of late ni, kitaorang selalu jugak keluar dinner, especially hari jumaat. isnin sampai khamis tu boleh dikatakan semedang je tapau. tapi kalau hari-hari bosan jugak kan.
selalunya mr. hubby yang buat suggestion. dia macam tau-tau je kitaorang ni perlukan udara malam yang segar. hehe... lagi satu mungkin sebab towards end of the week, mr. hubby selalu outstation. so untuk menggantikan masa yang dah terlepas tu, dia bawak kitaorang keluar.
semalam mr. hubby baru balik dari outstation di selatan. since mr. hubby takde beli ole-ole, dia pun ajak ke satu restoran yang kitaorang dah ternampak minggu lepas. so malam tadi kitaorang ke Wangsa Grill by Chef Zubir for dinner.
restoran ni dekat dengan butik sugarscarf di wangsa melawati. cuma sebelah blok je. masa pergi launching butik sugarscarf dulu, restoran ni takde lagi.
masa sampai kat parking lot, nampak beberapa buah kereta pun parking sama. diaorang tu pun menuju ke restoran tu jugak. mesti ramai ni! masa kitaorang masuk restoran tu, nampak macam dah penuh. but luckily still got place for 3 of us. alhamdulillah.
aku tak done nak ambik gambar kat dalam restoran tu. ramai orang, kang orang ingat aku ambik gambar diaorang pulak. tapi deco dan interior of the restaurant looks ok. next time kalau aku pergi lagi aku ambiklah gambar restoran ya.
kat restoran tu patrons dihiburkan oleh a trio band. sementara tunggu food sampai, adalah hiburan. taklah rasa boring sangat. tapi aku tak sure waktu siang ada band ke tidak.
food sampai cepat jugaklah. we had ordered Mushroom cream soup and Quesedillas. for personal order, dina order Bolognese dan coke. mr. hubby order apple juice je. dan aku order CZ Beef Burger dan raspberry tea.
sambil-sambil makan tu, kitaorang tertanya-tanya jugak kot-kot Chef Zubir ada kat situ. kalau ada, teringin jugak nak bergambar. huhu!!!
in conclusion, the food was delicious and good. the portion pun just nice, tak terlalu besar tapi mengenyangkan. highly recommended!
cuma kalau korang nak pergi sana, especially dinner, aku suggest buat reservation dulu. bukan apa, takut nanti takde tempat duduk nanti.
Chef Zubir memang ada kat situ rupanya! tapi dia stay kat kitchen sebab dia yang memasak ^_^
No comments:
Post a Comment