Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 19, 2013

warna-warni aidilfitri - final

hari ketiga di taiping kitaorang dah nak balik kl.  tapi family Azrul & boy serta mil akan ke Penang.  tapi sebelum tu, singgah pekan taiping untuk acara tahunan.


Mr. Hubby with a staff of Chin Cheang & Co.

apa lagi, mil nak beli belacan, udang kering & ikan kering.  bila balik taiping, memang tak sah kalau tak singgah beraya kat kedai chin cheang & co. ni  ^_^


Mil & Luvelymummy

selepas shopping barang-barang kering, kami singgah makan di bangunan larut-matang.  kali ni gerai mee combat tu bukak.  dapatlah merasa mee combat setelah sekian lama.  kalau tak tu, asyik dengar nama dia je setiap kali ke taiping.

Mee Combat

mee combat ni sama je dengan mee goreng sebenarnya.  tapi tak tau lah pulak kenapa nama dia mee combat.  mungkin sebab kat taiping dulu banyak askar kot?

Super Black Mee

selain tu, kitaorang order jugak super mee black.  ni pun mee goreng jugak, cuma lebih kicap dan rupa dia lebih black  ^_^   2 mee combat + 1 super mee black untuk 10 orang makan.  ok tak?  brrppp!  alhamdulillah.




lepas makan, kami bawak haluan masing-masing.  tapi sebelum meninggalkan pekan taiping, kami ronda-ronda dulu sekitar taman tasik taiping.  drove towards the entrance to Bukit Larut, sekadar ambil gambar sign board je.  next time kalau datang ke taiping mesti nak naik ke bukit larut.


and finally melalui jalan yang ada war cemetery di kiri dan kanan Jalan Bukit Larutaku tau kat malaysia ni ada war cemetery tapi tak pernah tau pun ada Taiping War Cemeterytu lah kan, kesan dari kurang membaca!  untuk info lebih lanjut, korang google ya  ^_^



perjalanan ke kl yang sepatutnya cuma mengambil masa 3 ½ jam telah delayed ke 6 jam akibat dari traffic jam di beberapa tempat di lebuhraya dari changkat jering ke kl.

jalan yang wajib jammed setiap kali musim perayaan 

dan itulah harga yang perlu dibayar jika ada perayaan-perayaan major di malaysia ni.  bak kata mr. hubby, ”kalau tak jam, tak rasa suasana raya.”  betul ke?  yang pasti, memang buat kita penat.  dah penat, tentulah lapar kan?  alasan!


sebelum balik ke rumah, kami singgah di restoran Bawang Kecik di aeon AU2 untuk dinner.  perut dah lapar, waitress pulak salah ambik order.  aduyai...!  muka mr. hubby dah macam combat dah aku tengok.  dina pun takut nak tegur.  hehe..!

sempat ke kita jumpa lagi syawal tahun depan...?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...