Saturday, February 27, 2016

february outing

kitaorang ni jarang-jarang outing.  yang kerap keluar tu selalunya dekat-dekat dengan area rumah je macam Aeon AU2 ke, Alpha Angle ke, ataupun Ampang Point.  paling kerap ke pasaraya besar macam Tesco Ampang ataupun Aeon Big WM.


so bila dapat keluar ke bandar pada waktu weekend, setiap saat kat luar tu memang dipergunakan sepenuhnya.  berjam-jam jugaklah.  padahal, hari-hari masuk bandar sebab pergi kerja.  tak jemu-jemu jugak.  huhu!!!


anyway, Ahad lepas aku buat senaman muka kat KLCC.  aku kalau ke situ, mesti ada yang nak mengekor.  tapi aku pergi dulu naik train, diaorang datang kemudian.  kebetulan pulak mr. hubby ada hal nak pergi Maxis.


bila habis buat senaman muka, kitaorang meet-up kat Typo, kedai favourite dina.  dah settled semua urusan, baru terasa lapar.  dah 2:30, memanglah kebulur.  lagi pun, lunch kat KLCC sebenarnya takde dalam itinerary.  tapi disebabkan kitaorang masih ada kat situ dan perut pulak dah lapar, alang-alang kan... makan je lah kat situ.


nak makan kat mana?  tumpul idea sebab memang tak plan nak makan kat KLCC.  plan asal nak tapaw je makan kat rumah.  tak sangka pulak berjam-jam kat situ.  hehe…  pusing punya pusing punya pusing, last-last kitaorang masuk restoran Bumbu Desa.


ni kira kali kedua aku ke restoran tu dengan mr. hubby & dina.  lama tak makan kat situ.  kitaorang tak order banyak lauk, sorang pilih satu menu, tambah satu lauk yang berkuah.  tauhu goreng, ayam cabai ijo, paru tusuk & gulai cumi.  for drinks we ordered mineral water, coke & es kacang merah.


alhamdulillah.  balik rumah petang tu kekenyangan dalam kepenatan.  penat tawaf satu KLCC tu.  tapi happy sebab dapat shopping spending time dengan family.

note to mr. hubby & dina:  next appointment for senaman muka nak ikut lagi ke?  *_*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...