Sunday, November 11, 2012

Ana & Azmi

semalam ada wedding kat melaka.  kawan aku yang dulu kerja kat bank yang kahwin.  korang ingat Ana tak?  aku pernah cerita kitaorang buka puasa sama-sama kat chili's dulu.  kalau tak ingat, boleh baca kat sini

seri pengantin

masa kitaorang sampai, pengantin sedang bersanding.  aku nampak Azwa sefamily dah sampai dan baru sudah makan.  lepas makan, aku join azwa bergambar dengan pengantin atas pelamin.

bersama kedua mempelai, Azwa & Is {yg lain tak kenal}

walaupun Ana dah lama tinggalkan bank, ada ternampak beberapa budak bank pun datang.  masa aku kat sana, aku jumpa Farid Finance dan Azli ISD.  Zalina ex-AmSecurities pun ada jugak.  yang lain-lain mungkin belum sampai lagi kot.

 
masa ana kerja kat bank, aku salah seorang yang baik dengan dia.  dia pun pernah datang beraya ke rumah.  so walaupun jauh, aku cuba jugak memenuhi jemputan.  inilah namanya 'kawan'.  lagi pun, menghadiri majlis walimatul urus tu wajib kan?

"Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya.   Sabda Rasulullah SAW:
 Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
[Source:  IslamGRID]

to Ana & Azmi, selamat pengantin baru.  semoga kekal ke akhir hayat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...