Sabtu lepas birthday FIL. setakat hari tu, belum ada plan among the siblings nak bawak abah pergi mana. since every Saturday memang kitaorang
berkumpul di Sri Melaka, so last Saturday we celebrated abah’s birthday secara
sederhana, tetapi meriah.
masa kitaorang sampai, aku tengok banyak makanan yang MIL
masak. ada laksa, nasi himpit + kuah kacang serta
rendang daging. itu belum termasuk
lauk-pauk yang lain lagi ~ kari ikan, sambal tumis ikan bilis, sup sayur, ikan
goreng, ulam-ulaman serta sambal tempoyak.
Boy dah siap beli kek. so pukul 5.30 petang, kedengaran lagu “Allah selamatkan kamu”
dinyanyikan di salah satu blok Sri Melaka. pitching
sedikit lari, tapi agak harmoni. hahaha!!!
kek yang Boy beli tu kek coklat. sedap, moist dan kurang manis. each of the family siap tapau satu slice lagi
bawak balik rumah. alhamdulillah.
petang tu jugak Boy buat pizza untuk seisi keluarga. pandai
tau my BIL buat pizza. kreatif pulak tu. kena belajar
dari dia nampaknya. sementara Boy buat pizza, Qila
masak garlic bread. ha… dah elok sangatlah tu. memang padan ^_^
pizza & garlic bread tu pun sebenarnya sebagai snack tambahan kepada makanan yang dah sedia banyak kat rumah MIL hari
tu. ada kacang kuda rebus, keropok serta
buah-buahan. memang kenyang lah kitaorang. alhamdulillah.
note to FIL : selamat hari jadi Abah. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan
kesihatan yang baik serta sentiasa di dalam lindungan Allah hendakNya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment