selepas hampir 19 tahun, akhirnya dapat jugak jumpa member kamceng masa kat ITM Jalan Othman dulu. walaupun cuma jumpa dua kerat je,
tapi itu pun dah sangat-sangat bersyukur.
from right: Joyce, Zila, Lina & Me
ITM Jalan Othman, 1992
agak lama jugak kitaorang plan
nak jumpa, tapi tak jadi-jadi. Joyce ok je kalau buat weekend. Lina pulak tak boleh sebab anak-anak balik dari asrama during
weekend.
aku ok je, dua-dua boleh. weekend
ok, week day pun ok. sudahnya,
masing-masing ambik cuti for this mini reunion. habis cerita, tak payah nak fikir weekend atau week day lagi dah.
akhirnya kitaorang jumpa jugak last Friday di Ben’s, KLCC. memang gamat bila kitaorang dah jumpa. kebetulan pulak aku dengan Joyce pakai baju tema lebih kurang ~ merah + hitam. bukan gamat lagi dah ~ havoc! (^_^)
agak-agaknya, suara kitaorang je yang kedengaran kat
Ben’s tu kot! mana taknya, 3 kepala nak catch-up 19 tahun punya
cerita. memang meriah giler lah
beb. hehehe...
aku tak
done nak ambik gambar makanan ataupun deco kat Ben’s. leka sangat berbual. banyak sangat cerita, tak habis-habis.
gambar
yang ada kat sini pun Joyce yang ambik kan. gambar kitaorang bertiga tu pulak waiter kat Ben’s yang tolong ambik.
apa-apa pun, it was a fun afternoon. bercerita tak henti-henti. gelak tak
habis-habis. alhamdulillah,
perangai serta attitude kitaorang towards each other tetap sama, walaupun dah
19 tahun berlalu.
note: Joyce & Lina, thank you for the lovely afternoon. that was priceless…
No comments:
Post a Comment