Sunday, February 27, 2011

Berjaya Founder's Day

hari ni tak pergi jogging.  kenapa?  sakit kaki.  apasal?  semalam berdiri & berjalan lama sangat.  buat apa?  pergi carnival kat Berjaya Times Squarepatutlah...!  semalam tak sakit sangat.  bangun pagi tadi jalan dah terhincut-hincut.  so haruslah kena rest hari ni. 

lama betul tak pergi bts.  dah lah lama tak pergi, jarang-jarang pulak tu.  seingat aku, adalah 3-4 kali aku pernah ke situ.  so semalam pergi sana pun sebab dapat vouchers for the Berjaya Founder's Day.  kalau takde voucher tu memang tak pergi lah.  thanks to maliz's team for being so generous ^_^

Image courtesy of Berjaya Founder's Day

since we have one extra ticket, we brought along hakeem to the carnival.  punya lah happy mamat tu, tidur malam pun tak lena.  hu..hu...  we reached bts at about 11.00 a.m.  time tu pun dah ramai orang walaupun belum dirasmikan lagi.  kitaorang terus je ke theme park, harap-harap tak beratur panjang.  sampai 5th floor ~ Galaxy Station,  pergghh!  punyalah panjang queue.  we quickly went to 7th floor ~ Fantasy Garden.  alhamdulillah, tak panjang queue.  so kitaorang tunggu je giliran untuk masuk theme park ikut situ.

we're on the Fantasy Trail

the theme park is not that big, but being an indoor one, it is sufficient.  kat fantasy garden tu, most of the attractions are for little kids.  untuk budak bersaiz dina & hakeem, mostly they're not permitted because of their heights.  frust je diaorang.  adalah a few that they can play which the adults pun boleh join sekali.

a new model in the house ~ Hakeem

in short, attractions kat fantasy garden tu tak mencabar langsung.  tapi budak berdua ni nak jugak try their luck.  pergi situ, kena reject.  pergi sana, kena reject.  depa ingat depa ni kecik lagi agaknya. he..he..  anyway, kat situ dapatlah diaorang naik Fantasy Trail, Botanic Drive & Crazy Bus.  then we went down to Galaxy Station.

attractions kat sini memang mencabar dan adventure.  extreme!  sesapa yang berani boleh cuba lah.  kalau tidak, jangan sekali-kali.  kok menyosa kang..!  satu perkara yang aku noticed, attractions kat sini mostly berpusing-pusing, terbalik-terbalik & tinggi-tinggi.  if you know what i mean.  memula tu mr. hubby & hakeem naik Ooort's Express.  diorang tengok macam best, tu pasal nak mencuba.  sekali naik, ha.. ambik ko.  punyalah laju!  tahhiyyat akhir, kalimah syahadat & doa makan semua keluar dari mulut hakeem. lol!  memang kelakar lah!  bila turun dari situ, dua-dua pening kepala. 

one of the attractions ~ Spinning Orbit

belum pun hilang pening, hakeem dah berlari nak naik Space Attack pulak.  masa tu space attack belum mula sebab tunggu seat penuh.  mr. hubby pun ikut without them knowing how the attraction is actually 'worked'.   once up there, hazab!  kata mr. hubby, hakeem menjerit-jerit nak turun masa kat atas tu.  nak turun macam mana?  cer citer, cer citer.  dah lah diaorang duduk kat seat depan sekali.  bila turun dari situ, dua-dua pucat.  hakeem senyap je.  pening kepala jangan cakaplah, berdenyut-denyut.  mana taknya, 360 degree tuuuh!  kata hakeem, dia dah nak menangis masa kat atas tu.  hi..hi..hi...!  amacam, ada bran?


tak serik lagi tu.  hakeem ada hati nak naik roller coaster Supersonic Odyssey pulak.  aku tak bagi, aku tengok je pun dah takut.  so aku suggest naik attraction yang ala-ala manja sikit ~ Dizzy Lzzy.  so hakeem dengan dina je yang naik.  mr. hubby tak nak naik, kepala makin pening!

lepas keluar dari theme park, kitaorang nak pergi makan.  tapi sebelum tu nak redeem vouchers for food dulu.  punyalah ramai orang kat boulevard tu, bersesak-sesak sampai berselisih bahu dan punggung.  apa-apa pun, kitaorang dapat gak lah redeemed 3 drinks from Starbucks, 3 boxes of doughnut from Krispy Kreme & a packet of fruits.  stall Kenny Rogers beratur panjang, so cancelled lah.  nak jugak rasa pizza from Papa John's, tapi dah tak cukup tangan.  lain kali je lah beli. 


we then headed to the food court ~ Taste of Asia, where those vouchers can also be used.  alhamdulillah.  before balik singgah Borders sebab budak berdua tu nak beli komik.

it was a day to remember...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...