Monday, April 11, 2016

eat. pray. love.

5 April

masa mr. hubby tanya aku nak celebrate birthday kat mana, aku diam.  tak tau nak jawab apa.  dalam otak dok fikir nak makan apa.  lepas tu fikir pulak restoran mana yang aku belum pernah pergi.  takde jawapan.  blank.  *_*


“nampak?  bukan fikir nak pergi mana, tapi fikir mana yang belum pernah pergi.  betul tak?”  kata mr. hubby.  betullah.  aku dah tak boleh nak fikir mana nak pergi.  kebanyakan restoran yang aku nak pergi, dah pergi dah pun.  walaupun masa tu bukan untuk celebrate birthday.  hehe…


anyway, last Tuesday aku ajak mr. hubby pergi Bangi Sentral.  nak cari beberapa barang kat area tu.  aku dah listkan beberapa butik yang aku nak singgah and one of them was FynnJamal RTW.


lepas grabbed satu jubah, kitaorang cari cafe untuk alas perut.  since kitaorang tak familiar dengan area tu, kitaorang main redah je lah cari restoran ataupun cafe.  and finally we dropped by at Sri Bangi Horizon Garden Restaurant.


it is a halal Chinese cuisine restaurant, tapi staffnya semua Melayu.  tengok menu dia macam menarik.  mungkin sebab kitaorang lapar kot.  so we ordered a few dishes.  plan asal nak makan ringan-ringan memang tak lah kan.  bahahaha!!!


note to mr. hubby ~ thank you sebab temankan saya dari pagi sampai petang on my birthday.  i really appreciate it.  and thanks for the jubah too (^_^)


6 April

sehari sebelum hari jadi Maliz dah buat appointment for my birthday lunch.  aku bila tiba hari jadi, memang akan ambik cuti.  tiap-tiap tahun macam tu.  bukan apa, nak relaxkan otak, tak nak serabut dan tak nak dengar arahan.  huhu!!!


selalu kalau celebrate birthday kat office, aku bertiga dengan maliz & ziah je.  itulah best buddy kat office.  venue pulak selalunya yang dekat-dekat dengan office.  senang nak berlari kalau-kalau boss panggil.  huhu!!!


untuk birthday tahun ni, aku pilih Delicious @ St. Mary Residence.  aku tak pernah lagi makan dengan diaorang kat situ.  kira first time lah tu.  masing-masing ambik set lunch.  aku dengan ziah order set pasta meanwhile maliz ordered steak set.


 dessert yang ada sekali dalam set tu kitaorang mintak awal.  sudahnya, perut dah separuh penuh masa main food sampai.  masuk je main food ke perut, kitaorang dah tersandar.  dalam perjalanan balik ke office, memasing dah jalan menegak je.  mihihihi!!!


note to maliz & ziah ~  terima kasih banyak-banyak sebab tiap-tiap tahun belanja lunch.  moga korang dimurahkan lagi rezeki oleh Allah, dikurniakan kesihatan yang baik & dirahmati Allah selalu, in shaa Allah.  aamiin. 


9 April

hari tu masa mr. hubby tanya nak celebrate kat mana, aku blank.  tak boleh nak fikir.  now untuk proper celebration, aku dah tau nak pergi mana.  proper celebration di sini bermaksud bertiga ~ mr. hubby, aku & Dina.  kalau tak, tak sah birthday celebration tahun tu.  hehe...


for the past 3 years, i've chosen Italian, Indonesian (Padang) & North Indian cuisine to celebrate my birthday.  tahun ni entah kenapa tekak aku terasa nak makan kat restoran Thai.  but for those who know me, aku memang sejenis penggemar makanan Thai yang tegar.


so about 6:00 pm, we headed to a Thai restaurant in Ampang Utama.  the restaurant, myELEPHANT, is located at B14-1, Batu 4.5, Jalan Ampang Utama 2/2.  if you are not familiar with that area, it is also known as Koreatown or Little Korea because there are large of Korean communities in that neighborhood.


anyway, sebelum keluar rumah, kitaorang dah tengok menu dia kat website.  so bila waiter tu datang, kitaorang laju je order.  takde lah jadi stone macam selalu.



kitaorang tak order banyak.  belajar dari kesilapan sebenarnya.  hehe...  appetizer, lauk, desserts serta drinks.  taste wise, semua sedap-sedap.  but for me, yang paling sedap antara semua dishes ialah Yum Som Orr ~ special Thai pomelo salad served with fresh prawn.

Yum Som Orr ~ Special Thai Pomelo Salad served with Fresh Prawn

interior design kat restoran tu simple, tapi bersih.  kalau nak datang situ, kena take note of the opening hours.  11:30 am - 2:30 pm for lunch and 6:00 - 10:00 pm for dinner.  next time mesti nak datang sini lagi ^_^


mr. hubby, thank you for the delicious dinner.  at salamat sa iyo para sa lahat.  mahal kita.
#alhamdulillahforeverything


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...