Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label lepak. Show all posts
Showing posts with label lepak. Show all posts

Monday, May 2, 2016

Chili's with buddies

kat office, buddies aku adalah Maliz & Ziah.  dua ni lah di antara kawan baik sejak aku join bank.  sebelum ni, ada lagi dua orang.  tapi sorang dah blah dari bank.  yang sorang lagi dah transfer department lain di building yang lain.


2 minggu lepas aku ada suggest kat Maliz & Ziah nak buat lunch sempena Secretaries' Week.  kesian kan?  celebrate sendiri-sendiri je.  nak tunggu boss atau bank celebrate untuk kita, tak tau lah bila.  anyway, kitaorang ajak 2 orang lagi geng yang tadi tu sebab dah lama tak jumpa.  surprisingly, semua setuju untuk join.  yayyy!!!


tiba hari yang dijanjikan, Azwa cannot make it because her aunty passed away.  innalillahhi wainna ilaihi roji'un.  salam takziah untuk Azwa.  syukur Anna dapat join, so it's going to be 4 of us only.  we met after Zohor last Wednesday at Chili's, KLCC.  memasing ambik cuti half-day, so tak payah nak balik office lepas tu.  bolehlah borak dan lepak sampai lebam.


masa order food, memasing sedang kebulur sebab belum lunch.  aku dengan Maliz siap tak ambik breakfast pagi tu, makan yang ringan-ringan je.  maklumlah, memang dah plan nak melantak hari tu.  hehe...


bila tengok gambar dalam menu, semua benda nak order.  ya lah, memasing tengah starving kan.  tengok plain water pun nampak sodap.  huhu!  since kat Chili's tu portionnya besar, kitaorang fikir elok share je lah daripada ambik main course sorang satu.  rugi kalau tak habis.  read:  mode berjimat-cermat  (^_^)


we ended up ordering 2 appetizers ~ Triple Dipper and Classic Nachos.  also, 2 main courses ~ Prawn Scampi Pasta and Fajita Trio.  for desserts, we ordered the classic Molten Chocolate Cake.  yummy...!


sambil makan, sambil borak.  sambil borak, sambil ambik gambar.  adalah dalam dua jam kitaorang lepak kat situ.  dah lepas time lunch kan, restoran tu pun tak busy, makin menjadi-jadi lah kitaorang.  bila time nak blah dari situ pun tak abis-abis borak lagi.  walaupun cuma berempat, tetap havoc!

apa-apa pun, it was a fun afternoon.  good food, good company.  kengkawan, thank you for your time.  we should do this more often you know *_*

moga persahabatan kekal hingga ke jannah, in shaa Allah.  Aamiin.


Sunday, January 30, 2011

pagi yang hujan

sepatutnya pagi ni pergi jogging.  tapi hujan dah turun.  memula tadi renyai halus je, lepas tu agak lebat pulak.  so beriadah kat rumah je lah.  kira exercise gak ni.  exercise jari.  he..he..

masa mengemas rumah tadi, aku perasan sesuatu.  rumah ni penghuninya takde lah ramai mana pun.  tapi tengoklah ni.  bukan nak menunjuk ya.  disebabkan memasing malazzz sangat nak simpan dalam rak kasut, ini lah hasilnya..!  dah macam Vincci lah pulak.  harus lah ada yang kena jerit kang ni.


by the way, petang semalam pergi rumah mertua.  cukup quorum kalu, memang meriah!  kalau sebelum ni aida sibuk promote Monavie, sekarang ni promote CocoaCollagen pulak.  aku & leez pun terjebak.  yeen yang sedang sarat tu pun tak nak ketinggalan.  siap order untuk stok lepas bersalin nanti.  perghh!


ini bukan iklan berbayar ya.  kalau nak bayar boleh gak.  ahakss!!!  kalau ada sesapa nak beli jus Monavie ataupun CocoaCollagen, bolehlah order dari Puan Aida.  details you can get from luvelymummy.  pasti mulus & mantop!

note:  Ratu Jamu, business ok ka?  ^_^


Friday, January 28, 2011

ladies luncheon

hari ni boss takde.  majority Associate Director and above kat dept. ni pergi Leadership & Aspiration Workshop kat Putrajaya.  dept. pun sunyi sepi.  secretary pun apa lagi, bergumbira lah.  tapi bukan lah sampai berparti, still work as usual, cuma tak lah stress macam selalu.  keluar lunch pun boleh lah lama-lama sikit...!  ^_^

from left:  Lina, Maliz & K. Zai

so tengahari tadi we secretaries pergi lunch together-gether.  dah lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni.  kita 12 orang pergi serbu Sisters Kitchen kat Menara Hap Seng.  memang meriah!  bila dah ramai macam ni, segala macam cerita keluar.  gossip jangan cakaplah, berbakul-bakul.  memang dasar... ~ termasuklah aku!  bila ada topik yang kelakar je, suara jantan kitaorang jelah yang kedengaran kat situ.

from right:  Fiona, Kai Shin, Adelin, Ida & Suhada

aku tak done nak ambik gambar makanan kat sana tadi.  sibuklah... sibuk bergosip.  hu..hu..!  cuma sempat rakam makanan yang aku order je.  aku ambik set Seafood Siam Lemak Laksa + drinks + 2 kuihs.  members ada yang order shrimp fried rice, nasi lemak with fried chicken, seafood porridge, crispy popiah & seafood soup noodle, to name a few.


bila nampak nama-nama makanan yang aku mentioned tu, tentu ada yang beranggapan "alah, kat mana-mana pun boleh dapat makanan tu".  betul tak?  ya, betul.  tapi yang penting, ada kenangan di situ.  percaya atau tidak, aku tak pernah lunch dengan most of them.  my lunch partner selalunya either with maliz or ziah.  dengan K. Zai pernah lah 2-3 kali.  yang lain-lain, never!

from left:  Azlinah, K. Zal, Siti & Yati

so bila ada peluang yang macam ni kitaorang tak nak lepaskan.  dah lama kerja sebumbung, berbelas-belas tahun.  cuma Lina, Kai Shin, Ida, Suhada & Yati je yang merupakan new generation.  entah bila lagi kitaorang boleh berkumpul macam ni.  insya'allah, kalau panjang umur, bolehlah together-gether lagi.


Sunday, May 30, 2010

tak bermaya

"tak bermaya lah cik mon!"  mungkin ada yang pernah dengar iklan tu kat radio kan?  kalau tak pernah dengar, tak dapek lah den nak nolong!

la ni, itu lah yang badan aku rasa sekarang.  letih, lesu, penat, mengantuk, complete package.  mana tak nya, hari jumaat hari tu kitaorang sekeluarga pergi jb by car.  lepas check-in, naik teksi masuk singapore sebab nak menziarah Makmok.  aku sibuk kat ofis sangat khamis lepas, sampai tak done nak tukar currency. 

Photo courtesy of www.onlineforex.net

bila sampai kat Bugis, macam nak gila carik money changer.  dalam setengah jam gak lah mencari.  dah lah ramai orang kat situ sebab perayaan wesak.  bertasik ketiak!  hua..hua..hua...  dari muka hubby, aku tau dia dah hangin satu badan.  dari situ, kitaorang naik MRT sebab takut jalan jam.  sampai station Clementi, naik bas pulak ke Clementi West 2.  fuh!  memang adventurous habis lah.

agak-agak dalam setengah jam kat rumah makmok, dah nak balik.  atuk nak bawak kitaorang pergi dinner kat Arab Street sebelum hantar kitaorang kat taxi station.  sampai jb about 8.45 p.m.  memang melepek habis kitaorang.  lotih!!!  aku rasa, faktor cuaca pun memainkan peranan gak ni.  panas kering kat jb, mungkin sebab dekat dengan laut.


belum habis penat lagi, kitorang nak balik kl pulak.  we left jb about 11.45 a.m yesterday.  singgah r&r Pagoh & Air Keroh.  sampai kl dalam 5.15 p.m.  hujan lebat.  singgah rumah mak mertua kat cheras lebih kurang sejam setengah.  pukul 7.40 p.m. baru sampai rumah, alhamdulillah.  tidur mati agaknya kitaorang malam tadi :)

kerja suri rumah mana pernah abis, ya tak?  since pagi tadi membasuh & kemas rumah.  tu masih ada lagi dalam washing machine.  2 round dah settled, ada 1 round lagi.  esok dah nak kerja.  tapi macam mana penat sekali pun, aku tak kisah sebab dapat menziarah makmok.  tak tau bila lagi nak pergi sana.

kalau takde aral melintang, weekend ni nak rehat puas-puas.

Sunday, April 18, 2010

l.e.p.a.k

biasanya hari sabtu kitaorang berkumpul kat rumah mertua kat Sri Melaka.  bukanlah every week pun, but usually saturday lah.  lepak2 tengok tv, makan2, gossip2 ~ aktiviti wajib he..he..he.. & catch things up.  kalau agak lama tak jumpa, lagi banyak lah cerita.

minggu ni, leez & azrul planned nak pergi cheras hari sabtu.  kitaorang memang ada plan jugak, but we plan to go on sunday instead.  my mother-in-law ada doctor's appointment on saturday, that's why my hubby nak pergi sana hari minggu.  since that's the case, leez kata nak lepak kat rumah kitaorang je.  at the end, venue lepak minggu ni bertukar kat rumah kitaorang.

Nelly & Dina

dapur dah 2 minggu tak berasap.  the reason being both induction & multi-cooker jahanam.  timing baik punya..!  nasib baik diaorang bawak potluck.  leez bawak nasi goreng & kuetiaw goreng.  ibu mertua pulak bawak porridge, ikan bilis goreng, sambal belacan & buah plum.  about 8 pm, boy & qila sampai.  diaorang bawak kuih cakoi & cakoi berinti.  then ingatkan nak pergi beli nasi lemak buat tambahan, tapi kedai mami tutup pulak.  so my hubby beli satay je.  nasib baik sedap.  kalau tak, ralat jugak.


memang meriah lah.  best!  rumah aku dah lama tak havoc macam tu.  agaknya satu menara ni pun boleh dengar.  last sekali berkumpul kat rumah kitaorang masa buat buka puasa tahun lepas.  lepas tu hampeh.  masa raya pun takde buat open house sebab penat masa organize buka puasa tu masih aku terasa :) 


Note:  uolsss, terima kasih sebab sudi datang.  kepada sesapa yang tolong basuh pinggan tu :), terima kasih banyak-banyak.  jangan serik ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...