Wednesday, April 27, 2016

Encik Bakar di Bakar Bakar

birthday fil sepatutnya hari Ahad 2 minggu lepas, which was 17th April.  tapi the kids were celebrating it a day earlier.  punyalah lama 6 beradik tu berdiskusi dalam WhatsApp group just to choose on the venue.  adalah dalam 2 minggu kalau tak silap.  aku pulak yang stress.  hehe…


so as Boy’s prior suggestion, we went to Bakar-Bakar Steamboat & Grill House on the 16th April.  lepas Maghrib baru bergerak ke Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.  bunyi nya macam jauh.  tapi lebih kurang setengah jam dah sampai.  alhamdulillah.


masa kitaorang sampai situ, Yeen & family pun sampai.  sementara tunggu yang lain, kitaorang dah start ambik makanan untuk dibakar & direbus.  lapar dowh.  maklumlah baru lepas hujan.  sejuk pulak tu.  huhu!!!

Mika Hakeem

restoran tu decoration dia simple je.  di setiap meja ada grill pan serta 2 tempat kuah di kiri kanan untuk rebus food.  raw food ada kat bahagian belakang restoran.  ambiklah banyak mana pun, sama je rege nya.  macam-macam ada ~ daging, ayam, kambing yang dimarinate serta fresh seafood.


untuk steamboat, ada fish ball, filament, chicken ball, sausage, prawn ball dan macam-macam lagi lah.  juling bijik mata tengok sampai tak tau mana nak pilih.  makanan goreng-goreng pun ada tapi yang jenis siap goreng punya lah, bukan made to order.


aku tak tau lah kalau menu goreng-goreng tu bertukar-bertukar atau pun sama je.  tapi masa kitaorang pergi sana hari tu, ada nasi goreng, mee goreng, dumpling & nugget je.  desserts pun ada jugak walaupun boleh dikira dengan sebelah tangan je.  antaranya kuih talam, nata de coco dan ais krim.


meriah jugaklah restoran tu.  ke sebab kitaorang yang ramai ni jadi meriah?  bahahaha!!!!   tapi restoran tu memang santai lah.  mr. hubby suka tempat tu.  siap bagitau nak pergi lagi nanti.  hehe…



penutup dinner malam tu ialah acara nyanyian dan potong kek.  aku rasa fil mesti tak sangka kitaorang nak nyanyi sampai bergema satu restoran tu.  tapi fil relax je.  fil aku memang cool tau, especially bila mil start berbunyik.  hikhikhik!!!


by the way, aku tak pasti kenapa nama aku ada kat atas kek tu.  yang diraikan ialah fil.  tetiba je ada nama aku.  actually, my niece ~ Qaseh and I berkongsi tarikh lahir yang sama.  so kalau nama my niece sorang oklah jugak.  tak perlu nama aku.  malu nokkk!!!



yang tak tahan tu aku kena tiup lilin sekali.  apa barang?  sudahnya aku tak dapat ambik gambar kek dan gambar abah.  syukur Dina ada ambik gambar.  tak sia-sia aku lantik dia jadi co-photographer.  hehe...

Dhia Azzahra

ayah pun join dinner malam tu.  namun, tetap tak cukup quorum sebab Man & family tak dapat join.  susah betul nak dapat full attendance.  hhmmm...



apa-apa pun, semoga Abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang halal, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dirahmati Allah selalu.  Aamiin.


aku dah wish happy birthday kat abah malam tu.  lagi pun, dah lambat sangat kalau nak wish kat sini.  dah dua minggu dah pun.  nampak sangat entry tertangguh kan?  hehe...

itu je lah nak cerita.  terima kasih sebab sudi singgah ya  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...