua butik yang ada kat Seksyen 7 Shah Alam ada kat situ.  cuma aku kalau nak pergi ke Shah Alam tu yang ntah bila boleh sampai.  tu je masalahnya.  so dah alang-alang kat JB, singgahlah sekali.


kitaorang lunch kat area situ jugak.  lepas tu checked-in kat hotel.  kali ni kitaorang tak stay kat Grand Bluewave macam biasa.  aku pilih budget hotel sebab minggu depan nak tidur hotel lagi kan?  hehe...  kitaorang stay kat Zoom In Boutique Hotel di Danga Bay.  tak berapa jauh dari Bandar Baru Uda.


kitaorang pilih family room.  deco dalam bilik tu agak awesome.  the room was spacious with modern decoration.  walaupun takde minibar, kitaorang ok je.  yang penting, ada wifi.  hehe...


mr. hubby ada appointment waktu petang dan malam.  tinggallah kitaorang berdua dalam bilik.  takde masalah pun sebenarnya.  kitaorang ok je as long as ada iPad & iPod  *_*

********************

after checking out the next morning, kitaorang ke Pasir Gudang sebab ada wedding invitation.  it took us approximately half-an-hour to reach Taman Mawar from JB city.



dewan tu agak besar.  walaupun ramai tetamu, tapi tak crowded.  pelaminnya cantik.  decoration dalam dewan pun cantik.  sempatlah jugak pengantin lama ni nak tumpang bergambar.  mihihihi!!!


makan dihidang secara buffet.  sebanyak 3 station disediakan untuk kemudahan tetamu.  memang mudah.  taklah bersesak ataupun berebut nak ambik makanan.


antara menu yang disediakan ialah nasi arab, daging rendang, ayam masak merah, kambing panggang serta ayam panggang.  selain tu, ada laksa johor dan cendol as desserts.  pada pendapat aku, nasi arab dia sedap sangat.  makan macam tu je tanpa lauk pun sedap.

mr. hubby & bapak pengantin Tuan Haji Salimun


about 1.30 p.m we left Pasir Gudang heading towards Kuala Lumpur.  untuk menghilangkan mengantuk disebabkan nasi arab yang terlalu sedap tu, memasing menyanyi tak hengat dunia.  semua ke laut.  yang penting, hilang mengantuk.

another wedding to attend next week.  heading north this time...


Sunday, May 31, 2015

Apit & Ara

sabtu minggu lepas sepupu aku, si Apit kahwin.  kalau diikutkan, Apit ni sepupu yang last sebelah ayah aku.  dengan kata lain, Apit ni anak bongsu kepada adik bongsu perempuan ayah aku, Achiktapi sebenarnya, aku masih ada lagi cousins (extended) sebelah ayah yang belum kahwin, budak-budak lagi.  lain kali lah aku cerita ya.


untuk majlis kahwin Apit, family Achik decided to have the event kat Dewan Merdeka, Rembau.  bila tanya Achik kenapa tak buat majlis kat rumah macam yang lepas-lepas, Achik kata tak dah tak larat.  siapa pulak nak tolong.  makcik-makcik yang biasa menolong dah takde lagi kat kampung.


anyway, katanya majlis start pukul 11.30 pagi.  kitaorang bergerak dari rumah pun dah pukul 11.20 pagi.  hai hai hai … orang pangkal pun lambat.  acaner tu…  masa kitaorang sampai, dah ramai tetamu yang sampai.  yang dah nak balik pun ada.  sekali terjumpa makcik aku, Nokmak, dan sepupunya,  Kak Padil.  oklah, ada jugak geng, boleh duduk semeja.

"...ompek, satu, sonyum lebar..."

lepas habis makan, kitaorang tak terus balik.  dah lah datang lambat, ada hati nak balik awal.  huhu!!!  kitaorang tunggu sampai pengantin datang, bersanding serta makan beradab.

mertua vs. menantu  ^_^

rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Apit & isterinya, Ara.  semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

macam mana ayah boleh terselit makan kat meja pengantin pun aku tak tau *_*

lepas tu baru kitaorang balik.  dalam perjalanan ke KL, kitaorang singgah di Bangi Sentral.  kawasan baru tu bakal jadi macam di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam.  buat masa ni, keadaan masih sedikit terkawal.  tunggu lah sikit masa lagi.


butik-butik pun belum banyak lagi kat situ.  antara yang ada ialah Sugarscarf, Radiusite, Cala Qisya, Bella Ammara & Rina Salleh Clothing.  kebetulan masa tu opening Imaan Boutique, itu pun dah buat sesak kat tempat parking.  macam serik je nak ke situ lagi.


tak sabar nak ke pusat pakaian muslimah di Jalan Padi Emas minggu depan  (^_^)


Tuesday, February 4, 2014

a wedding invitation ~ part ii

bangun pagi tu rasa fresh jugaklah.  mungkin sebab malam tadinya terlampau penat.  so malam tu tidur mati kot.  tu pasallah fresh.  hahaha !!! 


 anyway, pagi tu kitaorang breakfast kat hotel since it was included in the room price.  food dia oklah, quite filling jugak walaupun tak banyak variety.  lepas berkemas, kitaorang terus checked-out walaupun baru pukul 11.30 pagi.


dari Alor Setar, kami menuju ke Gurun.  mr. hubby nak bawak kitaorang makan kat satu restoran yang dia pernah terbaca artikel kat suratkhabar.  yang paling popular kat restoran tu ialah ikan bawal goreng.


sebenarnya, tak susah nak cari sebab restoran tu terletak tak berapa jauh dari toll exit.  tapi disebabkan kitaorang nak cepat sampai, adalah 2-3 kali tersesat.  last sekali barulah jumpa.  itu pun selepas kali kedua melalui jalan yang kitaorang dah lalu sebelumnya.


nama restoran tu Top D’Gurun.  bila aku tanya mr. hubby masa sedang pusing-pusing cari restoran tu, dia tak ingat pulok.  restoran tu bolehlah dikatakan tu menjual nasi berlauk.  lauk memang banyak.  penuh meja.


ikan lah yang paling banyak, samada dimasak secara goreng, bakar, sambal atau gulai.  ayam, daging, ikan masin, telur & sayuran pun ada jugak.  tapi main dishnya ialah ikan.  masa kitaorang kat situ, food yang sedang mendidih dalam kawah kecil pun ado.


restoran ni konsepnya layan diri.  ko ambik nasi, pastu ambiklah mana-mana lauk yang ko suka.  nanti akan ada orang menyusul dan bagi harga kat ko.  tu je kaedahnya.  by the way, harga teh ‘o’ ais 5 kupang hokey!  siap promo kat depan restoran lagi.  so tak payahlah susah-susah nak fikir dah.


dari Gurun, kami bergerak balik ke KL.  perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5-6 menjadi 9 jam.  mana taknya, setiap kali menghampiri R&R, jalan jam.  just imagine berapa banyak R&R dari Gurun ke sini.


jam paling teruk kat Perak.  Bukit Gantang – Sungai Perak -Terowong Menora - Kuala Kangsar.  Simpang Pulai – Sungkai.  Tapah – Slim River.  apa barang???  bukan setakat punggung je kematu tau.  pinggang pun sakit jugak sebab duduk lama sangat.  stress mak!


tapi aku tau mr. hubby lagi stress sebab dia yang drive.  aku seboleh-bolehnya nak elakkan daripada tidur supaya boleh temankan mr. hubby berbual.  tapi ada masa tu aku melayang jugak.  susah nak ajar mata ni!  i’m sorry mr. hubby  :(

kalau boleh, nak elakkan cuti-cuti malaysia pada musim perayaan.  serik dowh!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...