Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, November 7, 2015

Cap Kunci

exactly two weeks after our last visit, we went to Bentong again.  tapi kali ni tak masuk hutan lagi lah.  hehe… kitaorang pergi sebab dapat jemputan kenduri dari kawan sekolah mr. hubby yang stay kat situ.  lagi pun, ada family gathering...


pergi kali ni pun dengan kawan-kawan sekolah mr. hubby.  diaorang ni sama batch masa sekolah menengah.  disebabkan badge sekolah ada gambar kunci, terus diaorang namakan group ni Cap Kunci.  macam parti politik pulak. 


bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi dari rumah, menuju ke meeting point di BP Gombak.  sampai di Bentong lebih kurang pukul 12.45 tengahari.  sedang elok untuk makan tengahari.  apa lagi, sampai je terus beratur ambik makanan.


settled kat rumah kenduri, kitaorang ke Suria Hot Spring Resort.  dah alang-alang ramai yang menghadiri majlis kenduri ni, geng-geng Cap Kunci ni pun came up with an idea.  apa kata buat family day sekali, dah sah-sah each family outing together-gether kan.  bolehlah kenal-kenal sesame family.


so itu lah Family Day Cap Kunci yang julung-julung kali diadakan.  group Cap Kunci ni khas untuk batch diaorang, iaitu Class of '83.  so kalau ada ex Cap Kunci dari batch lain, samada senior ataupun junior, mungkin tak perlu cuba-cuba nak join.  faham-faham sendiri sudah.  harap maklum.

view from our room

lepas checked-in, sepatutnya ada aktiviti untuk anak-anak, tapi tak sempat.  selepas solat Maghrib & Isyak berjemaah, diikuti pulak dengan dinner.  antara menu yang ada ialah nasi biryani, ayam masak merah, daging masak hitam, kuih-muih serta kek.  makanan ni disediakan sendiri oleh ahli-ahli Cap Kunci.  potluck dialu-alukan.  pihak resort cuma sediakan venue serta kerusi meja je.


sambil makan, ada acara karaoke for each family.  tapi mostly family tak join, termasuklah kitaorang.  seganlah wei!  lagi pun, kitaorang memang bagi chance kat ahli-ahli Cap Kunci ni menunjukkan bakat masing-masing.  dulu masa sekolah semua bakat terpendam.  dah berumur ni, nampaknya masing-masing semuanya bakal peserta-peserta Kilauan Emas.  hehe...


habis karaoke, acara yang ditunggu-tunggu ~ gift exchange dan cabutan bertuah.  untuk gift exchange, each family kena sediakan at least satu hadiah.  kalau nak bagi lebih pon boleh.  kalau bagi 3 hadiah, dapat balik 3 hadiah.  takkan tak nak kan....


untuk gift exchange, kitaorang dapat 3 gifts sebab kitaorang sediakan 3 gifts.  untuk karaoke family, menang nombor dua, so dapat food hamper.  terima kasih pada mr. hubby sebab mewakili family kitaorang.  untuk cabutan bertuah pulak dapat blender Pensonic.  alhamdulillah.


acara malam tu selesai lebih kurang pukul 12.30 pagi.  balik ke bilik terus tidur.  ada di antara geng-geng Cap Kunci tu yang pergi minum kat luar resort sampai ke pagi.  tapi mr. hubby tak pergi.  dia join kitaorang berkuak lentang dalam bilik.  hehe...J


the next morning takde apa-apa agenda.  lepas breakfast, ahli-ahli Cap Kunci ada discussion.  to kill free time, a few family members ambik kesempatan mandi di kolam.  budak kecik mandi kat swimming pool.  yang adult mandi kat hot pool.


aku malas nak basahkan baju, cuma temankan dina berendam dalam hot pool.  selesai discussion, mr. hubby join dina in the hot pool.  a few ahli Cap Kunci pun join sama, tapi tak lama.

acah-acah je tu  ^_^

11.45 pagi kitaorang diminta berkumpul di lobi resort sebelum check-out.  nak bergambar, bersalam & say good bye sebelum berpisah.


 in shaa Allah.  panjang umur, kita jumpa lagi.  so long...


Sunday, July 24, 2011

the many faces of Alya Irdina

kat rumah time ni cuma aku dan mr. hubby je.  dina takde since yesterday, attending kem motivasi kat ulu langat.  bila dia ada, asyik nak melenting je aku ni.  tapi bila dia takde, rasa sunyi pulak.  sambil tu dok teringat je kat dia.

dina paling suka melayari facebook.  kalau suruh baca buku, sekejap je dia boleh bertahan.  lepas 15 minit dah mula gelisah.  nak cari makanan kat dapur lah konon, tapi singgah join kitaorang tengok tv.  kalau tak pun, mula baca buku sambil berbaring, tapi lepas tu terus tertidur.  hmm... sabar je lah.


dina tak makan sayur ~ macam aku.  tapi ada gak food yang dia makan, aku pulak tak makan.  contohnya mee suah, porridge & half-boiled egg.  paling menjadi kegemaran dia, minum air sejuk yang berperisa seperti anggur, sarsi dsb.  apa yang penting, kerjasama air sejuk!  air masak tak nak.  padahal aku dah ajar minum air masak sejak dia sebesar ibu jari lagi.


dina's favourite color is pink.  budak perempuan memang gitu lah.  ade kome jumpe budak pompuan yang suke kaler hijo?  ^_^  next to pink is purple.  dark colors like black dia tak suka ~ itu maknya yang suka.  color yang kepam-kepam like grey & brown pun dia tak suka.  kengkadang tu, aku saja je beli baju with color yang dia tak suka.  natijahnya, memang jarang nak tengok dia pakai baju tu.  alahai..!



dina suka betul bergambar!  kalau aku nak capture gambar mr. hubby, cepat-cepat dia enter-frame.  kamera rumah ni dah penuh dengan gambar dia.  tak cukup dengan handphone sendiri, handphone aku pun dia belasah jugak ambik gambar dia.  gambar kat bawah ni dia ambik sendiri.  ok ke?



"Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" - Surah Ali-Imran, ayat 38.


Monday, June 13, 2011

trip to Pavillion

plan asal nak ke pavillion semalam sebab nak terminate line broadband DiGi.  sesampai je kat sana, aku tengok dah takde digi service centre.  dah digantikan dengan Celcom.  aduyai... hampeh!


alang-alang dah sampai pavillion, takkan nak balik kot?  ^_^  bukan selalu dapat pergi sana.  last sekali kitaorang ke sini was in april.  the reason being that mr. hubby kurang suka, he prefers suria klcc.  kenapa?  "everything under the sun," katanya.  tapi sebelum shopping kena makan dulu.  starving giler!  dah sah-sah kitaorang tak breakfast pagi tu.  mr. hubby suggested kitaorang cuba restoran jepun, Pepper Lunch.



from the name of the restaurant, it gives the idea apa jenis makanan yang ada kat situ.  for further details, korang boleh lah tengok kat sini.  mr. hubby makan Salmon Pepper Rice.  nampak macam makanan korea ~ bibimbap but without the vege.  tapi bila dah digaul-gaul kan as per instruction, dah jadi nasi goreng.


aku & dina pulak makan Seafood Aglio Olio.  makanan ni walau digaul macam mana sekali pun, either ikut instruction kat tv, atau kat kertas pembalut pan tu, ia tetap seafood spaghetti goreng, ok  :)  namanya je yang canggih.  makanan ni semua memang lah pedas sebab ada pepper.  tapi on each table ada diletakkan honeyed brown sause, garlic soy sauce, salt & pepper (again?) to suit our taste bud.


lepas makan apa lagi  :) :) :)  selalu kalau pergi pavillion, aku suka masuk parkson sebab boleh collect Bonuslink points.  kalau tak collect point pun, boleh dapat discount atau waive parking fee since i'm an Elite cardholder.  so kitaorang ke parkson, tapi ikut haluan masing-masing.  mr. hubby pergi men's dept, aku & dina pergi semua depts except men's.  we met again after one hour.  hu..hu...

shopping is definitely the best therapy!


Sunday, February 20, 2011

jalan-jalan habis duit

hari tu dina ada cakap, "dah lama lah kita tak pergi KLCC".  bila aku fikir-fikir balik, betullah.. memang dah lama tak pergi.  kali akhir pergi masa disember 2010.  ish, bunyinya agak poyo di situ.  macam lah banyak duit nak pergi KLCC selalu.  aku rasa, orang yang kerja kat menara berkembar tu pun tak heran.  boleh pergi klcc hari-hari lagi.  ek'eleh, ini blog aku kan?  suka hati aku lah nak cerita apa.  ada aku kisah?

klcc unpaid models

so we left the house at about 11.45 a.m.  kalau ke klcc selalunya akan singgah di Isetan & Parkson.  takde lah beria-ia menyopping pun, beli apa yang patut je.  dapatlah beli 2-3 stuff untuk dina kat isetan.  aku pulak sempat rembat satu office wear kat parkson.  mr. hubby tak beli apa, "budget burst", katanya.  he..he...

one of the stalls di Rasa Food Arena

elok je habis beli-belah, harusnya terus blah lah kan.  tak gheti-gheti nak balik?  tapi perut macam dah lapar.  so kitaorang pun survey apa yang menyelerakan kat Rasa Food Arena at level 4.  satu food court tu kitaorang tawaf, nampak cam tak menarik je.  so terus terfikir nak makan kat Little Penang Cafe.  tapi sebelum melangkah keluar dari food court tu, telah ternampak satu stall with the name 'Penang'.  apa lagi, terus cari tempat duduk dan order.


mr. hubby makan mee kari & cendol.  dina makan nasi ayam & teh o ais.  aku pulak makan nasi goreng ikan masin & perahan air mangga.  air mangga tu memang best ~ pekat!  mak recommend ok.  we also ordered tauhu bakar & mixed fruits.


la... kata nak cari makanan yang menarik?  tak menarik pun!  for your info, kitaorang ni bukan jenis yang suka ambil risiko on food, or order something that we've never eaten.  once in a while mr. hubby ada jugak mencuba, but not for dina and I. we usually ordered apa yang kitaorang dah biasa makan.  strange isn't it?  tapi ada aku kisah?

tak habis makan lagi ke model-model ku?

dah selesai melantak, apa lagi, balik lah.  klcc pun dah jemu tengok muka kitaorang.  anyway, kitaorang balik dengan senang hati.  la..la..la..!  mana taknya, dah kekenyangan.  mata pun dah layu.

mana lagi tempat-tempat yang macam dah lama tak pergi?  Pavillion?  yeah..!


Sunday, January 23, 2011

santai bersama keluarga

panasnya!  dah 2 hari berada di tempat sejuk, rasa tak tahan pulak bila kena matahari yang terik bila sampai kat sini.  he..he..  ayat poyo je.  sebenarnya, kitaorang baru je balik dari Genting.  company tempat mr. hubby bekerja ada organized family day kat Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.


about 11.00 a.m. semalam kitaorang bertolak ke sana .  each family were given goodies which comprised of green t-shirts, entrance tickets for theme park, tickets for cable car, and snack coupons.  dalam perjalanan kami singgah di Strawberry Farm.  teruja gak masa petik strawberry tu.  adalah dalam 15 biji yang kitaorang dah petik.  masa nak bayar,  "RM15.90", kata cashier tu.  ha.. ambik kau.  baik beli kat tesco je macam tu hi..hi..!  by the way, kat situ kitaorang redeem coupons for strawberry dip, aiskrim & jus strawberry.

siapa petik, dia bayar.  he..he..

then naik cable car to Resort World Genting.  rasa gayat giler masa naik cable car.  pucat gigi!  seingat aku, last sekali aku naik cable car masa form 3.  time tu cuti sekolah, aku lepak rumah makmok kat singapore.  atuk bawak kitaorang naik cable car nak ke Pulau Sentosa.  err.. sorry, selingan jap.  anyway, time balik dari tu takdelah gayat sangat macam masa nak pergi.  kurang sikit lah perasaan takut tu.

sorry, gambar tak clear.  camera cap ayam je.

kitaorang masuk to both indoor and outdoor theme parks.  kat outdoor theme park, kitaorang sempat cuba Pirate Train dan Monorail je.  manakala indoor theme park pulak kitaorang masuk ke SnowWorld.  kitaorang tak spent so much time kat sana sebab malam tu nanti ada acara kat padang Awana.  takut tak sempat pulak.

one of the attractions

just to let you know that cuaca kat sana sangat sejuk.  semakin petang, semakin berkabus.  apa pendapat aku tentang resort world genting?  pada pendapat aku, both theme parks tu sedang-sedang aje.  so sesapa yang belum pernah pergi lagi ke mana-mana theme park sebelum ni, boleh lah datang ke kota keriangan ni.  budak-budak pasti suka.

"it's only words, and words are all i have, to take your heart away..." ~ Words by Boyzone

about 5.30 pm, kitaorang turun via cable car and proceed to Awana Resort for check-in.  pukul 8 ada dinner for the staff.  selain tu, ada aktiviti bersama keluarga, cabutan bertuah dan sesi karaoke.  banyak makanan lazat yang disediakan.  tak tau mana satu nak pilih.  dinner habis about 10.30 pm.  before time tu dah tak larat nak makan lagi dah, dah kekenyangan.  terima kasih CIMA.

note:  terserempak Ben Ashaari dalam lif kat Awana Resort.


Tuesday, August 3, 2010

selamat

after 10 days in tanah suci performing umrah, my parents-in-law, not forgetting Zam, his mother & makcik mah (betul ke tu nama makcik tu?  belasah je lah) arrived safely in KLIA.  yang lain-lain pergi menjemput kat airport, cuma aku, leez & 3 dara pingitan jer yang tinggal jaga rumah..he..he... 

masa nak pergi hari tu rasa macam lama je diorang nak tinggal kan tanah melayu ni.  pejam celik, pejam celik, diaorang dan balik.  memang cantek lah pantun dua kerat aku.  hu...hu...

Photo courtesy of Prevention Indonesia

saja nak panjang kan cerita, arwah mak & ayah dah pernah pergi haji 2 kali.  arwah mak pernah pergi umrah sekali je, itupun dengan kak no, kak teh & mak Kak Liza.  yang herannya, tiap kali diaorang nak pergi mekah, mesti aku rasa sedih.

Photo courtesy of Ensiklopedia Muslim

kenapa kita rasa sedih?  bukannya diaorang tak balik terus kan?  cukup masa kat sana, diorang balik lah tu.  tak tau kenapa, tapi one kind punya syahdu.  kalau pergi hantar kat Kelana Jaya, lagi parah.  boleh tengok ramai orang menangis kat situ.  termasuklah aku.. hi..hi..

Photo courtesy of Babble

anyway, kitaorang happy je hari ahad hari tu.  walaupun mak & abah nampak letih dan mengantuk after an 8-hour flight, tapi still  maintain, ceria bila anak-cucu berkumpul menyambut kat rumah.  memang gamat!

sambil tu, dapat gak kitaorang merasa air zam-zam dan tid-bits dari sana seperti buah kurma, kismis, gajus dan kacang songeh, atau nama komersilnya ~ pistachios.  semua tu memang berlambak dijual kat KL ni ha, tapi yang tu lagi afdal lah sebab free... hi..hi...

ntah bila lah aku akan sampai ke sana...  ntah sempat, ntah tidak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...