since bukak sekolah awal bulan hari tu, tak banyak aktiviti keluarga yang kitaorang buat. agak sibuk dengan rutin harian. so takde cerita yang major nak dikongsikan kat blog ni.
post untuk kali ni pun aktiviti ahad lepas. kisahnya si dina. dari minggu sebelumnya sibuk nak memasak. ntah apa
yang dimasaknya, ntah ler. siap cakap dengan aku, “nanti kita masak
sama-sama ya mama”. ya lah tu, 'sama-sama'.
dina google resepi kat internet. nak buat baked macaroni rupanya. siap
suruh aku beli mana-mana ingredients yang takde kat rumah.
aku pernahlah buat baked pasta ni dulu. dululah…, dah lama dah. resepinya pun aku tak tau dah campak ke
mana. ya lah kan, resepi dengan aku bagaikan isi dengan kuku. hehe…
so ahad lepas dina pun memulakan aktiviti masterchef nya. memula dia kacau pasta dalam pot sampai lembut. lepas tu dia potong button mushroom. then dia cairkan butter.
pastu dia carik-carik kan cheese. kitaorang guna slice blackpepper cheese sebab dina dah tersalah pilih resepi. last sekali dia gaul semua bahan-bahan kat dalam pot tu sebelum dibakar.
chef dina ni dah tersalah pilih resepi. suka-suka je nak alter lepas tu. dia ambik resepi carbonara, tapi nak masak bolognese. apa citer? aduyai…! sabar je lah.
No comments:
Post a Comment