Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 8, 2013

Bawang Kecik

masuk hari ni, ntah berapa kali dah kitaorang datang ke restoran ni.  aku suka datang sini sebab food dia variety.  mr. hubby pun suka, cuma dina je yang tak suka  :(

restoran yang aku maksudkan ialah restoran Bawang Kecik kat Aeon AU2.  antara food yang ada kat restoran tu termasuklah makanan baba-nyonya melaka, makanan kedah utara, western food dan Portugese seafood.


so petang tadi kitaorang ke aeon au2 untuk dinner.  tak tau nak makan kat mana sebenarnya.  selepas dah tawaf satu bangunan aeon tu, akhirnya kitaorang pun masuk restoran bawang kecik.


musim hujan macam sekarang ni, perut cepat laparkan?  so kitaorang pun tak agak-agak nak mengorder.  dina order chicken chop, mr. hubby order kuey teaw goreng dan aku order fried mee hoon with asam sauce.


dan aku ada order portugese mixed seafood sebagai tambahan.  untuk drinks pulak, kitaorang bertiga order teh, cuma nama je lain sikit.  dina order teh o ais limau, mr. hubby order chinese tea dan aku pulak order lemon tea.


kalau korang kebetulan lalu kat area sini, cuba try makan kat bawang kecik.  pada pendapat aku, insya'allah, takkan mengecewakan.  ini bukan iklan berbayar hokey!!!

itu je lah nak citer.  ok bai.  wassalam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...