plan asal nak ke
Chili’s. but since chili’s does
not practice reservation, kitaorang gamble je lah beratur kat luar
restaurant. elok je sampai je turn
kitaorang, waiter tu cakap “kak, dah penuh.
kalau nak jugak lepas 8.30”. what
the toot!!!
Maliz
pakkal lah
kitaaorang terlambat sikit beratur. takde
lah sakit kepala lutut beratur lama-lama.
tu pun sebab traffic jam dari bank sampai ke Menara TA yang memakan masa
45 minit. padahal dekat je pun. kalau tak, sure kitaoramg dapat seat punyalah.
tapi yang sebenarnya, kitaorang
dah pun buat reservation kat restoran Bumbu Desa. as a back-up plan lah kononnya. psst! bab-bab buat reservation ni bagi kat haslina,
dia minat sangat. huhu!!! pergi beratur kat chili’s tu pun just to try luck our
luck. mana tau kot-kot boleh dapat
pulak. hehe..
kat bumbu desa, food is served in buffet style. not so much variety, but sufficient. ada nasi luwet dan nasi putih. ada
cireng, perkedel, gado-gado, mee bakso dan rojak buah.
mee bakso
antara lauk-pauk
yang ada ialah tauhu goreng tepung, sambal ijo, telur dadar, ayam goreng &
sambal pedas, daging dendeng, sayur asem dan daging rendang.
desserts pulak cuma ada
fruit platter, puding merah-putih dan manisan berkuah {macam pengat pisang}.
from left: Haslina, Suhada & me
kitaorang ni
jarang keluar lunch sama-sama. selalunya
tapau je dan makan kat tempat sendiri.
sekali-sekala keluar macam ni gamat jugak. sempena bulan puasa ni, aku tak naklah ambik gambar makanan. cuma setakat 1-2 tu bolehlah.
since restoran tu pencahayaannya agak romantik, korang akan nampak gambar yang kitaorang ambik ni pun macam suram je. lepas dinner, kitaorang takde plan lain sebab esoknya nak kerja. so memang terus je balik.
tapi sebelum kitaorang meninggalkan tingkat 4 tu, aku tengok memasing dah macam camwhore dah! cer tengok! huhu!!!
then kitaorang
pun blah ikut haluan masing- masing.
setau aku, maliz & suhada nak singgah Kinokuniya dulu sebelum balik.
enter frame!!!
aku dengan
haslina pulak singgah kat Bisou kat tingkat 3 sebab nak beli cupcake. aku suka datang kedai bisou ni sebab selain
keknya sedap, kedai dia pun comel dan cantik.
walaupun kedainya setakat kiosk je, tapi siap ada chandelier lagi. nampak tak?
walaupun kedainya setakat kiosk je, tapi siap ada chandelier lagi. nampak tak?
bila aku sampai
rumah malam tu, dina sedang buat homework.
mr. hubby pulak ke surau.
dina happy sebab aku bawak balik cupcake dari bisou, sampaikan ambik
gambar kek sebab nak upload kat instagram.
aku memang tau
dia suka, tu pasallah aku beli. aku pun happy
sebab dia happy, so aku pun nak ambik gambar kek jugaklah sebab nak buat post kali
ni. hehe…
note: Suhada, all the best in your new job and new place. keep in touch ok.
No comments:
Post a Comment