Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 6, 2016

Cap Kunci di Eagle Ranch Resort

it's been a week since we came back from Port Dickson.  kalau bulan September hari tu kitaorang ke PD untuk Family Day SLC, kali ni family day untuk Cap Kunci pulak.


apa tu Cap Kunci?  group Cap Kunci ni adalah group sama batch ketika encik suami sekolah menengah.  kebetulan pulak badge sekolah tu ada gambar kunci, tak semena-mena nama group jadi Cap Kunci.



tahun lepas kitaorang ke Bentong.  tahun ni pulak diadakan di Eagle Ranch Resort, Port Dickson.  seronok jugak dapat pergi tempat yang kita tak pernah pergi ni.  lain dari hotel yang biasa kita duduki.



kat Eagle Ranch Resort tu ada beberapa jenis accommodation.  since we're a family of 3 person, kitaorang dapat bilik kat Rumah Kampung.


lain-lain accommodation yang terdapat kat situ ialah Tepee, Bandwagon, Log Cabin, Paddock Chalet dan Log Dormitory.



acara bebas selepas check-in.  ikut suka masing-masing nak buat apa.  nak mandi kat swimming pool ke, nak naik kuda ke, nak main go-kart ke, atau just nak lepak-lepak.



tapi pukul 5:45 petang kena berkumpul untuk pergi dinner.  kitaorang tak dinner kat resort.  sebaliknya dinner kat Medan Ikan Bakar, Kampung Telok di Jeti Pasir Panjang.  kitaorang ni ramai. lebih dari sepuluh keluarga.  memang gamatlah tempat tu.


satu table, satu set makanan.  setiap set mengandungi ikan kerapu goreng masam manis, sotong goreng tepung, kangkung goreng dan telur dadar.  memang simple, tapi menyelerakan.  mungkin sebab lapar kot.  tapi sotong goreng tepung tu memang the bomb!


agenda malam tu adalah acara karaoke diselang-selikan dengan cabutan bertuah.  entah macam mana, encik suami telah terpilih sebagai pengacara bersama dengan Cikgu Mai untuk mengacarakan majlis malam tu.  hehe...


sambil dengar orang berkaraoke, boleh jugak kudap-kudap dengan light refreshments yang disediakan.  antara yang dijamu ialah sandwich, brownies, kek coklat, kuih koci serta kuih pau yang disediakan sendiri oleh sahabat-sahabat CK.  terima kasih banyak-banyak ya.


acara malam tu habis lebih kurang pukul 12;00 malam.  selepas acara karaoke, ada sesi bertukar-tukar hadiah.  setiap famili wajib menyediakan satu hadiah.  tak perlu yang mahal  minimum RM30 je.  tapi kalau nak bagi yang lebih mahal dari tu, sangatlah dialu-alukan.  hehe...


sebelum acara malam tu berakhir, ada acara memotong pulut untuk meraikan sahabat-sahabat CK yang lahir dari bulan Mei - Oktober.  tak sempat nak rasa pulut tu sebab dah kekenyangan makan sandwich.


the next morning, we had breakfast at the D'Barrel.  lepas tu acara bebas sampai time check-out pukul 12.00 tengahari.  kalau ada yang nak balik awal pun boleh jugak.  tapi pastikan kunci bilik dah bagi balik lah.



acara yang terakhir sekali ialah bergambar beramai-ramai.  tapi ada jugak yang tak join sebab dah balik awal.  mana-mana sahabat CK yang ada, adalah gambar dia kat dalam tu.  yang takde tu, kalau panjang umur, in shaa Allah, next family day lah ambik gambar ya.


on the way balik KL, kitaorang singgah Seremban Two untuk lunch.  we had lunch at Bros Cafe.  tak sah kalau tak singgah situ tiap kali lalu highway dari arah selatan.  the bingsoo is to die for!


we ordered Bros. Special Cold Latte, Misu Crepe, Spaghetti Oglio Olio, Creamy Mushroom Pasta and Bros Cantata.  happy tummy!

anyway, so long Cap Kunci.  till we meet again.  in shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...