Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 3, 2010

mari memasak

rasa-rasanya, dah lama dapur rumah ni tak berasap.  mana tak nya, semedang je busy.  almost every week ada aktiviti ~ sebenarnya mengelat...he..he..  ada jemputan kahwin, ada kenduri doa selamat, pergi rumah mertua, pergi tesco, jusco, klcc, etc, etc.  kalau dah pergi berjalan macam tu, mana sempat nak masak kan?  alasan...!


aku ni kan species masak time weekend je.  seingat aku lah, dah 3 weekends aku tak masak ni.  woi!  pecah rekod!  hu..hu..  walaupun tak masak, aku takkan biarkan penghuni rumah ni kebuluran, sebaliknya kekenyangan sampai nak tak boleh nak telan lagi dah.

kalau pergi jemputan kahwin, kenduri & rumah mak mertua, tentulah makan kat situ kan.  tapi kalau tempat lain, makan kat mulut kedai lah.  sebagai contoh, kalau pergi tesco, breakfast kat Kluang Station, lunch tapau from JM Briyani House.  kalau pergi KLCC, breakfast dulu kat rumah, lunch kat Madam Kwan.  macam tu lah, tapi itu contoh je ya anak-anak.  ingat tu, c.o.n.t.o.h

Photo courtesy of www.suriaklcc.com.my

tapi hari ni terasa macam nak masak pulak.  tak pergi pasar pun, selongkar je apa yang ada dalam freezer.  ssyyy... sebenarnya freezer dah penuh, tak boleh nak masuk apa-apa lagi, tu pasal kena masak, nak kasi clear hik..hik..hik...  mak mertua ada bagi barangan basah minggu lepas, belum masak lagi.  so aku pun gyver lah apa-apa yang patut.

aku ni sedar diri tak pandai masak, aku mengaku tu.  sebabnya masa arwah mak ada, aku tak pernah masak.  setakat tolong potong-potong bawang tu adalah.  sejak arwah takde, aku lah yang kena masak.  sikit-sikit tu tau lah, asalkan tak kebulur.  hasilnya, inilah lunch kitaorang tengahari tadi.

Ikan goreng tepung

Sambal sotong

Kepak ayam goreng kunyit ~ macam nak terbang je...

Stimbot mudah berkuah tomyam

korang tengoklah pinggan-mangkuk yang aku pakai.  masya'rakat...!  caca-marba!  masa ambik gambar tadi tak sedar.  bila dah upload dalam blog, macam boria.  ada aku kesah! 

stimbot tu sepatutnya takde dalam menu.  tapi aku tengok semua makanan bergoreng je, langsung terus ingat nak buat tomyam.  tapi takde bahan lah pulak.  akhirnya, jadi lah stimbot macam dalam gambar tu.  main campak-campak je, tutup mata pun boleh buat.

lauk dah habis, tinggal nasi je.  dinner?  malam karang baru fikir.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...