selepas sarapan esoknya, seawal jam 10.00 pagi, kami
berlapan bergerak meninggalkan apartment.
ke mana tujuan? Gunung Kinabalu. haa??! biar betul.
kenapa? tak percaya? hihihi!
perjalanan
mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi iaitu
Kundasang. terletak di dalam daerah
Ranau, ia merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung
Kinabalu. the journey from KK did
become mountainous gradually but very scenic.
sepanjang perjalanan, kelihatan pemandangan yang indah
dengan rumah-rumah yang kelihatan seperti kotak di lereng bukit. di
sepanjang perjalanan terdapat banyak gerai menjual sayur-sayuran seperti
terung, timun, lobak, kobis, dan sebagainya.
pertanian
merupakan sumber pendapatan utama kepada penduduk di situ. dengan cuaca yang segar, tidak hairanlah
Kundasang merupakan pusat sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah itu. malangnya, takde sorang pun daripada
kitaorang yang beli sayur. hahaha!!!
di pekan yang berketinggian 2,000 kaki dari paras atas laut tu,
kitaorang melawat Kundasang War Memorial & Gardens. untuk info yang lebih details, korang boleh
google kat internet ya.
kat war memorial park tu ada 4 gardens ~ Australian Garden ,
English Garden ,
Borneo Garden
dan Contemplation
Garden . aku tak tau pun ada sampai 4 garden kat
situ. dah balik ni baru aku tau.
maka, natijah dari ketidaktahuan itu ~ kitaorang tak pergi
pun Borneo Garden .
tu lah kan, kalau melancong
ke luar negeri, bukan main lagi google sana, google sini. tapi kalau dalam negeri, search ala kadar je.
kesemua taman
yang kitaorang singgah tu dijaga dengan baik. cuma kat Contemplation Garden tu, masa
kitaorang sampai, poolnya tu baru lah nak diisi air. sudahnya bila ambik gambar, nampak tak cantik. nampak kan gambar kat atas tu?
kat situ jugak ada dijual barangan cenderamata seperti poskad, key chain serta fridge magnet. sempatlah beli beberapa souvenir untuk member office.
kat situ jugak ada dijual barangan cenderamata seperti poskad, key chain serta fridge magnet. sempatlah beli beberapa souvenir untuk member office.
dari pekan
Kundasang, kami seterusnya ke Kinabalu Park.
ia adalah taman negara yang pertama di Malaysia.
kalau nak mendaki Gunung Kinabalu, korang akan bermuda di sini. kitaorang tak masuk pun park tu. setakat ambik gambar pemandangan dan kawasan sekitarnya je.
kalau nak mendaki Gunung Kinabalu, korang akan bermuda di sini. kitaorang tak masuk pun park tu. setakat ambik gambar pemandangan dan kawasan sekitarnya je.
kalau tak masuk park, takkan lah nak mendaki pulak kan . tak
payahlah nyah! simpan je hasrat murni ko
tu. panjat tingkat 3 kat seri melaka pun
dah mengah, ada hati nak mendaki gunung.
huhu!!!
kami singgah makan tengahari di pekan Nabalu. sebuah pekan kecil yang sering dijadikan tempat
persinggahan kepada pelancong-pelancong sebelum ke Kinabalu Park .
terdapat food markets di pekan Nabalu tu. kebanyakannya menjual makanan tempatan,
buah-buahan, sayur-sayuran serta snacks.
di situ juga terdapat handicraft bazaar yang menjual barangan kraftangan
serta souvenirs. macam-macam ada, tapi
kena pandai tawar-menawar lah.
kat pekan tu jugak
ada watch tower untuk melihat Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya. dengarnya, tower tu ádalah the best
spot! tapi takde sorang pun dari kami
yang berani nak keluar dari restoran sebab anjing sentiasa berkeliaran di
sekeliling kawasan tu.
selesai makan dan
membeli beberapa souvenirs, kami bergerak pulang ke bandar KK. sesampai di bandar, kami singgah di Masjid
Bandaraya di Teluk Likas sebelum memulakan aktiviti yang lebih mencabar.
the next pit stop was Handicraft Market. inilah aktiviti mencabar yang aku cakap
tadi. aktiviti ni mencabar bagi aku
sebab perlu ada skil tawar-menawar. aku
tak pandai bab-bab macam ni.
apa je harga yang keluar dari mulut penjual, itu lah yang
aku bayar. kalau dapat tawar pun, alah… ciput sangat. tu pasal aku suka pergi mall atau
supermarket. harga dah fixed, tak payah
pening-pening. bila sale, boleh dapat
sampai 50% discount lagi. hehe..
kat Handicraft Market ni ada macam-macam souvenirs like
mutiara, jewellery, bamboo goods, seashell crafts, textile dan macam-macam
lagi.
anyway, mil nak beli pearl jewelleries. fil pulak nak beli dried seafood. yang perempuan ikut mil so aku tak tau macam mana fil punya bargaining
skill. mr. hubby & boy bawak haluan masing-masing. last sekali semua berkumpul kat tempat mil nak beli mutiara tu.
then we headed to a night market behind Le Meridien Hotel. takde
apa nak beli pun, cuma melihat-lihat je. the stuff sold there are almost the
same as the Handicraft market. we ended
up buying nothing.
adan dah berpeluh. apa
kata kita sejukkan badan di Suria Sabah ? it is one of the shopping malls in KK. it houses a few branded stuff like Coach,
Mango & Pandora. Qila rembat
satu sweat shirt from MNG. sempat ko nyah..! hehe...
malam tu kami dinner at the night market opposite KK Plaza. tukang pilih menu masih sama ~ adik & abang. menu pun lebih kurang sama jugak, cuma cara masakan je yang lain. ada ketam masak telur asin, ikan siakap 3 rasa, sotong masak cili, kerang bakar dan kerang rebus.
sebelum balik ke apartment, kitaorang ronda-ronda sekitar bandar KK. walaupun penat sebab berjalan sehari suntuk, gagahkan diri jugak. esok dah nak balik. ini je lah masa yang ada.
bersambung...
No comments:
Post a Comment