Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

a certain shade of green

tak tau nak cerita apa hari ni.  bila takde cerita, mula lah cari handphone.  cari kalau-kalau ada gambar yang boleh dijadikan entry.  yes, ada!

so for this entry, aku ingat nak letak gambar tumbuhan atau pokok atau bunga yang pernah aku snap gambarnya.  tapi bukan kat rumah aku ya.  rumah aku cuma sekangkang kera je, mana nak tanam pokok bunga ni semua ~ alasan je tuh!  so read on....  ini entry paling bosan hokey!


dah lama jugak aku ambik gambar pokok-pokok ni.  seingat aku, masa aku cuti panjang tahun lepas.  bila aku balik office je, aku nampak pokok ni semua ada dalam washroom.  nampak washroom berseri sikitlah sebab ada tumbuhan hijau.  terus aku snap.  tapi masa tu aku sorang je dalam washroom.  malu lah pulak kalau ada orang lain.  kang orang ingat aku buang tebiat pulak.  hehe...


bila kita tengok pokok-pokok ni, mata akan rasa lega.  sebenarnya, tumbuhan hijau boleh merehatkan mata.  mana taknya, asyik menghadap screen komputer je.  boleh rabun tau!  tapi sorrylah sebab tak sertakan nama pokok-pokok tu.  korang google lah sendiri ya.  aku pun tengah google gak ni haa!


gambar bunga kat bawah ni pulak aku ambik kat reception area dept aku.  bunga kat meja receptionist ni ditukar tiap-tiap minggu.  so setiap hari isnin, akan diganti dengan jambangan yang baru.


ada masa cantik, ada masa *toot*  kebetulan pulak gubahan bunga untuk minggu tu nampak macam ok, terus aku snap.  takde lah cantik sangat pun kan...  kira bolehlah dari biasa.


gambar taman kat atas ni aku ambik masa sectaries luncheon kat shangri-la tahun lepas.  cantik tamannya.  tak tau nak tepek gambar ni kat mana.  nak buang, sayang.  so aku masukkan lah ke entry ni.  ada gak pekdahnya!

aku suka lihat kehijauan tapi tak suka langsung makan sayuran hijau!  ^_^


Friday, April 27, 2012

neverending story

lately ni, nak kata busy tak jugak.  bersenang-senang pun tak jugak.  yang sedang-sedang je lah.   cerita banyak-banyak kang, ada pulak yang mengumpat kan?  ;)

entry ni aku dah simpan sebagai draft sejak bulan lepas lagi.  so biarlah aku share ngan korang gambar-gambar yang ada dalam handphone aku ni.  sekurang-kurangnya ada gak catatan sebagai kenangan.


ni gambar di salah satu jalan di putrajaya.  it was taken sometime last year masa aku pergi cib team building tu.  aku tertarik nak ambik gambar ni sebab lampu jalannya agak unik.  nampak tak?

do you recognize the girl in yellow?

dalam entry yang rojak macam ni, tak sah kalau takde gambar toilet kan?  huhu..!  di atas ni gambar toilet di starhill.  it was taken when we celebrated mr. hubby's birthday last year.

Lembah Anai

my mind is still fresh with the memories in padang.  tak sabar rasanya nak ke sana lagi.  tapi tak tau lah bila.  gambar di atas adalah pemandangan di kawasan sekitar lembah anai.  dan di bawah pulak adalah pintu gerbang istana besar pagaruyung.


photo below was taken at the AKLEH highway.  mr. hubby kata pemandangan waktu tu cantik, so aku pun terus snap and capture the moment.  hari-hari lalu kat sini masa nak pergi kerja tak nampak cantik pun.  the sun sure made the difference.


on 17th march, we went to my cousin's wedding in port dickson.  disebabkan kami sampai sedikit awal, telah bersiar-siar di pekan pd dan tersinggah di sini...


memasing sempat rembat satu barang tiap seorang, termasuklah ayah.  gambar cousin kahwin?  tak sempat nak ambik.  sibuk berborak dengan waghih-waghih.  hehe..  ko memang hampeh!


usually kalau ke pd, we went straight to the point/meeting place.  memang takkan lalu di pekan pd.  so bila berpeluang bersiar-siar kat situ, memang nampak perubahan.  lebih teratur, lebih bersih dan lebih happening.

on 1st april, we went to another wedding.  Yan, anak jiran sebelah rumah yang kahwin.  it was held at Dewan Merak Kayangan, Felda.


masa parents kitaorang sama-sama pindah ke sini dulu, dia kecik lagi.  belum sekolah pun.  now the little boy has grown-up.  dah kahwin dah pun dia.


selamat pengantin baru diucapkan kepada Yan & Tiara.  semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.  gambar pengantin?  errr...  i'm sorry!


on the 8th of april, kitaorang ke Auditorium Felcra di Jalan Rejang pulak.  di situ diadakan Majlis Anugerah Cemerlang UPSRA 2011 bagi Parlimen Setiawangsa.

with bffs from left:  Arifah, Husna, Atiqah & dina

majlis itu diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat 6A ke atas pada upsra tahun lalu.  suka nya dina dapat jumpa bffs.  buat-buat lupa je yang kitaorang ada kat belakang memerhatikan dia!


masa nak balik pun kena panggil dia sampai tiga kali.  tak habis-habis berborak.  maklumlah, masing-masing tak sama sekolah lagi. 

still have loads of photos in my hand phone.  next random story ya. :)


Saturday, October 15, 2011

life goes on

life has been kind of busy since we came back from kuantan.  walaupun dina dah habis upsr, dia masih ada satu lagi exam ~ upsra.  bermakna, dia still kena baca buku walaupun dah separa-merdeka.  tapi tu pun curi-curi tulang jugak baca buku cerita dan melayari internet.  ntah ler...

last saturday was my cousin's wedding.  but we were shocked to get a call from ayah at about 12.30 a.m. telling us that Pak Ngah Said telah kembali ke rahmatullah.  innalillah hi wainna ilaihi roji'un.  so pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Serdang.

 Image courtesy from Masjid Al-Islah Serdang Raya

when we reached there, jenazah was at the Masjid Al-Islah, Serdang Raya.  selepas selesai disembahyangkan, kami menuju ke Tanah Perkuburan UPM.  semoga arwah aman di sana dan rohnya dicucuri rahmat.  Al-Fatihah.

daripada situ, we went straight to Dewan Sri Endon, putrajaya untuk menghadiri perkahwinan cousin aku.  dah alang-alang satu jalan, so terus je ke sana.  selamat pengantin baru diucapkan kepada Siti Zubaidah Mohd Yusof & Mohamad A. Majeed.  semoga kekal hingga ke akhir hayat.


terlupa nak ambik gambar pengantin sebab dok survey area kat dewan tu.  gambar gifts ni pun jadi lah kan, daripada takde  ^_^

**********
hari isnin yang yang baru lepas, we had secretaries' progam kat Swiss Garden Hotel.  punya lah lama, dah lepas 6 bulan baru nak celebrate secretaries' week.  boleh dikatakan semua secretaries within the group participated, termasuk branches.


program untuk hari tu dikendalikan of Datin Sharifah Shawati.  tentu korang kenal kan?  alah.. yang dulu jadi pembaca berita tv3 tu.  tajuk programnya "Building Your Persona".  oklah, not bad.  takde lah terpesona sangat.  he..he..

Fara, me & Tina

bila program tu dah habis, ada hi-tea pulak.  untuk hi-tea ni, kitaorang dikehendaki membawa & memakai any head gear yang menarik.  it could be topi, cekak rambut, scarf atau apa sajalah yang di letakkan kepala.  aku takde bawak apa-apa pun.  head gear yang paling menarik akan dapat hadiah.

some of the sporting secretaries

every year bila ada secretaries' program, Group OD will organize a dinner.  dinner yang aku tak pernah attend!  tapi tahun ni diaorang buat hi-tea pulak. since the hi-tea was held during office hour, aku pun join lah.  dan aku dapat lucky draw!  jika selama ni aku tak pernah lucky bila ada lucky draw, kiranya hari tu tak sia-sia aku pergi hi-tea.  yeah!

**********
semalam kitaorang pergi dinner di Jom Priok & Sedap Deli kat Carrefour Wangsa Maju.  mr. hubby dah lama nak datang sini, tapi bila sampai carrefour mesti makan kat restoran lain.  anyway, kitaorang takde ambik apa-apa gambar pun kat situ sebab masing-masing kemaluan segan.  tak pasal-pasal tetiba jadi malu!  ^_^

Image courtesy of Jom Priok

kitaorang makan buffet steamboat.  banyak jugaklah bahan-bahan raw, termasuklah dim sum.  selain raw food, ada jugak nasi goreng, ayam goreng, kek & ais krim.  kalau kat Johhny's cuma ada satu sos aje, kat situ ada 8 jenis sos!

dengan makanan yang banyak untuk harganya tu, memang lah berbaloi-baloi.


Saturday, July 16, 2011

satu jumaat yang panjang

semalam aku cuti.  kenapa?  sebab takde babysitter.  ha..ha..ha...  dina dah besar panjang, dah boleh tinggal sendiri dah pun.  babysitter untuk baby je beb.  e'eleh, suka hati aku lah.  cuti aku banyak lagi.  lagi pun, aku memang suka duduk rumah.  lagi suka kalau tak payah kerja  (^_^)

Warung Raso Omak Den
Photo credit to Peej Burhan

duduk rumah pun bukannya relax je.  lagi banyak kerja nak kena buat.  tak payah cerita kat sini lah, semua sedia maklum apa kerjanya kan?  semua kerja rumah aku buat semalam kecuali memasak.  hu..hu.. food aku mintak ayah import dari warung Raso Omak Den, Taman Setapak Indah.  memang ghaso macam omak den lah yang masak!

petang pulak ada orang datang.  bukan tetamu hokey.  diaorang datang nak pasang sesuatu.  rumah orang lain dah berkurun lama pasang benda alah ni, aku baru lah terhegeh-hegeh nak pasang.  mak tak mampu nok..!  apa dia tu?  ni ha...


dulu arwah mak pernah beli penapis air Beyond.  lepas mak dah takde, technician pun tak datang service walaupun dah bagitau kat ejen.  bila tak boleh nak maintain, kitaorang dismantled je penapis air tu.  elok je dia tersadai kat tepi sinki tu.

tapi bila tak pasang, masalah air keruh pulak.  mungkin sebab karat kot.  bila masak air, mesti ada bendasing kekuningan tinggal dalam cerek.  ntah-ntah, dalam badan kitaorang ni pun dah ada beberapa inci karat melekat agaknya.  he..he..

semalam mr. hubby balik lambat sebab pergi outstation to melaka & seremban.  he reached home about 10.30 p.m.  masa dia sampai, aku nampak banyak makanan dia tapau.  bila bukak semua makanan tu, perghh... my favourite.  thai food!  dia ada dinner kat seremban, tapi dia order jugak buat tapau untuk kitaorang.  yobo, gomapta.  saranghe.





mr. hubby tapau kan nasi goreng ketam, ayam pandan, crab cake & tomyam campur.  nasib baik kitaorang tak makan tomyam tu semalam ~ pedas giler!  baru makan lunch tadi.  walaupun pedas, tapi terbaekk..!

just imagine you had supper at 11.15 p.m. and went to bed thereafter  *pengsan*


Tuesday, May 17, 2011

random stories in one entry

ada beberapa ceritas nak share kat sini.  tapi ceritanya pendek-pendek belaka.  tu pasallah tajuknya dah jadi seperti di atas tu.  rojak!  takpe lah kan, sambil tu layan je lah gambar-gambar kat bawah ni ok.

below picture was taken masa celebrate mother's day kat sooka central hari tu.  before balik, dina nak pergi toilet so aku pun temankan.  nak dijadikan cerita, sinki kat toilet ni kedudukannya agak menarik.  kalau public toilet yang biasa kita tengok sinki diletakkan sebelah dengan dinding, tapi kat sini sinks are built in the middle of the restroom.  interesting!


weekend yang baru lepas ni aku & family semedang je tak lekat kat rumah.  bermula hari sabtu ada jemputan kahwin.  aku dengan mr. hubby je yang pergi.  dina tak ikut.  biasalah kan, budak-budak bila dah besar jarang nak ikut parents pergi memana.  petang tu sambil aku melayari internet, aku dengar ada incoming message.

Qaseh Myea Delisha bte. Ahmad Azrul

luvelymummy yang hantar sms.  rupa-rupanya dia hantar gambar Qaseh memakai baju yang kitaorang hadiahkan for her 2nd birthday.  alaa... comel, comel!  birthday qaseh sama dengan aku tapi si kecik tu celebrate birthday lambat sebab emaknya nak celebrate birthday sama-sama.  kesian qaseh.  he..he..  ^_^

Qisya Qaisara bte. Mohd Zamry

hari ahad pulak ada jemputan ke majlis aqiqah & cukur jambul Qisya.  qisya is the latest member to keluarga encik abu bakar & puan azizah.  she was born on 12th march 2011.  unfortunately dina didn't join us sebab dia ada program motivasi tahun 6 di FRIM for one day.  kesian dina!

semalam aku dan mr. hubby cuti.  dah terlanjur cuti, aku fikir ada baiknya pergi mahkamah syariah settle kan kes faraid tu.  we left the house at 11.15 a.m and parked the car at KTM.  while walking to mahkamah syariah, aku rasa terpanggil nak ambik gambar stesen keretapi lama tu.  dulu tempat tu sibuk dan sesak.  tapi sejak dah ada kl sentral, sunyi sepi je.

do you recognize that guy in the black shirt? ^_^

sampai mahkamah syariah, kitaorang terus turun ke basement untuk jumpa jurutaip.  tapi ada a few people dalam bilik jurutaip 1, so kitaorang tunggu kat luar.  sementara tunggu tu, aku ternampak satu iklan jawatan kosong.  aku curious, nak tau apa agaknya jawatan kosong yang ada kat mahkamah syariah tu.  mana tau, kalau seswai boleh gak apply.


alhamdulillah, satu step dah settled.  sebutan kes will be held in 2 weeks time.  seminggu dari sebutan kes baru sijil faraid akan dikeluarkan.  lepas tu a few steps kat Amanah Raya pulak.  sigh..  :(

jawatan kat atas tu masih terbuka.  berminat?


Friday, October 22, 2010

istirehat

aku masih lagi beristirehat kat rumah.  lagi 3 minggu baru start keje.  rutin harian still sama, tapi dah ada chores yang adventure sikit lah sebab the wound is almost recovered.  cuma tak berani lagi nak angkat barang-barang yang berat.  so, apa nak update ni?

oh ya, baru teringat ada di antara koleksi photo-photo sensasi aku yang korang belum tengok lagi kan?  aku fikir ada baiknya aku upload gambar-gambar tu kat sini since takde cerita menarik nak diberitahu.  so layan je lah.

From left:  Dina, me, hubby, Boy, Ibu mertua & Miss Qee

dinner at JM Bariani House at Tesco Ampang, 6 days before my operation.  my hubby, mother-in-law & boy were fasting that day (last day of puasa enam).


nampak lazat je makanan ni semua kan?  sapa punya Blackberry yang inter-frame tu?  nasi bariani ayam & kambing, mee rebus, tauhu bakar & rojak petis.  makan tak hengat, mengalahkan orang puasa hu..hu...!


sesi foot massage di Manja Kakiitu khas untuk yang veteran he..he...  kitaorang yang muda belia ni pergi cuci mata kat kedai-kedai buku.  amalkan sikap suka membaca ^_^


gambar ni takde kena mengena dengan gambar kat atas tu.  this fruit basket was from my boss, Ms Alice.  she sent a week after my operation.  berat bakul tu ~ macam-macam ada...



pemandangan waktu pagi yang hening bila aku menolah keluar tingkap.  cewah!  masa ni my hubby & dina sibuk menyiapkan diri masing-masing ke tempat yang dituju.

apa nak buat lagi 3 minggu ni?  pergi bercuti ok gak kan?  la..la..la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...