aku ni kan species masak time weekend je. seingat aku lah, dah 3 weekends aku tak masak ni. woi! pecah rekod! hu..hu.. walaupun tak masak, aku takkan biarkan penghuni rumah ni kebuluran, sebaliknya kekenyangan sampai nak tak boleh nak telan lagi dah.
kalau pergi jemputan kahwin, kenduri & rumah mak mertua, tentulah makan kat situ kan. tapi kalau tempat lain, makan kat
Photo courtesy of www.suriaklcc.com.my
tapi hari ni terasa macam nak masak pulak. tak pergi pasar pun, selongkar je apa yang ada dalam freezer. ssyyy... sebenarnya freezer dah penuh, tak boleh nak masuk apa-apa lagi, tu pasal kena masak, nak kasi clear hik..hik..hik... mak mertua ada bagi barangan basah minggu lepas, belum masak lagi. so aku pun gyver lah apa-apa yang patut.
aku ni sedar diri tak pandai masak, aku mengaku tu. sebabnya masa arwah mak ada, aku tak pernah masak. setakat tolong potong-potong bawang tu adalah. sejak arwah takde, aku lah yang kena masak. sikit-sikit tu tau lah, asalkan tak kebulur. hasilnya, inilah lunch kitaorang tengahari tadi.
Ikan goreng tepung
Sambal sotong
Kepak ayam goreng kunyit ~ macam nak terbang je...
Stimbot mudah berkuah tomyam
stimbot tu sepatutnya takde dalam menu. tapi aku tengok semua makanan bergoreng je, langsung terus ingat nak buat tomyam. tapi takde bahan lah pulak. akhirnya, jadi lah stimbot macam dalam gambar tu. main campak-campak je, tutup mata pun boleh buat.
lauk dah habis, tinggal nasi je. dinner? malam karang baru fikir.
looks yummy too me!
ReplyDelete:)
yummy? hi..hi.. buat lawak lah.
ReplyDelete