Friday, March 11, 2016

stranded @ The Strand

ntah dah berapa kian kali aku pergi ke Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam dengan Qila dan Dina.  dah lost count dah.  di area yang ada butik muslimah berkelompok macam kat situ memang kitaorang tak lepaskan peluang.

satu lagi area di mana ada butik muslimah dibuka secara berjemaah ialah kat The Strand.  kitaorang pernah pergi 2 kali kot ke situ.   tapi kat situ butik muslimah taklah sebanyak macam kat Seksyen 7.  tapi ok jugaklah, daripada takde langsung.

Photo credit to Mumu Scarves

so last Sunday kitaorang ke The Strand, Kota Damansara.  nak pergi Mumu Scarves dan Vendville yang gah tu.  selalu tengok gambar dalam IG je.  hehe…

kitaorang sampai The Strand lebih kurang pukul 11.45 pagi.  terus menuju ke Mumu Scarves.  sayangnya, scarf yang aku nak dah takde color yang menarik.  so dapat rembat sehelai je.  lepas tu, kitaorang ke Vendville pulak.


owner Mumu Scarves dan Vendville ni adalah orang yang sama.  Vendville ni konsepnya sama macam Modvier kat Bangsar.  kat situ, aku dan Qila masing-masing beli satu barang seorang.  apa barang…?

hampir pukul 1.00 tengahari masa tu.  selesai urusan kat Vendville, kira selesailah urusan kitaorang kat The Strand.  memang tujuan utama kitaorang nak pergi dua butik tu je.  tapi satu je lagi yang tak selesai.  perut…  hehe…  so for lunch, we dropped by at Wood & Steel Café as per Qila’s suggestion.

Photo credit to The Star Online

Wood & Steel tu konsepnya macam Burps & Giggles kat Ipoh.  aku rasa sekarang ni semua café kat Malaysia ni memang looking forward nak buat café yang macam ni kot.  furniture lama, kerusi dan meja yang rustic, ada mesin jahit, radio & cerek lama sebagai hiasan, itulah kekdahnya.


kebetulan lepas dah order, ada sekumpulan blogger datang buat food/restaurant review.  sudahnya makanan aku sampai lambat.  Qila dan Dina dah start makan order masing-masing ~ Club Sandwich dan Shrimp Burger.


sementara menunggu, aku jamah sikit starter yand Dina order ~ garlic bread dan wild mushroom soup.  hangin betul aku.  adalah lebih kurang setengah jam menunggu pasta Aglio E’ Olio tu sampai.


syukur food dia sedap.  cashier @ waiter yang ambik order tu siap mintak maaf sebab lambat.  kalo tak, memang aku nak complain kat owner dia yang sedang buat interview masa tu.  hehe…  macamlah aku ni berani sangat.


after lunching, we went to Naelofar boutique in TTDI.  aku tak beli apa-apa pun kat situ.  from there, terus shoot ke butik Cloverush di Wangsa Melawati.  tak sampai setengah jam dah sampai.


kat Cloverush, aku & Qila masing-masing beli a few pieces of tudungs for ourselves.  tudung-tudung kat Cloverush ni best sebab tak perlu iron.  untuk orang yang rajin macam aku ni, rugi kalau tak beli.  hehe…

seemed like my partner-in-crime is back in action.  thank you Qila.  and thank you Dina for those photos.

until next unplanned crime, pal  *_*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...