bangun pagi tu
rasa fresh jugaklah. mungkin sebab malam
tadinya terlampau penat. so malam tu tidur
mati kot. tu pasallah fresh. hahaha !!!
dari Alor Setar, kami menuju ke Gurun. mr. hubby nak bawak kitaorang makan kat satu
restoran yang dia pernah terbaca artikel kat suratkhabar. yang paling popular kat restoran tu ialah
ikan bawal goreng.
sebenarnya, tak susah nak cari sebab restoran tu terletak
tak berapa jauh dari toll exit. tapi
disebabkan kitaorang nak cepat sampai, adalah 2-3 kali tersesat. last sekali barulah jumpa. itu pun selepas kali kedua melalui jalan yang
kitaorang dah lalu sebelumnya.
nama restoran tu Top D’Gurun. bila aku tanya mr. hubby masa sedang pusing-pusing
cari restoran tu, dia tak ingat pulok. restoran
tu bolehlah dikatakan tu menjual nasi berlauk.
lauk memang banyak. penuh meja.
ikan lah yang paling banyak, samada dimasak secara goreng, bakar,
sambal atau gulai. ayam, daging, ikan
masin, telur & sayuran pun ada jugak.
tapi main dishnya ialah ikan. masa
kitaorang kat situ, food yang sedang mendidih dalam kawah kecil pun ado.
restoran ni konsepnya
layan diri. ko ambik nasi, pastu
ambiklah mana-mana lauk yang ko suka. nanti
akan ada orang menyusul dan bagi harga kat ko.
tu je kaedahnya. by the
way, harga teh ‘o’ ais 5 kupang hokey! siap
promo kat depan restoran lagi. so tak
payahlah susah-susah nak fikir dah.
dari Gurun, kami bergerak balik ke KL. perjalanan
yang sepatutnya mengambil masa 5-6 menjadi 9 jam. mana taknya, setiap kali menghampiri R&R, jalan jam. just imagine berapa banyak R&R dari Gurun ke sini.
jam paling teruk kat Perak. Bukit Gantang – Sungai Perak -Terowong Menora - Kuala Kangsar. Simpang Pulai – Sungkai. Tapah – Slim River. apa barang???
bukan setakat punggung je kematu tau.
pinggang pun sakit jugak sebab duduk lama sangat. stress mak!
tapi aku tau mr. hubby lagi stress sebab dia yang
drive. aku seboleh-bolehnya nak elakkan
daripada tidur supaya boleh temankan mr. hubby berbual. tapi ada masa tu aku melayang jugak. susah nak ajar mata ni! i’m sorry mr. hubby :(
kalau boleh, nak elakkan cuti-cuti malaysia pada musim perayaan. serik dowh!
kalau boleh, nak elakkan cuti-cuti malaysia pada musim perayaan. serik dowh!
No comments:
Post a Comment