Monday, October 17, 2016

18 years and still counting...


you're the reason i believe in love
and you're the answer to my prayers from up above
all we need is just the two of us
my dreams came true because of you

happy anniversary Soulmate.  maraming salamat sa lahat.  mahal na mahal kita.


******************************

terima kasih Allah atas kesempatan ini.  terima kasih atas nikmat perasaan dan nikmat bahagia ini.  terima kasih juga atas rezeki ini.  alhamdulillahhi robbil 'alamin.

untuk anniversary tahun ni, plan asal untuk celebrate tak jadi.  plan yang dah dirancang bukan sebulan dua, tapi berbulan-bulan sebenarnya.  ada perkara yang tak dapat dielakkan dan kitaorang pun tak berani nak ambil risiko.


anyway, untuk meraikan hari ni, aku dan mr. hubby mulakan dengan sesi facial di KLCC.  lebih kurang dua jam kitaorang kat tingkat 4 tu.  naik kematu belakang badan aku.  hehe...  dari situ, jalan-jalan cari pasal barang kat ground floor pulak.

kitaorang taklah keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai.  kitaorang dah tau apa nak cari, so cuma 3 kedai je yang kitaorang masuk.  betul-betul 3 kedai je.  hehe..  lepas beli apa yang patut, perut dah start rasa pedih.  dah time makanlah tu.


since kitaorang dah ada kat ground floor, tak kuasalah nak naik semula ke tingkat 4.  mr. hubby cadangkan kitaorang makan kat Avenue K je. masalahnya, tak tau nak makan apa sebenarnya.  carik punya carik, we ended at Samba.


Samba is a Brazilian Steakhouse.  kitaorang pun baru first time datang sini.  kebetulan pulak ada buffet lunch, kitaorang tak teragak-agak masuk ke situ.  masa kitaorang sampai, cuma ada sorang chinese lady serta satu couple mat salleh sedang makan.


antara food yang disediakan ialah a few salad as appetizers, finger food, butter rice, a few lauk-pauk, pasta, soup and some desserts.aku tak tau lah yang mana satu makanan Brazil.  tapi yang paling aku dan mr. hubby suka ialah Stroganoff Chicken.


lepas makan, balik semula ke KLCC dan terus balik.  tak singgah mana-mana lagi dah.

note to mr. hubby:  thank you for today.  and thank you for being my best friend for all these years.  mahal kita.


2 comments:

  1. happy anniversary juana...moga kekal bahagia ke jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih Yati.
      Doa tu utk awak jugak ya. Aamiin.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...