Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 27, 2011

setahun hanya sekali

kitaorang jarang berbuka puasa kat luar.  bukan aku tak nak, tapi mr. hubby kurang gemar.  sebabnya?  dia rasa sayang kalau tertinggal sembahyang tarawikh.  pssst!  mr. hubby aku dah jadi geng surau macam Razif a.k.a Mayat, ok.  hu..hu...!  alrite, fine.  so aku kena lah mencari alternative iaitu berbuka puasa bersama member kamceng.  macam ramai sangat member, padahal 2-3 kerat je.   

setiap tahun puasa, kitaorang kalau boleh memang nak sangat bergathering sambil berbuka puasa.  tapi selalu susah nak plan.  ia samada 3 orang je available, atau cuma 2 orang je yang boleh.  setakat 2 orang baik tak payah!  nak cukupkan quorum memang susah, especially Hana, sebab dia kerja kat tempat lain after leaving the bank.  seingat aku, last sekali kitaorang buka puasa sama-sama tahun 2008 kat Planet Hollywood.  masa tu, cuma aku, maliz & hana je yang available.

hana

so this year, ziah yang came out with the idea.  "bila nak buka puasa sama-sama?", katanya.  tapi last-last dia tak dapat join sebab ada doctor's appointment.  Azwa pun tak dapat join sebab ada prior arrangement.  so the date was set last monday, 22nd august 2011.

for venue, kitaorang ada beberapa suggestions.  memula ingat nak makan kat Chicken Rice Shop, tapi takde outlet yang dekat dengan office.  then plan nak pergi Nando's, tapi restoran tu tak terima reservation.  dalam pada tu, maliz buat reservation kat little penang cafe dan madam kwan's.  hana pulak buat reservation kat The Apartment.

maliz & me

tapi last-last, kitaorang pergi Chili's.  restoran ni memang ada dalam senarai, but since it doesn't accept reservation, kitaorang tak sure boleh dapat seat atau tidak.  disebabkan konsepnya on first-come-first-serve basis, kitaorang kena lah beratur.  adalah dalam satu jam beratur kat luar restoran tu.  macamlah hadap sangat kan, tapi still beratur jugak.

anway, bila dah masuk restoran tu, terus senyap.  dah penat pot-pet pot-pet masa beratur tadi.  lepas fikir & bincang2, aku & maliz ambik set ramadhan special which included soup, drinks ~ bottomless & ice cream.  hana order ala-carte sebab dia kata, setakat set tu tak cukup untuk dia.  he..he..

Jack Nacho's for starter

mine ~ Crispy Honey-Chipotle Chicken Crispers 

maliz's ~ Spaghetti Chicken

we also had Mushroom Jack and hana ordered Fajita Trio.  tapi tak sempat nak ambik gambar kedua-duanya sebab dah kena ngap!  bebudak tu lapar ok.  hi..hi...

when the time came for dessert, hana tak dapat ice-cream since dia tak ambik set.  tapi dia nak sangat dessert sebab telah ternampak ada table order dessert yang cantik tu.  aku awal-awal lagi dah surrender, tak boleh nak terima food lagi dah, dah rasa tersengkak.  buruk lantak!  tapi sebab kesiankan cik hana, kitaorang order jugaklah Molten Chocolate Cake.  maliz cuit sikit-sikit je.

tempting kan?  ^_^
Picture courtesy from chili's

the portion of the food in chili's were quite generous, so kitaorang memang kenyang giler lah.  kenyang sampai sahur!  since memasing punya food tak habis, kitaorang siap tapau bawak balik lagi.  anyway, it was a memorable gathering.  kalau panjang umur, kita buka puasa sama-sama lagi tahun depan, insya'allah.

note:  ziah & azwa, kitaorang dah booked engkorang untuk buka puasa tahun depan, hokey?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...