Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label workplace. Show all posts
Showing posts with label workplace. Show all posts

Friday, August 30, 2013

agm

selepas lebih seminggu baru aku berkesempatan nak update blog ni.  patutnya minggu lepas nak update, tapi kesihatan tak mengizinkan.  baru hari ni aku rasa agak sihat sikit.

sebelum hari raya hari tu, Company Secretarial dept ada call mintak aku jadi volunteer masa AGM nanti.  sebenarnya, aku dah malas nak join mende-mende ni.  masa muda-muda dulu bolehlah.  sekarang dah veteran.  bagi chance lah kat budak-budak baru.


tapi bila Jackie mentioned it's a group event, aku serba salah.  takkan aku tak boleh nak participate kan?  aku pun dengan paksa rela setuju.  bila dia tanya siapa lagi yang agak-agak boleh participate, aku terus sebut nama maliz.  nasib baik maliz ok.  taklah nanti aku terkonteng-konteng sorang-sorang.


so thursday last week AMMB Holdings Bhd AGM was held at the  BTS Hotel & Convention Centre.  sepatutnya pukul 7.30 pagi dah kena ada kat situ untuk briefing.  dan bagi sesapa yang nak makan breakfast, kena sampai situ pukul 7.00 pagi.  mak ai... awalnya!

tapi 7.30 pagi aku tak sampai lagi.  masa tu baru terhegeh-hegeh nak naik monorail.  7.40 pagi pulak ada briefing.  sudahnya aku sampai 10 minit sebelum registration.  lambat!  aku tengok shareholders lagi awal dari aku.  dah siap-siap beratur nak register.  nasib baik tak kena sound.  hehe..!


the interesting part was during registration.  each shareholder will be given breakfast coupon & door gift coupon.  but if he also attends as a 1st proxy, he/she will get another door gift coupon.  tapi kalau attend as a 2nd proxy, dapat kupon breakfast je lah.

from left:  Kak Nor, Callie, Lily & Kasturi

tapi diaorang ni sedaya-upaya nak extra door gift coupon.  macam mana kita explain pun, dia nak jugak.  nak bagi kaum kerabat agaknya.  ntah, tak fahamlah aku.

masing-masing punya share pun bukan setakat 1-2 lot.  berlot-lot!  sebab free kot!  lagi pun, door gift tu bukannya cantik.  aku pun tak nak!  huhu!  berlagaknya..!

from left:  Dolly, Kelly & Maliz

anyway, meeting finished at about 12.00 noon.  lunch was provided.  sedap tau food kat bts ni.  tapi aku & maliz tak terus balik.  kitaorang jumpa dengan member lama yang memang biasa & mesra berbual dalam telefon tapi tak pernah jumpa ~ si Yoke Chee.

Yoke Chee ni kerja kat one of the companies kat bts tu.  boss dia baik dengan boss kitaorang berdua ni.  so we had a drinks at Starbucks and caught a few things up before going back to office.  rasa macam tak nak balik office je masa tu.

dengarnya, gift for employee club tahun ni kitaorang akan dapat the same door gift for the shareholders.  hahaha!


Tuesday, July 3, 2012

2nd of July

semalam genap 7 tahun arwah mak meninggalkan kami.  sedikit sayu tetapi tidak sepilu 7 tahun lepas.  mak, you will always be in our mind. al-fatihah.

********************

on another note, yesterday also marked my 17th year working with the Bank.  how time flies!  lama kan?  dari single-mingle dah jadi double-trouble!  huhu..!

 

bila aku bagitau mr. hubby, dia kata, dia lagi lama kerja dengan company *toot*.  28 tahun.  perghh!  dah boleh masuk muzium dah tu.  hahaha!  ^_^


Saturday, November 27, 2010

hectic weekdays

since start kerja hari tu, tak done nak surf internet kat office.  sentiasa ada kerja nak buat.  balik rumah baru boleh melayari.  kotak pulak ada 4 lagi yang nak diunpack.  masih tak sempat lagi.  semuanya jadi tergendala sebab nak prepare handouts for yesterday's meeting.

tengah busy-busy tu, ada pulak fire drill hari rabu.  aku tau fire drill tu memang bertujuan baik.  tapi bagi aku pada saat tu, fire drill tu buang masa sebab aku sedang kejar masa.  mana taknya, nak kejar 2 deadlines to be completed by thursday & friday.  hua... rasa nak menangis, nyah!


tapi nasib baiklah aku tak turun ikut tangga.  aku dapat tau 45 minit sebelum fire drill bermula.  so aku pun apa lagi, plan baeekk je lah ngan member office.  sebelum semua lift tak boleh berfungsi, kitaorang dah turun & keluar dari bangunan office.  memang keji kan?  ada aku kisah?  so masa fire drill tu diadakan, kitaorang dah selamat dah kat bawah.  hu..hu...

back to business.  there's another meeting this coming tuesday.  semalam dah stayback sampai 8 pm tapi still tak habis lagi.  isnin pagi sambung balik.  tension giler!

tu yang buat perasaan nak berhenti kerja tu makin membuak-buak...

Monday, November 22, 2010

first day...

... at work after 6 weeks of medical leave.  fuyoo!  lama tu.  memang lama.  sampaikan bila masuk office last thursday macam blur-blur je.  mana taknya, sementelahan aku takde, dept ada buat renovation ~ tukar partition, tukar carpet, reshuffle cubicles, mengecat, etc.  masa masuk office pagi tu, rasa macam kerja kat tempat baru je.

and the best part is, aku kena unpack dan kemas barang-barang aku sebanyak 11 kotakbest kau kata?  7 kotak besar dan 4 kotak kecil ~ just imagine.  masa renovation hari tu, semua barang have to be packed & to be removed so works can be done smoothly.  so semua barang aku e.g. stationeries, books, magazine, files dan segala macam mak nenek telah dipacked.  terima kasih suhada!  bila aku dah start kerja ni, aku lah kena unpack barang sendiri.

kotak nak diunpack & files yang perlu diupdate

when i saw there were 11 boxes, aku tak tau nak start dari mana.  ditambah dengan kerja-kerja office yang rutin.  tu belum kira lagi stack of loose papers on my table waiting to be filed.  files yang tak berupdate since end of september.  telefon berdering selang beberapa saat.  hua... rasa nak menangis.  nasib baik khamis & jumaat hari tu ms alice cuti, so dapat gak lah aku kemas sikit-sikit.  apa-apa barang yang berat, aku mintak tolong kat Shan & Hairi.  itu pun belum habis, ada 6 kotak lagi nak unpack ~ 2 kotak besar + 4 kotak kecil.

gambar yang kat atas tu cuma sebahagian dari kotak dan files yang akan 'dikerjakan' oleh aku nanti.  mesti korang kata sikit je kan?  sebenarnya ada lagi kat penjuru sebelah kiri.  tak kuasa lah akak nak ambik gambar banyak-banyak penjuru.  lotih!

my workstation ~ betapa semaknya!

bila balik rumah, penat tak usah cakaplah.  kalau masa medical leave hari tu aku biasa masuk tidur di antara pukul 11-11.30 pm, sekarang ni pukul 10 pm je mata dah layu.  by the way, kalau ada yang musykil kenapa aku tidur awal sangat, aku ni memang jenis tidur awal.  paling lambat pun pukul 12 am.  zaman muda-muda dulu boleh lah sampai 2- 3 am.  sekarang dah tak larat.  mungkin faktor usia kot.. he..he...

whatever it is, i would like to thank Siti Noor Asiah & Siti Suhada for assisting me during my absence.  these two sitis helped me a lot when i was away.  terima kasih jugak pada Mohd Zulhairi & Shanmugam yang sentiasa membantu bila diperlukan.  uolss terbaeek!

masa untuk tidur...  nite! nite!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...