Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Friday, September 30, 2016

bercanda di tepian pantai

cuti hari Malaysia yang lepas kitaorang ke Port Dickson.  balik kampung beb!  hehe… tak lah.  SLC buat family day kat PD.  awal jugak kitaorang keluar rumah pagi tu.  sesudah dhuha.  hehe...


alhamdulillah, kitaorang sampai PD lebih kurang pukul 11.30 pagi.  memang mr. hubby plan nak sampai awal kat sana.  kalau boleh sebelum zohor.


masa sampai di Seri Bulan Condominium, AJK sedang sibuk susun meja.  yang aku pelik tu, kenapa meja yang disewa tu tak dipasang sekali.  tukang menghantarnya ramai.  lepas bawak turun meja & kerusi dari lori, diaorang boleh borak je kat situ.

pastu siap ajar cara pasang meja tu, nak tengok betul ke tidak.  ada ke patut?  kalau nak diaorang pasang, kena tambah bayaran lagi.  aduyai…!  entah apa-apa lah blackcurrant ni punya rule.  pffttt!!!
bila dah settled, AJK bawak keluar potluck untuk makan tengahari.  kebetulan kitaorang dah ada kat situ, kitaorang lah antara yang terawal makan.  sama time dengan AJK.  Hehe…

lebih kurang pukul 12.30 tengahari, satu demi satu ahli SLC datang dengan family masing-masing.  ada yang join makan tengahari di khemah.  ada yang tidak sebab dah singgah makan sebelum sampai ke situ.

lepas makan, kunci condo diserahkan kepada ahli beserta dengan souvenir.  apa souvenirnya?  sehelai towel.  jadi lah kan, daripada takde langsung.  alhamdulillah.

satu rumah ada dua bilik.  kitaorang share rumah dengan boy & qila serta mil yang ikut sekali.  Man & famili stay kat rumah sebelah je.

lepas zohor dan rehat sekejap, aktiviti petang tu dimulakan pada pukul 3.00 petang.  Cuaca memang sangat baik petang tu. alhamdulillah.  tapi disebabkan dekat laut, dia punya panas tu lain macam.  nak pitam pun ada.  Hehe…?

tapi bila dah ramai-ramai tu, memang meriah lah jadi nya.  ditambah pulak dengan gelagat dan karakter masing-masing, memang havoc!

untuk petang tu, AJK ada prepare a few games i.e. acara merebut botol, acara memijak belon dan mencari barang-barang.  lepas games, free & easy.  ikut suka nak buat apa sebelum dinner.  ada yang berjalan-jalan kat pantai.  ada yang mandi kat swimming pool.  selebihnya, lepak-lepak kat dalam bilik.

pukul 7.30 malam kitaorang berkumpul semula di khemah untuk dinner.  dinner malam tu memang special sebab candle light dinner.  bukan plan punya tau, tapi candle light yang sangat ori hokey.  kat beberapa tempat di PD memang betul-betul takde electricity,  sabar je lah.

sambil makan-makan, pertandingan karaoke dijalankan sekali.  ditambah pulak dengan master of ceremony yang keletah & kelakar, memang menghiburkan, walaupun kadang-kadang tu entah apa-apa lagu yang dipilih oleh peserta.

acara penyampaian hadiah selepas tamat pertandingan karaoke.  ni termasuk sekali penyampaian hadiah untuk pemenang games pada petang tu.  acara karaoke diteruskan kepada yang gian nak menyanyi sampailah pukul 12.00 tengah malam.

keesokannya takde apa-apa itinerary.  free & easy dan boleh check-out bila-bila masa je.  kitaorang  checked-out lebih kurang pukul 11.00 pagi.

sampai di Seri Kembangan, kitaorang singgah lunch di Restoran Half Moon.  restoran tu is a restaurant with Yemeni cuisine.  bil ordered lamb mandy dan 3 ketul ayam goreng untuk yang tidak makan kambing.  hehe…

mmm…  sedap wei nasi dia.  nasi mandy tu dihidang di dalam talam yang menimbuskan daging kambing di bawahnya.  bertambah-tambah aku makan nasi tu.  tapi bukan aku sorang je.  orang lain pun aku tengok bertambah-tambah nasik jugak.  Hehe…

in shaa Allah, kita jumpa lagi untuk next SLC event…


Friday, March 18, 2016

hooray! hooray!

birthday mil sabtu lepas kitaorang ke luar daerah.  ni kira first time lah keluarga Abu Bakar celebrate birthday di luar kawasan.  biasanya any of the siblings akan bawak mil keluar makan.  tapi tahun ni the siblings buat sesuatu yang tak pernah dibuat.


initially, we intended to go somewhere nearby.  mungkin kat area Beranang/Semenyih atau pun Janda Baik/Bentong.  tapi tarikh yang digemari ramai iaitu awal cuti sekolah memang tak dapeklah den nak tolong.  mostly semua tempat percutian fully booked time tu.  i always keep in mind, kalau nak bercuti time cuti sekolah, kena booking awal, ahead of time actually.  no last minute arrangement...


anyway, so aku dengan mr. hubby fikir, kita KIV je lah plan tu.  sekali si Boy booked villa kat Melaka dowh.  gulp!!!  tak sangka pulak dia boleh book sampai ke Melaka.  bukan Sri Melaka hokey!  yang paling terperanjat sebab harga villa tu boleh buat sakit jantung tau.  huhu!!!


we reached Luxury Beachfront Villa at about 6.00 pm.  upon arriving, we can’t help but notice that it is indeed a huge villa.  it is located in Spring Garden, Tanjung Kling.  the parking bay can accommodate up to 5 cars at one time.  the villa has 6 rooms, and there’s a Jacuzzi in the master bedroom.


the villa is actually fully furnished ~ ada tv, washing machine, oven, dishwasher, microwave, fridge, barbecue facilities, etc, etc.  and the villa is fully air-conditioned.  siap ada free WiFi access lagi.  complete kan?  cuma takde orang tinggal je.  hehe…



we were late that day sebab Dina ada sekolah pagi.  so tak dapat nak ambik gambar kitchen, bilik serta sudut-sudut yang menarik sebab pemandangan dah tercemar dek beg pakaian atas katil serta barang makanan kat dining table & kitchen island.  cuma dapat ambik gambar bilik kitaorang je.



there’s a good size outdoor pool just a few steps from the kitchen.  memang itulah tarikan villa tu sebenarnya.  then ada mini garden overlooking the sea kalau-kalau ada yang nak beriadah.  walaupun menghadap laut, kitaorang tak pergi pun ke pantai sebab pagar tu berkunci.


pemain-pemain 'serupastar' sedang menunjukkan skill masing-masing

petang tu aktiviti free & easy.  sambil barbeque, acara chit chatting adalah wajib.  lain-lain aktiviti termasuklah melantak, berendam dalam swimming pool, main bola serta apa-apa aje yang sewaktu dengannya.  no hard & fast rules.


lepas isyak masa sedang tengok tv, the siblings konon-kononnya nak surprise mil dengan kek, tapi mil tak surprised pun.  huhu!!!  kantoi suda..!



the next day lepas breakfast, sementara nak tunggu waktu check-out, ada yang sambung berendam dalam kolam.  tapi kebanyakannya sambung borak kat dapur.  tu lagi afdal kan...  borak ke, gossip?  huhu!!!  syukur aku tak join.


sebelum lebam dek sesi bergambar kat living room, we all checked out and went our own way.  mil and the rest of the troop headed to the famous Klebang Original Coconut Shake.  lepas tu dengarnya diaorang nak shopping kat Freeport A’Famosa Outlet Village pulak.  bestnya dapat shopping!

5 of 6...

our small family of three headed to my kampung in Kuala Sawah.  aku memang dah plan nak singgah dan mr. hubby pun setuju.  terpaksa setuju kot?  huhu!!!  waghih-waghih kerap tanya kenapa aku jarang balik kampung.

the newest member in the family ~ Dhia Azzahra

bila diingat-ingatkan balik, aku balik kampung setahun sekali je kot.  itu pun masa raya.  bertuah betul aku ni kan?  aku rasa, tu lah sebabnya arwah mak requested dikebumikan kat kampung.  kalau tak, mungkin aku tak balik langsung kot.  tak mustahil tu.  anyway, kitaorang tak lama kat kampung.  sebelum Asar kitaorang dah bergerak nak balik.


on the way balik KL, kitaorang singgah membasahkan tekak di Seremban 2.  café yang kitaorang singgah tu sebenarnya dah disiarkan kat JJCM.  nampak macam menarik, tu pasal kitaorang nak  singgah.


Bros. Café is a Korean Dessert Café.  kitaorang tak tau nak order apa sebenarnya.  so we ordered apa yang kitaorang tengok dalam tv hari tu ~ Misu Crepe dan Bingsoo Bros.Cantata.  Misu Crepe tu crepe biasa je, tapi perisa tiramisu.  Dina yang order.  dia sedang lapar masa tu, tapi order crepe.  ermmm…


Bros.Cantata tu pulak ialah shaved ice, ditabur koko & crushed oreo, potongan Cocopie, a scoop of banana ice cream dan akhir sekali dicurah dengan chocolate cair di atasnya .  yummeh!  nak-nak cuaca panas.  memang heaven…!


by the way, dekorasi kat cafe tu sangat simple dan minimal.  dan cafe tu mengamalkan konsep self-service.  cafe tu dua tingkat, dan kitaorang lepak kat tingkat bawah.  so aku tak tau macam mana rupa dekorasi kat tingkat atas.  taste wise ~ sedap dan tak terlalu manis.  recommended.


sebelum balik, kitaorang singgah di Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ untuk tapau food for dinner.  kitaorang kalau dah sampai Seremban, memang tak sah kalau tak singgah kat situ.  food dia sedap.  dalam perjalanan balik KL, tercium bau food tu yang sedap.  mr. hubby pun tak sabar nak
sampai rumah.  hehe…


alhamdulillah.  sampai rumah lebih kurang pukul 6.45 petang.  walaupun penat, tapi feeling great sebab dapat spent quality time with our extended family.  walaupun hampir sakit jantung dengan harga villa tu, the experience and memories while we were there was priceless.  and thank you bunch to those whose photos featured here.  you know who you are...

hopefully, there'll be a next one, in shaa Allah...


Sunday, December 13, 2015

nasi minyak di Pokok Assam

minggu sebelumnya kitaorang ke selatan.  minggu lepas ke utara pulak.  semuanya gara-gara menghadiri majlis kahwin.  sabtu lepas, anak kepada sepupu mr. hubby kahwin di Taiping.  so kiranya kitaorang balik kampung mr. hubby lah ni.


tapi kali ni tak cukup quorum.  Azrul & family tak balik di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.  semoga semua urusan telah dipermudahkan Allah hendakNya.


kami sampai di Pokok Assam, Taiping lebih kurang pukul 1:30 tengahari.  nampak macam kat situ baru je selesai hujan.  mujur majlis tu diadakan di dalam dewan.  takde lah lecah!  ^_^  tapi ada jugak khemah disediakan di luar dewan untuk kemudahan tetamu.



masa mula-mula sampai tu, nampak agak crowded.  tapi by the time kitaorang nak makan, ramai yang beransur pulang.  mungkin diaorang tunggu hujan berhenti baru balik kot.


makanan di khemah dihidang secara buffet.  tapi kitaorang yang kat dalam dewan, makanan berhidang.  macam VIP pulak rasa.  hehe…  pelamin dia walaupun simple, tapi cantik.  wedding deco macam photo booth pun cantik jugak.



antara food yang ada ialah nasi minyak, ayam goreng, rendang daging, gulai nenas dan ulam-ulaman beserta sambal belacan.  bubur pulut hitam pun ada sebagai desserts.


kebetulan pulak ada disediakan karaoke kat wedding tu.  apa lagi, pantang jumpa lah memasing.  dah hilang gian menyanyi, baru lah pergi check-in di hotel.  selalunya kitaorang akan booking hotel yang sama, tapi kali ni kitaorang terpisah.  panjang ceritanya…  so tak payah cerita lah ya.


kitaorang checked-in di Regency Hotel Seri Warisan.  dekat dengan Legend Inn yang kitaorang duduk dulu.  seberang jalan je.  family room yang aku booked tu memang luas.  tenang mata memandang & fikiran bila berehat…


cuma yang aku pelik, kat koridor nak ke bilik, nampak suasana macam moden.  tapi bila masuk je bilik, furniture dia macam zaman colonial.  hehe..  tapi aku tak tau lah pulak kalau-kalau itu memang konsep hotel ni ~ konsep ala-ala zaman colonial…


malam tu ada barbecue dan karaoke session kat rumah pengantin.  nasib baik takde joget lambak!  huhuhu!!!  antara menu yang disajikan malam tu ialah nasi putih beserta lauk-pauk ~ kambing panggang, kari ikan, sambal udang, ikan goreng dan pecal.


sambil makan, dihiburkan dengan nyanyian karaoke.  mana yang suara ok tu, oklah.  bila suara yang tak ok tu menyanyi, rasa tak boleh nak telan makanan.  hihihi!!!

ada peminat nampak... ^_^

korang boleh nampak kan antara gambar yang aku post ni mr. hubby berkaraoke?  mr. hubby memang takkan miss menyanyi bila ada sesi karaoke.  senang cakap, dia residen artis untuk keluarga Abu Bakar lah.  bahahaha!!!!

************************

the next morning kitaorang takde apa-apa plan.  tapi tak semena-mena BIL came up with a plan.  Salleh Stall or Nasi Ganja di Ipoh?  we chose Salleh Stall since we’ve never been there before.  kata mr. hubby lagi, kalau makan nasi ganja, bimbang tak nampak jalan pulang sebab mengantuk nanti.  betul jugak tu.  hehe…


lepas checked-out, we made our way to Kuala Sepetang.  this our third time in Kuala Sepetang.  masa kali pertama & kedua dulu, kitaorang singgah makan di Restoran Mee Udang Mak Jah.

tak sangka pulak kat pekan kecik ni ada AmBank

masa kali kedua tu patutnya ke Salleh Stall, tapi mil tak minat tempat tu.  huhu!!!  so kitaorang pun tak singgah.  tapi suasana kat restoran Mak Jah pada kali kedua tu kurang ‘aura’nya.  tu yang membuatkan kitaorang pilih Salleh Stall pulak kali ni.



Salleh Stall tu ada pengunjung, tapi tak ramai.  masa kitaorang nyaris-nyaris singgah dulu pun macam tu jugak.  macam takde orang.  tapi menurut kata Uncle Mat, situ lebih popular dan lebih sedap daripada Mak Jah.

mee udang

menu kat Salleh Stall tu tak banyak.  agak limited.  kalau korang singgah sini, boleh pilih samada nak mee udang, mee goreng atau mee rebus.  tapi mee tu boleh ditukar kepada meehoon, kueyteaw atau mee segera.  nasi takde hokey.

korang nampak ke beza kedua-dua mee ni?
mee goreng & maggie goreng

taste wise, ya, food dia sedap.  boleh tahan.  mungkin disebabkan menu yang limited, membuatkan stall tu lengang.  tapi kebaikannya bila menu limited, food kualiti dapat dikekalkan.  mmm… dah macam belajar perdagangan lah pulak.


lepas makan, kitaorang shoot balik KL.  dalam perjalanan singgah di R&R Bukit Gantang untuk beli sikit buah-buahan.  sambil-sambil tu beli jajan jugak.


beli jajan bukan apa, untuk buat kudap-kudap dalam kereta.  nak hilangkan mengantuk sebenarnya.  hehe…  sampai rumah lebih kurang pukul 7.00 malam.  alhamdulillah.

terima kasih sudi singgah...


Monday, November 30, 2015

nasi arab yang sedap

jumaat lepas, untuk kesekian kalinya, kitaorang ikut mr. hubby outstation ke JB.  bertolak seawal 8.00 pagi, terus menuju ke ofis mr. hubby untuk hantar dokumen.  sementara tunggu mr. hubby selesaikan urusan, aku & dina breakfast di Chili Espresso.


untuk aku & dina, time tu terlalu awal untuk breakfast.  so bila waiter datang ambik order, kitaorang macam stoned kejap.  tak tau nak order apa.  last-last, nasi lemak untuk aku, dan sausage+egg+baked beans+salad+toast untuk dina.


tak lama pun kitaorang kat situ.  lebih kurang pukul 9.00 pagi kitaorang bergerak ke JB.  adalah berhenti kat a few R&Rs when nature called.  sampai di JB lebih kurang pukul 2.00 petang, terus menuju ke Bandar Baru Uda.


aku kalau datang JB, tak sah kalau tak pergi Jalan Padi Emas tu.  semua butik yang ada kat Seksyen 7 Shah Alam ada kat situ.  cuma aku kalau nak pergi ke Shah Alam tu yang ntah bila boleh sampai.  tu je masalahnya.  so dah alang-alang kat JB, singgahlah sekali.


kitaorang lunch kat area situ jugak.  lepas tu checked-in kat hotel.  kali ni kitaorang tak stay kat Grand Bluewave macam biasa.  aku pilih budget hotel sebab minggu depan nak tidur hotel lagi kan?  hehe...  kitaorang stay kat Zoom In Boutique Hotel di Danga Bay.  tak berapa jauh dari Bandar Baru Uda.


kitaorang pilih family room.  deco dalam bilik tu agak awesome.  the room was spacious with modern decoration.  walaupun takde minibar, kitaorang ok je.  yang penting, ada wifi.  hehe...


mr. hubby ada appointment waktu petang dan malam.  tinggallah kitaorang berdua dalam bilik.  takde masalah pun sebenarnya.  kitaorang ok je as long as ada iPad & iPod  *_*

********************

after checking out the next morning, kitaorang ke Pasir Gudang sebab ada wedding invitation.  it took us approximately half-an-hour to reach Taman Mawar from JB city.



dewan tu agak besar.  walaupun ramai tetamu, tapi tak crowded.  pelaminnya cantik.  decoration dalam dewan pun cantik.  sempatlah jugak pengantin lama ni nak tumpang bergambar.  mihihihi!!!


makan dihidang secara buffet.  sebanyak 3 station disediakan untuk kemudahan tetamu.  memang mudah.  taklah bersesak ataupun berebut nak ambik makanan.


antara menu yang disediakan ialah nasi arab, daging rendang, ayam masak merah, kambing panggang serta ayam panggang.  selain tu, ada laksa johor dan cendol as desserts.  pada pendapat aku, nasi arab dia sedap sangat.  makan macam tu je tanpa lauk pun sedap.

mr. hubby & bapak pengantin Tuan Haji Salimun


about 1.30 p.m we left Pasir Gudang heading towards Kuala Lumpur.  untuk menghilangkan mengantuk disebabkan nasi arab yang terlalu sedap tu, memasing menyanyi tak hengat dunia.  semua ke laut.  yang penting, hilang mengantuk.

another wedding to attend next week.  heading north this time...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...