minggu ni takde aktiviti menarik yang nak diceritakan di sini. semuanya rutin yang sama tiap-tiap minggu. so aku cerita je lah hal yang baru je berlaku kat rumah aku ni. macamlah cerita besar sangat...! ^_^
since dapur rumah ni dah agak lama tak mengeluarkan asap, aku fikir apa kata aku sediakan minum petang hari ni. bukan selalu pun aku buat macam ni. jarang-jarang hokey...! kira hari ni hari bertuah lah ni. hehe..!
kitaorang baru je lepas minum petang pukul 6.oo tadi. pukul 6.oo tadi hokey, bukan sekarang. sekarang ni dah masuk waktu dinner dah pun. mak tau tu nok...!
makanan tak berat pun, cuma goreng-goreng je. ada kuih badak, pau goreng dan french toast. ada ke orang makan french toast untuk minum petang? ^_^
roti canai pun ada jugak. roti canai tu kitaorang makan dengan rendang ayam yang diimport dari rumah mil semalam.
so itu je lah nak cerita. terima kasih sebab sudi singgah ^_^
masih ada balance lagi nampaknya makanan tu. so bolehlah carry forward sampai dinner. huhu!!!
No comments:
Post a Comment