Friday, February 12, 2016

SukaSucre Bistro

kitaorang tak ke mana-mana pun masa cuti Chinese new year yang panjang minggu lepas.  kat fb, aku tengok mostly kawan-kawan pergi bercuti, samada di dalam atau ke luar negara.  bestnyer!  kitaorang berjalan jugak.  jalan ke bilik, ke dapur, ke balkoni.  bahahaha!!!  ^_^
 
tuan blog kedaung

cuma hari Ahad tu ada jemputan kahwin dari kawan mr. hubby di Bangi.  dapatlah menghirup udara kat luar sekejap.  hehe...  kat wedding tu, foodnya sedap-sedap.  the best part was, ada chocolate fountain, ais krim, biskut samperit kat setiap meja, serta kuih-muih i.e. karipap, kuih koci dan goreng pisang panas.

apasal tak masuk cik abang?  ^_^

sehari sebelum tu, aku ada tanya mr. hubby kot-kot dia nak singgah di satu café ni.  dah lama aku nak pergi, tapi tak jugak sampai-sampai.  padahal bukan jauh pun.  dekat je dengan rumah mil.  tapi kalau pergi rumah mil, macam tak rasa nak ke cafe tu sebab perut sentiasa kenyang bila kat rumah mil.  mihihihi!!!


so balik dari wedding Ahad lepas, kitaorang singgah di SukaSucre Bistro, a café owned by MasterchefMY celebrity champion Dato' Fazley Yaacob.  The café is situated in Wisma Ryu, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras.  akhirnya sampai jugak aku kat situ.  yahoo!!!  (^_^)


as you enter the cafe, korang boleh nampak dekorasinya yang cantik.  tapi aku tak dapat nak ambik gambar keseluruhan café.  segan kat pengunjung yang lain.  nampak jakun sangat pulak nanti.  hehe...


kitaorang sebenarnya kenyang lagi masa tu.  kan baru balik dari rumah orang kahwin.  aku pulak dah termelantak lebih kurang setengah dozen goreng pisang panas masa kat wedding tu.  memang kenyang tak hengat dunia lah kan.  hahaha!!!


tapi since dah sampai café tu, gila tak nak makan?  takkan nak menikmati pemandangan pulak kan.  kau dah kenapa?  so aku ordered a dessert ~ Cake in a Mug.  mr. hubby tak makan apa-apa, cuma order minuman je ~ caramel latte.


si dina ni pelik sikit.  walaupun dah makan, dia memang nak makan lagi.  tak kira kat mana.  kat rumah pun macam tu jugak.  so dia pun ordered a fusion spaghetti Aglio Olio Daging Salai.  tak agak-agak mengorder kan?  *_*  tapi pasta tu memang sedap lah.  recommended.


balik rumah dah tak fikir pasal dinner.  masing-masing dah kekenyangan.  alhamdulillah.  so itu je lah cerita weekend lepas.  terima kasih sebab sudi singgah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...