Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2016

bercanda di tepian pantai

cuti hari Malaysia yang lepas kitaorang ke Port Dickson.  balik kampung beb!  hehe… tak lah.  SLC buat family day kat PD.  awal jugak kitaorang keluar rumah pagi tu.  sesudah dhuha.  hehe...


alhamdulillah, kitaorang sampai PD lebih kurang pukul 11.30 pagi.  memang mr. hubby plan nak sampai awal kat sana.  kalau boleh sebelum zohor.


masa sampai di Seri Bulan Condominium, AJK sedang sibuk susun meja.  yang aku pelik tu, kenapa meja yang disewa tu tak dipasang sekali.  tukang menghantarnya ramai.  lepas bawak turun meja & kerusi dari lori, diaorang boleh borak je kat situ.

pastu siap ajar cara pasang meja tu, nak tengok betul ke tidak.  ada ke patut?  kalau nak diaorang pasang, kena tambah bayaran lagi.  aduyai…!  entah apa-apa lah blackcurrant ni punya rule.  pffttt!!!
bila dah settled, AJK bawak keluar potluck untuk makan tengahari.  kebetulan kitaorang dah ada kat situ, kitaorang lah antara yang terawal makan.  sama time dengan AJK.  Hehe…

lebih kurang pukul 12.30 tengahari, satu demi satu ahli SLC datang dengan family masing-masing.  ada yang join makan tengahari di khemah.  ada yang tidak sebab dah singgah makan sebelum sampai ke situ.

lepas makan, kunci condo diserahkan kepada ahli beserta dengan souvenir.  apa souvenirnya?  sehelai towel.  jadi lah kan, daripada takde langsung.  alhamdulillah.

satu rumah ada dua bilik.  kitaorang share rumah dengan boy & qila serta mil yang ikut sekali.  Man & famili stay kat rumah sebelah je.

lepas zohor dan rehat sekejap, aktiviti petang tu dimulakan pada pukul 3.00 petang.  Cuaca memang sangat baik petang tu. alhamdulillah.  tapi disebabkan dekat laut, dia punya panas tu lain macam.  nak pitam pun ada.  Hehe…?

tapi bila dah ramai-ramai tu, memang meriah lah jadi nya.  ditambah pulak dengan gelagat dan karakter masing-masing, memang havoc!

untuk petang tu, AJK ada prepare a few games i.e. acara merebut botol, acara memijak belon dan mencari barang-barang.  lepas games, free & easy.  ikut suka nak buat apa sebelum dinner.  ada yang berjalan-jalan kat pantai.  ada yang mandi kat swimming pool.  selebihnya, lepak-lepak kat dalam bilik.

pukul 7.30 malam kitaorang berkumpul semula di khemah untuk dinner.  dinner malam tu memang special sebab candle light dinner.  bukan plan punya tau, tapi candle light yang sangat ori hokey.  kat beberapa tempat di PD memang betul-betul takde electricity,  sabar je lah.

sambil makan-makan, pertandingan karaoke dijalankan sekali.  ditambah pulak dengan master of ceremony yang keletah & kelakar, memang menghiburkan, walaupun kadang-kadang tu entah apa-apa lagu yang dipilih oleh peserta.

acara penyampaian hadiah selepas tamat pertandingan karaoke.  ni termasuk sekali penyampaian hadiah untuk pemenang games pada petang tu.  acara karaoke diteruskan kepada yang gian nak menyanyi sampailah pukul 12.00 tengah malam.

keesokannya takde apa-apa itinerary.  free & easy dan boleh check-out bila-bila masa je.  kitaorang  checked-out lebih kurang pukul 11.00 pagi.

sampai di Seri Kembangan, kitaorang singgah lunch di Restoran Half Moon.  restoran tu is a restaurant with Yemeni cuisine.  bil ordered lamb mandy dan 3 ketul ayam goreng untuk yang tidak makan kambing.  hehe…

mmm…  sedap wei nasi dia.  nasi mandy tu dihidang di dalam talam yang menimbuskan daging kambing di bawahnya.  bertambah-tambah aku makan nasi tu.  tapi bukan aku sorang je.  orang lain pun aku tengok bertambah-tambah nasik jugak.  Hehe…

in shaa Allah, kita jumpa lagi untuk next SLC event…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...