Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 18, 2013

warna-warni aidilfitri ~ part ii

raya ketiga kami balik ke kampung mr. hubby di Taiping.  tapi tahun ni kami tak stay kat hotel potato lagi.  chik dah reservedkan satu homestay ni untuk kitaorang.

ini bukan homestay hokey...!

homestay tu terletak di Taman Indah.  takde lah jauh dari rumah chik di Simpang.  homestay tu ok, besar dan bersih.  ada 3 bilik kesemuanya, tapi 1 bilik takde katil.  boleh?  &#$%?

ni lah Homestay Taman Indah

dari KL kitaorang direct ke rumah Ayang since dia ada buat doa selamat + jamuan raya hari tu.


Mr. Hubby & Saif

antara menu hari tu yang aku masih ingat ialah nasi minyak/putih berserta lauk-pauknya, sate, mee rebus, laksa, rojak, kambing panggang, kek, agar-agar sirap & biskut raya.


stall kambing panggang

rumah ayang tak jauh dari rumah chik.  tak sampai 5 minit pun.  lepas habis majlis barulah kitaorang ke rumah chik pulak.  dinner pun kat situ jugak.

Miss Qee & Dina

psst!  psst!  kalau balik taiping, agenda utama dalam itinerary ialah makan.  hehe..!  ^_^

*************************

the following day aku plan nak pergi Bukit Larut.  tapi raya keempat tu, sejak subuh sampai awal pagi hujan.  so aku fikir baik cancel je, takut jalan naik ke bukit tu licin.  since dah cancel, boy pulak plan nak makan seafood kat Kuala Gula.  kitaorang ok je.

Miss Qee & Iza

tapi sebelum tu kitaorang singgah rumah chik dulu.  aku pun tak pasti kenapa kitaorang pergi rumah chik masa tu.  mungkin diaorang ni nak breakfast dulu kot.  padahal dah lebih pukul 12 tengahari.  aku ikut je, dah sah-sah aku ni menumpang kan.…

from right:  Ira, Didi, Ery & Dina

sesampai kat rumah chik, mil sedang masak lunch.  mil suruh kitaorang tunggu & lunch kat situ.  so plan ke kuala gula pun secara automatiknya tercancel…

Masjid Lama

petang tu kitaorang nak beraya ke rumah wan nab.  tapi disebabkan telah mengikut seorang tour guide tak bertauliah, kitaorang dah sesat-barat sampai ke pekan taiping.  akhirnya sampai kat rumah wan nab mengambil masa satu jam dari rumah chik.  ermm... sabar je lah yeop...!



untuk pengetahun korang, inilah first time aku ke rumah Wan Nab di Kampung Aman tu.  selama 15 tahun aku kahwin, inilah julung-julung kali aku menjejekkan kami kat rumah dia.  kenapa?  tak percaya?  kalau tak percaya, sila tanya encik azahari.



masa kitaorang sampai, cucu-cucu wan nab sedang sibuk bersiap nak pergi mandi kat jeram tak jauh dari situ.  mr. hubby pernah cerita sebab dia pun pernah mandi-manda kat situ masa zaman budak-budak


bila aku tanya nama tempat tu, diaorang tak tau.  tapi diaorang panggil tempat tu ’Mah Kok Tiong’.  tak tau ejaan ni betul ke tidak.  padahal tu nama jirat cina yang ada kat kawasan tu sebelum sampai ke jeram.  asal boleh je diaorang ni kan?  hehe...


since kereta Jojo masih ada ruang untuk 2 orang lagi, mr. mubby dan boy ikut diaorang ke jeram tu.  on the way ke jeram, mr. hubby sempat ambik gambar.  aku tengok, memang kena lalu jirat cina untuk sampai ke jeram tu.  kalau aku lah kan, tak berani nak mandi kat situ der!


dari rumah wan nab, kitaorang ke pekan taiping sebab Anuar, anak chik nak belanja dinner.  fuh!  menarik gak tu.  tapi sebelum ke situ, singgah sekejap di tesco sebab ada di antara kitaorang nak beli barang.  jauh betul beli barang, sampai ke taiping.  huhu!!!


masa sampai di The Gate Café, kitaorang nampak wan cho & family dah ada di situ.  eh, bila diaorang sampai?  rupa-rupanya diaorang ni on the way nak balik kl dari kedah.  kiranya singgah taiping tu nak beraya lah.  memang gamatlah cafe tu sebab group kami kan ramai.  adalah lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak.

sungguh tekun membaca menu...
siapalah yang ambik gambar ni kan?  ^_^

aku fikir café tu specialty cuisine nya ialah western food.  makanan goreng-goreng memang ada.  dina order nasi goreng tapi rasanya agak kureeng.  tapi sorrylah ya, kat situ tak sempat nak ambik gambar makanan.  gambar ahkak tengah baca menu adalah.  hehe...!

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...