Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

anak nogori

tak tau lah korang notice ke tidak.  setiap kali aku buat entry pasal lagu, mesti lagu negeri sembilan/minang.  kenapa?  sebenarnya, aku buat macam tu supaya aku tak lupa salasilah diri.  sambil tu jugak supaya aku ni jangan sengaja nak buat-buat lupa yang aku ni memang berasal dari kampung.  tiba-tiba emo.  so meh lah aku cerita serba sikit pasal aku serta kaitan dengan negeri sembilan ni.

Photo courtesy from Majlis Perbandaran Seremban

i was born in Hospital Besar Seremban pada tahun lembu.  in 2006, the name was changed to Hospital Tuanku Jaafar.  mendapat pendidikan awal di Khalsa Kindergarten, Seremban.  kalau lalu kat seremban, you can still see the building.  tapi tadika ni dah takde because the kindergarten classes existed until 1992.  manakala pendidikan menengah di Sek. Men. Convent Seremban.  yang ni bukan setakat bangunan, whatever that can remind you to the school dah pupus.  gone!

ayah aku orang Rembau.  kalau sebut rembau, orang suka tanya soalan "kat Bongek ke?"  perkataan 'bongek' tu memang popular kan?  ironically, memang ayah aku orang kampung bongek dan berketurunan suku Anak Achehbukan tiga suku tau!  hu..hu...

arwah mak orang Rantau.  sesapa yang biasa pergi PD tau lah kot sebab akan ternampak nama pekan kecik tu kat beberapa sign board menghala ke sana.  berketurunan suku Batu Hampar, so automatically aku pun suku Batu Hampar gak lah.  sebabnya, part suku-sakat ni anak-anak memang ikut sebelah mak, bukan sebelah ayah.  that's what i was told.

Map courtesy from Gagu Agroproduct

aku pernah terdengar ada lelaki takut nak berkahwin dengan gadis ns.  betul ke?  aku rasa betul sebab my hubby pernah bagitau, sebelum kenal aku dulu, kalau diberi pilihan dia tak nak kahwin dengan gadis ns.  ape ke he nye yeop?  zaman dah maju.  walaupun orang ns, kitaorang takde lah ikut sangat adat perpatih tu.  nak takut pe ke bende nye.  ada sebab tertentu kenapa adat perpatih ni melebihkan perempuan dari segi harta.  tak payah nak explain kat sini, korang sendiri boleh google kat internet kan?

setiap tahun raya puasa wajib balik to both kampungs.  walaupun mak dah takde, tapi kubur arwah ada kat kampung.  bila balik kampung dan berjumpa waris jari hantu keluarlah loghat ns.  sampaikan my hubby pun terikut-ikut bertutur loghat ns bila kat sana.  nak gelak pun ada sebab bunyi nya lain, tak sama id'gham nya dengan orang jati ns.  anyway, i appreciate his effort.  mahal kita!

 Photo courtesy from Fun-Travel-Malaysia.com

so ada tak orang ns yang malu nak bertutur loghat ns?  ataupun malu nak mengaku orang ns?  mesti ada nih.  aku takde hal lah.  no. IC aku pun dah terang-terang ada digit '-05-' kat tengah-tengah tu.  so what is there to hide or deny?  by the way, loghat ns tak sama dengan bahasa minang ya.  kalau ada yang sama pun, tak banyak kot.  macam lagu 'ayam den lapeh'.  aku tak pasti maksud lagu tu, tapi bolehlah setakat nak translate beberapa patah perkataan.

tu lah sobo sikit pasa den.  kok nak tau lobih banyak laie, bulih tanyo den sendighi.  sekughang-kughang ea, den ado gak ceghito pasa kampung ngan asa uso.  kau ado???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...