Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label film. Show all posts
Showing posts with label film. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

The Odd Life of Timothy Green

cuti CNY yang panjang hujung minggu lepas memang membosankan!  mana taknya, tak pergi ke mana-mana pun.  dan takde aktiviti langsung.  terperap je kat rumah.  bak kata orang negeri sembilan, memang basau lah!


apa-apa pun, hari cuti yang terakhir tu telah diakhiri dengan sedikit bermakna apabila menonton The Odd Life of Timothy Green di astro first.  filem ni dah available for a few months dah kat astro.  tapi baru ni lah aku berkesempatan nak tengok.  korang dah tengok ke?

Photo credit to Rotten Tomatoes

aku interested nak tengok filem tu sejak ternampak preview dia.  nampak menarik.  anyway, filem ni bergenre fantasy drama.  boleh lah untuk release tension.

tapi ada jugak part dalam filem tu yang sedih.  touching tau especially part Timothy nak meninggalkan family dia.  aku ni jenis gembeng, cepat menangis.  tengok cerita yang tak logic macam tu pun boleh menangis.  hehe…  ^_^

Photo credit to Rotten Tomatoes


namun, filem tu jugak ada menyelitkan sedikit moral buat penonton.  contohnya macam kita kena terima seseorang tu seadanya walaupun dia pelik.  kena berlaku jujur walaupun tak semua orang boleh terima.  yang selebihnya korang boleh tengok filem tu.  tak pun, google je kat internet ya  :)

errr... better late than never ~  Gong Xi Fa Cai!!!



Sunday, December 23, 2012

morning with the Cullens

after a month in theatre, baru lah hari ni berpeluang menonton The Twilight Saga:  Breaking Dawn Part 2.  this is the fifth and final installment of the twilight saga film series.  so wajib tonton ok.

Image credit to Latino Review

aku memang saja je ambik my own sweet time to watch this movie.  pada aku, as long as aku tau the movie is still in theatre, aku takde lah rush.  tapi bila dah sebulan tayangannya, aku notice banyak panggung dah tak tayang.  tgv wangsa walk dan mbo galaxy ampang dah takde dalam schedule dah.
 
Image credit to Latino Review

so nak tak nak, kenalah ke pavilion pagi tadi.  aku dah siap-siap beli tiket online hari jumaat hari tu.  hall yang disediakan pun kecik je.  tak sampai setengah panggung yang menonton tadi.

Image credit to Latino Review

apa-apa pun, aku suka finale twilight saga ni.  walaupun aku tak pernah baca buku tulisan Stephanie Meyer, aku puas hati with how the film ended.  happy ending ~ yeay...!  tapi ada jugak part yang aku rasa tersentuh, especially bila Bella were having a talk with her father.  sedih wei! 

********************

lepas menonton, kitaorang jalan-jalan di sekitar tingkat 6 pavilion.  kitaorang jarang naik sampai tingkat 6.  paling tinggi pun tingkat 4.  takde apa nak cari tinggi-tinggi tu.  tapi tadi dah alang-alang sampai situ, ronda je lah.


aku tak tau pun kat pavilion tu ada Tokyo Street.  memang ada ke, atau sekarang sedang promosi?  sorry, aku pun tak pasti.  kalau betul lah memang ada, aku lah yang ketinggalan.


antara barangan daripada jepun yang dijual disitu ialah cosmetics, accessories, toys, perkakas rumah dan lain-lain.  makanan pun ada jugak seperti rice cake, sushi, ais krim dan roti.  tapi hati-hati bila nak masuk restoran ya, ada yang non-halal.

dah agak lama tak pergi pavilion. nampak ada a few kedai baru bukak kat situ macam Victoria's Secret dan Hackett.   kedai yang dah tak wujud kat situ pun ada jugak.


dari tingkat 6, kami ke Food Republic.  singgah jap kat The Cocoa Trees dan J. Co.  then terus ke pepper lunch untuk makan tengahari.  ini kali kedua kitaorang makan kat sini.


kitaorang suka makan kat sini.  menunya simple tapi sedap dan mengenyangkan.  lagi pun, tak crowded macam restoran yang lain.


sebelum balik singgah pulak kat Sticky.  last but not least, thank you to mr. hubby sebab sudi bawak kitaorang tengok wayang dan menonton bersama-sama ~ walaupun dia kata cerita tu merapu!  ^_^

"nobody's ever loved anybody as much as i love you" ~ Edward Cullen


Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang

korang dah tonton filem ni?  aku & mr. hubby baru je ke theatre pagi tadi.  selepas 6 hari tayangan, baru berkesempatan menonton.  we watched the morning show kat tgv wangsa walk.  pergi pun berdua je.

#  all photos credit to Istanbul Aku Datang FB Page


sebenarnya, aku dah plan nak tengok filem tu sejak ia masih shooting lagi.  since aku follow beto kat Twitter, secara tak langsung aku ikuti perkembangan dia masa shooting kat Istanbul.


kalau tak silap, dah setahun diaorang shooting filem tu.  baru sekarang ditayangkan.  aku siap bagitau mr. hubby yang aku nak tengok filem tu bila ditayangkan nanti.  tu yang mr. hubby bawak tu.


kalau ko tanya pendapat aku, aku suka filem tu.  suka sangat-sangat.  first sekali sebab ada Beto Kusyairy.  of course!  ^_^  as usual, he was superb.  he gave his best in each job he got.  well done Bro!


Lisa Surihani pulak sangat comel dalam filem ni.  aku takde lah minat sangat kat dia tapi dia comel giler ok?  kiut-miut!  as a blogger in the film, dia berjaya membawakan watak dia dengan baik.  bila dia sedih & menangis, aku pun ikut sedih.


for a debut like Tomok, he can act.  agak bersahaja.  tidak kaku seperti kebanyakan pelakon baru.  cuma maybe dia perlukan lebih pengalaman kot?  quite good dan tak mengecewakan.  dan macam pengulas filem pulak aku ni.  hehe..


in conclusion, aku rasa berbaloi pergi theatre for this film.  ada scene happy, kelakar dan sedih.  tak macam filem melayu biasa yang melodrama dan meleret-leret.  performance from the main actors, i would say were quite excellent.  and the scenery in the film was beautiful.  all were shot in istanbul.


mungkin ada yang akan kata aku melebih-lebihkan filem ni sebab minat beto kusyairy.  mungkin...  but personally, i really enjoyed this film.  tak sabar nak tunggu from one scene to another.  for mr. hubby, inilah filem melayu pertama yang dia tak tertidur bila menonton.  serius!

rasa teringin nak pergi istanbul.  mr. hubby, approve tak?  ^_^

***************

habis menonton, ada perkara penting yang harus dilakukan.  dah pukul 12.30 tengahari tu beb!  apa lagi, lunch lah.  tapi sebelum tu singgah di Famous Amos sebab nak beli biskut cekelat kegemaranku.


aku dan mr. hubby makan di Octopus Sushi & Thai Restaurant.  restoran thai lagi?  tak jemu ke asyik makan thai food?

from left:  inari soft shell crab with ebikko & ebi tempura

tak, aku takkan jemu.  tapi kali ni aku order japanese food.  sesekali cuba sesuatu yang baru menarik jugak kan?  aku order Ebi Tempura, Salmon Fried Rice & mango blended.

kakiage ramen

mr. hubby ordered Inari Soft Shell Crab with Ebikko, Kakiage Ramen & mineral water.  and we also ordered Salted Egg Fried Rice to tapau for dina.

from left:  salmon fried rice & salted egg fried rice

food kat situ so~so.  aku tak pernah makan  japanese food, so aku rasa ok lah kot.  makanan tak elok nak komen lebih-lebih, itu kan rezeki.  tapi mango blended tu memang terbaekk!  service pun agak cepat jugak.  alhamdulillah.

to our Indian friends, wishing you a very Happy Diwali.


Sunday, April 15, 2012

Bunohan

baru selesai menonton 'Bunohan' di astro first.  filem dalam dialek kelantan ini agak 'sadis' bagi aku yang kurang gemar filem bergenre tragedy.


aku baru boleh faham ceritanya selepas menonton dua kali.  ia mengisahkan tentang pertalian yang rumit di antara 3 orang adik-beradik.  walaupun ceritanya nampak simple, tetapi setiap watak di dalam filem tu berkait-rapat di antara satu sama lain dengan masalah & konfliknya sendiri.  dan ending nya sungguh tragic.


for me, aku suka filem ni.  lain dari yang lain.  takde heroin yang cantik glamour.  dan takde kisah cinta yang asyik-masyuk.  pada pendapat aku, nama-nama besar di dalam industri seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Soffi Jikan dan lain-lain berjaya membawakan watak masing-masing dengan berkesan.  tahniah!

menyampah tengok pekin dalam filem tu.


Saturday, December 24, 2011

from morning till dawn

semalam aku cuti.  saja je, nak habiskan annual leave.  lagi pun dah janji dengan dina nak pergi kinokuniya sebab dia nak beli komik & novel *5 buah kesemuanya*.  so lebih kurang 10.30 a.m., kitaorang dua beranak keluar rumah to setiawangsa lrt station.

sampai klcc, terus ke kinokuniya.  dina pun cari lah komik yang dia nak.  tapi novel terbaru ain maisarah tu belum ada lagi.  so nak cukup kan quota ~ alasan, dia pilih satu lagi komik.


dari kinokuniya, kitaorang ke parkson pulak.  takde agenda nak beli apa-apa pun kat situ, just cuci mata kot-kot ada yang berkenan.  memang ada pun!  ^_^

from parkson, time was almost 1.00 p.m.  perut pun dah lapar.  maklumlah, tak makan breakfast sebelum keluar.  pergi food court, sesak & takde seat.  pergi restoran pulak, kat luar semuanya beratur.  mana taknya, tu kan time lunch.

then beratur kejap kat chili's, tapi tak sampai 15 minit kitaorang cabut.  tak sanggup!  cari, punya cari, punya cari, lastly we went to Nando's.  alhamdulillah, ada seat.



tak done nak ambik gambar makanan & deco kat nando's semalam.  agak ramai orang kat situ, segan.  gambar peri-peri sos ni je lah yang dapat.


setelah kekenyangan, kami ke Marks & Spencer sebab nak cari hadiah.  sebenarnya, kitaorang dapat invitation dari ms alice & husband to their Boxing Day lunch on monday.  so aku fikir nak bawak hadiah sebagai buah tangan.


agak banyak coklat, manisan dan biskut kat marks & spencer tu.  rambang mata, tak tau mana satu nak pilih.  aku rembat je memana yang berkenan, tapi dengan harga yang berpatutan lah  :)


dah settled, kitaorang pun beredar.  and we reached home before 4.00 p.m.

sebenar-benarnya, agenda asal hari ni nak tengok wayang.  tak, bukan Ombak Rindu, tapi The Twilight Saga:  Breaking Dawn Part I.  orang lain dah berzaman tengok, aku barulah nak tengok.  dan aku noticed film tu dah nyawa-nyawa ikan tayangannya kat kl ni.

Poster credit to Alt Film Guide

so awal pagi semalam aku dah survey kat internet.  kat tgv klcc ada, tapi pukul 12.15 a.m.  hilang akal nak pergi klcc time tu!  yang paling dekat dengan rumah, tgv wangsa walk ada.  cuma time nya 10.15 p.m.  so before mr. hubby pergi kerja semalam, aku dah bagitau dia nak tengok wayang kat situ.  lega bila dia setuju.

Photo credit to listal

initially, mr. hubby nak tengok film lain.  dia tak minat twilight ni.  tapi takde film yang sama waktu dengan breaking dawn kecuali Alvin & The Chipmunks 3.  nak tak nak terpaksa lah join kitaorang tengok sekali.  luckily he did not fall asleep  :)

sampai rumah lebih kurang 12.30 a.m.  zzzzz.....

"no measure of time with you will be long enough.  but let's start with forever" ~ Edward Cullen


Saturday, April 9, 2011

Lisa Surihani / Legenda Budak Setan / Ahadiat Akasyah

tahniah buat Lisa Surihani sebab menang pelakon filem wanita popular last week.  aku takde lah minat kat dia, tapi suka tengok muka dia yang comel tu je.  rasa-rasanya, dia menang sebab filem yang fofular tahun lepas tu ~ Lagenda Budak Setan.

sebut pasal Lagenda Budak Setan, aku ada tengok masa filem tu ditayangkan kat astro prima.  pada pendapat aku sendiri, film ni biasa-biasa aje.  takde lah gah macam promosi di media.  kenapa ya?  sebab pelakon-pelakonnya kah?  but for me, those 3 main actors i.e. Farid Kamil, Lisa Surihani & Que Haidar delivered very well.  tak kisah lah kan, Lisa Surihani pun dah menang best actress tahun lepas untuk filem tu.

Photo courtesy of Filem Wayang Baru

saje nak share.  sharing is caring kan?  hu..hu...  in my honest opinion, penceritaan filem tu agak kurengg sikit lah, sedikit hambar.  rasanya macam tak sampai ke hati.  he..he.. cam baguzzz je aku.  aku tau memang susah nak adapt novel to layar perak.  tak banyak film yang berjaya pun.  tapi rasanya kalau kena sentuhan dari K***r B****A sebagai pengarah, rasa-rasanya boleh menjadi kot.  ssyyy... silap-silap, boleh kena saman ni.

anyway, memang ada kenangan bila sebut tentang penulis novel ni, Ahadiat Akasyah.  aku ingat lagi peristiwa masa sekolah menengah.  masa tu berlangsung pesta buku selama seminggu kat dewan MPS.  mps ni seberang jalan je dari convent, tapi kena melalui satu padang yang besar untuk sampai ke dewannya.

Photo courtesy of Utusan Online

disebabkan minat sangat dengan novel-novel beliau ~ novelnya ke, atau novelistnya... hi..hi...  aku dengan geng almost every day dalam masa seminggu tu, pergi ke mps lepas habis sekolah.  bukan nak beli buku pun, saja je cuci mata ^_^  selain mintak autograph, nak bergambar dengan beliau.  bila ingat balik, memang kelakar lah.

zaman dulu-dulu, novel lah obsession kitaorang.  takde nak men'tenet' macam sekarang ni..!

Friday, February 4, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

cuti raya cina ni nampak gaya macam takde filem Kantonis yang menarik kat tv.  malam raya hari tu ada lah satu yang ok, Ip Man.  lepas tu, tunggu jugak kot-kot ada, tapi hampeh.  dah semua channel macam tak menarik, survey pulak AstroFirst.  last month kitaorang ada beli Nyangkung, so naklah tengok kalau-kalau bulan ni ada cerita baru.  ha... memang ada.  filem yang ditunggu-tunggu oleh seisi rumah.  orang lain dah lama tengok dah, kitaorang je baru nak tengok.  he..he...

Photo courtesy of the-wknd

baru je habis tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.  memang kelakar.  tapi dalam kelakar-kelakar tu, suspens jugak.  bukanlah sampai meremang bulu tapi terperanjat-terperanjat dibuatnya.  mana taknya, tetiba je kak limah tu muncul kat sebelah.  kalau terjadi kat aku, memang pengsan!  mak ni spesis penakut tahap gaban nyah!

pada pendapat aku, filem ni ok untuk hiburan.  ia adalah kesinambungan dari filem Zombi Kampung Pisang. itupun tengok kat tv gak. hu..hu..!  but i prefer zombi kampung pisang ~ funnier and slumber.  apa-apa pun, semoga filem-filem arahan Mamat Khalid yang akan datang bertambah menarik lagi, samada dari jalan cerita mahupun kualiti.

Photo courtesy of jiwang.org

by the way, saja nak bagitau.  aku ni sebenarnya tak berani tengok cerita seram.  takuuttt!  hatta kalau ada promo kat tv sekalipun, aku takkan tengok.  sanggup aku alih pandangan ke tempat lain.  sampai macam tu sekali.  tapi kalau komedi seram ni aku berani lah jugak. ^_^ 

cintailah filem Malaysia...!


Sunday, July 18, 2010

Cold. Dead. Sparkly.

selepas lebih seminggu kat pawagam, baru petang tadi dapat tengok Eclipse.  kitaorang pergi tengok kat Wangsa Walk je sebab malas nak masuk town.  bawak my nieces, Baby & Nelly ikut sekali.  my hubby tak ikut, "tak minat," katanya.

Photo courtesy rom www.accesshollywood.com

to conclude, in my opinion, aku memang puas hati.  i like!  however, Twilight is still the best.  walaupun dialognya adakala agak melodrama, tapi ada gak antara bait-bait dialog tu yang buat satu panggung ketawa.  love story tak terlalu meleret-leret.  action pun ada.  syok tengok bila the cullens & the wolf pack bergabung melawan the new breed of vampires.  but the best part of all, aku semakin addicted to Edward Cullen!  perghh... cair beb!

Photo courtesy of www.fanpop.com

aku tak minat rob patz, but i really like his character as edward.  it's so surreal.  you can't help but falling for him.  look into his eyes, then you know what i mean.  romantik gila!  ermm... mesti ada orang kata aku ni dah pangkat makcik-makcik, ada hati nak minat anak ikan macam dia tu kan?  ah..!  pedulik kan.  ada aku kisah?  mak ada perasaan, nyah!  hu..hu..!

"I promise to love you forever - every single day of forever" ~ Edward Cullen

Sunday, July 11, 2010

Team Edward

aku ingat lagi masa maliz bagitau dia nak tengok Twilight kat theatre dua tahun dulu.  teringin sangat dia nak tengok.  tapi aku tak minat.  pada aku, ntah apa-apa lah cerita tu.  nak-nak bila aku tengok gambar promosi filem tu, apasal vampire tu duduk kat atas pokok.  tak faham!  lagi satu, den tak kona pelakon eh!  tak terlintas langsung nak pergi tengok.  aku cakap kat maliz tunggu je lah keluar kat tv.  tak pun beli cd je.

Photo courtesy from StephenieMeyer.com

then last year, before New Moon premiered, astro ada tayang twilight kat tv.  it was like pre-premiere kat malaysia lah.  banyak kali gak astro dok ulang cerita tu.  yang herannya, aku tak pernah miss.  dan ntah camana, aku boleh terjatuh cinta kat cerita tu  ~ sebenarnya kat Edward Cullen.  hu..hu...!  edward cullen ya, bukan Robert Pattinson.  i even watched new moon at the theatre!

Photo courtesy from StephenieMeyer.com

now the third installation of the twilight saga - Eclipse already shown in theatre since last thursday.  ada plan nak tengok, tapi tak tau bila nak pergi.  dina and my nieces - Baby & Nelly dah tak sabar lagi.  maklumlah, semuanya peminat Rob Patts yang tegar.  kalau takde aral melintang, mungkin next sunday kot, insya'allah.

Photo courtesy from CafePress.com

esok True Blood season 3 start kat HBO.  which one is better?

Sunday, February 28, 2010

Mamma Mia!

sejak minggu lepas, filem Mamma Mia dok ulang je kat HBO.  kitorang memang pantang.  pantang ada.  we follow!  akibatnya?  habis seisi rumah dok nyanyi & humming lagu-lagu ABBA.  lagi?  siap cari kat internet semua info pasal group tu, pasal lagu, pasal video clip, pasal members of the group, pasal apa-apa je lah.  as long as it kills our curiosity.


la ni, my hubby punya ring tone lagu 'Thank You For The Music'.  and I have 'Dancing Queen' for my phone.  'Winner Takes It All' is dina's favourite. kelakar kan?  most of ABBA's songs are very catchy and entertaining.  their songs are popular as ever.  even though their last public performance together as ABBA was 1982, they still sell 2-3 million records a year.  amazing!!!


according to one of the members, Benny Anderson, he surprised that the group's hit songs had lived on for so long.  mana tak nya?  cuba tanya sesapa yang sama waktu dengan kita.  mesti ada terselit satu lagu ABBA as their favourite.  tapi depa ni tak nak buat reunion dah.  takde motivasi nak buat group lagi.  "We want people to remember us as we were, young, exuberant and full of ambition", kata budak Bjorn Ulvaeus tu pulak.  sigh...!

...you can dance, you can jive, having the time of your life
see that girl, watch that scene, diggin' the dancing queen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...