Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2016

celebration of love

last Saturday was a very memorable day.  in conjunction with our anniversary, mr. hubby & I held a hi-tea for our family members and close friends.  alhamdulillah, kebetulan ada rezeki lebih, rasanya afdhal sangat untuk berkongsi rezeki walaupun sedikit.

we had planned the event for about two months.  mr. hubby suggested the venue and menu, meanwhile aku arrange for gifts and deco.  syukur sebab venue tu available for event untuk tarikh yang kitaorang nak.  and lady yang buat deco tu pun available pada tarikh yang sama.  alhamdulillah.

on the day, which was 22nd October, kitaorang sefamili sampai awal di SukaSucre Bistro, lebih kurang 2:20 pm sebab nak pastikan food serta deco siap sebelum event mula.  food sume dah siap, tinggal nak hidang je lagi.  dan bistro sedang dihias by the lady and her team with final touch.

event started at 3.00 p.m.  syukur bistro dah siap dihias, meanwhile bistro’s manager and staff sedang bertungkus-lumus menghidangkan makanan in the buffet tray.  by that time, one by one invitees dah mula sampai.

acara dimulakan dengan sedikit ucapan dari mr. hubby, mengalu-alukan guests yang datang.  it was then followed by doa recital from ayahanda.  pendek je ucapan mr. hubby.  itu pun dia dah rasa senggugut macam kena stage fright!  huhu!!!

lepas tu, takde apa-apa acara lagi.  cuma ada agenda makan, minum dan borak-borak je.  #borakborakwajib  antara food yang dihidangkan petang tu ialah pasta, nasi goreng kampong, ayam goreng berempah, kambing panggang, pau sambal serta karipap.

ada dua jenis pasta yang dihidangkan iaitu Pasta Sambal Minang dan Pasta Daging Salai Lemak Cili Api.  kedua-dua dish tu adalah signature dish SukaSucre Bistro.  memandangkan tujuh puluh peratus guests adalah orang N9, Pasta Daging Salai Lemak Cilip Api tu nampaknya menjadi kegemaran ramai.  hehe..

kat meja dessert pulak ada chocolate cake square, orange vanilla cake, mini eclairs, mini crème brulee, macarons dan meringue kisses.  meja ni paling hot!  ramai yang suka ke situ, especially kids.  jangan makan manis banyak-banyak ya.  kurang elok tu…

for gift, we prepared body wash for adults and pretzel for kids.  itu jelah yang ahkak mampu.  harap-harap, korang yang dapat gift tu berpuas hati ya.  #jangankecamakak  huhu!!!

tengah busy borak dari satu table ke satu table, tiba-tiba dengar orang nyanyi lagu happy birthday.  dalam hati, curious jugak.  sapa pulak yang celebrate birthday kat majlis kitaorang ni.  hehe…  sekali Yeen & Zamry called aku & mr. hubby suruh potong kek.  aduyai…  malu weh!

sebelum event ni, Manager Sukasucre ada tanya kalau-kalau kitaorang nak order kek for the event.  Aku rasa tak perlu.  mr. hubby pun berfikirian yang sama, tak perlu acara potong kek.  malu!  hehe…  tapi akhirnya ada jugak.  kek sponsor pulak tu.  alhamdulillah.  moga-moga Yeen dan Zamry dimurahkan lagi rezeki.  Aamiin.

lebih kurang pukul 5.00 petang, guests started leaving.  sebelum balik, masing-masing ambik gambar sampai lebam.  masa majlis sedang berlangsung, dah separa lebam dah masing-masing aku tengok.  hehe…bistro tu interior design dia memang cantik, sayang kalau tak capture the moment.

alhamdulillah.  majlis berjalan dengan lancar.  terima kasih banyak-banyak kepada yang telah hadir dan meluangkan masa untuk memeriahkan majlis.  we really appreciate it.

last but not least, semoga hubungan ini kekal hingga ke Jannah, in shaa Allah.  Aamin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...