Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 3, 2011

nak masuk suku?

sejak aku buat entry bertajuk 'anak nogori' hari tu, aku semakin nak mengetahui asal-usul diri sendiri.  bukan lah nak mencari salasilah keluarga, tapi curious nak tau dari mana asal suku kitaorang ni.  tak tau kenapa, asyiklah mencari apa sahaja yang berkaitan dengan suku batu hampar, payakumbuh, ranah minang, dan sebagainya.  gilo apo?

dalam entry tu jugak, aku ada bagitau yang aku ni suku batu hampar kan?  hasil pencarian aku selama beberapa bulan ni, nama 12 suku yang terdapat di negeri sembilan tu kebanyakannya diambil dari nama-nama kampung yang terdapat di Sumatera Barat.  dan ianya masih wujuh sehingga sekarang.  nama-nama 12 suku tu tak payahlah aku list down kat sini sebab ada banyak kat internet, korang google sendiri lah ok.

Surau Sheik Abdurahman

satu perkara yang dapat aku pastikan, memang ada terdapat sebuah nagari (desa) bernama Batu Hampar di kecamatan (district) Akabiluru di kabupaten (wilayah) Lima Puluh Kota.  dari situ lah nama suku ini diambil dan di sini lah asal mereka yang berketurunan suku batu hampar.  termasuklah aku he..he...

menurut sejarah, suku batu hampar ni datang mengikut kumpulan yang keempat, iaitu kumpulan Datuk Lela Belong yang datang merantau ke sini.  masa tu sekitar kurun ke 18.  kalau betullah nenek moyang aku berasal dari kumpulan yang itu, aku ni boleh dikategorikan sebagai generasi yang kesepuluh.  fuh!  caya lah!


buat setakat ni, itu je lah info yang aku dah dapat.  sambil-sambil tu, still lagi cari kat internet even though most of the info macam lebih kurang sama je.  tak puas hati, aku pun beli satu buku bertajuk 'Payung Terkembang' karya the late Tan Sri A. Samad Idris.  buku ni menceritakan serba sedikit tentang susur galur sejarah kedua-dua daerah ns/minangkabau secara ringkas.  masih mencari info, mungkin nak beli buku yang lain pulak.  atau mungkin nak pergi bersiar-siar ke Seri Menanti.

teringin nak melihat pemandangan di Ngarai Sianok.  teringin nak melawat Rumah Gadang yang penuh sejarah.  teringin sangat nak menjejakkan kaki di Ranah Minang...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...