Friday, February 5, 2016

4 Pilihan Jam Tangan Wanita Feminin

Seingat akulah kan, adalah beberapa tahun aku dah tak pakai jam tangan.  Semuanya gara-gara aku selalu tertinggal jam tangan kat sesuatu tempat yang aku singgah.  Kat ofis lah, kat surau lah, kat rumah mil lah.  Menziarah ke rumah kaum kerabat pun boleh tertinggal jugak.  Sudahnya, aku tak pakai.  Kalau nak tengok waktu, tengok kat handphone ataupun jam dinding kat tempat-tempat yang aku singgah tu.  Aduyaiii… sedih betul bunyinya kan.

Tapi bila aku tengok iklan jam dalam suratkhabar baru-baru ni, rasa macam minat pulak nak pakai jam balik.  Sebenarnya kan, jam tangan merupakan salah satu aksesori yang amat penting bagi setiap individu, baik lelaki mahupun wanita.  Sama pentingnya macam wanita memakai gelang, atau lelaki memakai tali pinggang.

hadiah dari arwah mak yang dibeli di Mekah

Selain dianggap sebagai aksesori terpenting, penggunaan jam tangan juga boleh mencerminkan latar belakang dan personality si pemakai.  Ha… nampak…  Tu pasal aku tak pakai jam supaya orang tak boleh baca latar belakang atau personality aku.  Hahaha!!!

Misalnya, mereka yang lebih gemar memakai jam tangan digital biasanya lebih selesa berpakaian kasual dan mempunyai penampilan yang ringkas. Ini berbeza dengan individu yang lebih menggemari koleksi jam tangan bertali kulit.


Untuk entri kali ini, aku nak berkongsi mengenai 4 pilihan jam tangan wanita yang sering menjadi tumpuan bagi golongan wanita yang feminine apabila mereka ingin ke tempat kerja, mahupun bersosial bersama rakan-rakan.  Lain event, lainlah jenis rekaan jamnya pulak kan.  Itulah kaedahnya zaman sekarang.

Jam Tangan Analog Bertali Kulit

Wanita yang feminine biasanya menggemari jam tangan analog bertali kulit yang ‘neat’ dan kelihatan vintage. Mengikut kajian, penggemar jam tangan bertali kulit biasanya merupakan individu yang serious dan classy.  Hehe…  Ni memang bukan aku ni.  Aku ni tak berapa nak feminine.  Serious pun bukan.  Apatah lagi classy.  Huhu!!!  Apa kerlass ko nyah…!

Jam Tangan Analog Bertali Besi

Satu rekaan lagi ialah jam tangan analog jugak, tapi kali ini dengan pilihan tali besi.  Mesti ramai wanita amat menggemari koleksi jam tangan jenis ni yang direka dengan perincian batu-batu perhiasan di sekeliling muka jam tersebut.  Perincian tu sebenarnya untuk menyerlahkan lagi penampilan mereka serta menambahkan lagi ciri-ciri kemewahan kepada si pemakai.  Yang ni pun tak berapa nak seswai dengan jiwa aku.  Hehe…

Jam Tangan ‘Bracelet’

Rekaan jam tangan yang ketiga ialah yang menyerupai gelang tangan.  Jam rekaan ini antara yang popular dan sering menjadi pilihan wanita yang feminine. Ia sesuai digayakan dengan pemakaian dress yang comel.  Sesuai juga digayakan dengan jeans dan kemeja.  Ini akan membuatkan pemakai kelihatan lebih ranggi.  Walaupun aku ni tak berapa feminine, aku suka jugak jam tangan rekaan ni, cuma lilitan tu jangan banyak sangat lah.  Susah darah nak flow nanti.  Pucat pulak tangan aku.  Hehe…!

Jam Tangan ‘Chain’

Finally, rekaan jam tangan pilihan wanita feminine yang terakhir adalah jam tangan berantai atau ‘chain’ yang juga menyerupai reka bentuk gelang wanita.  Cuma bezanya dari rekaan yang ketiga tadi ialah chainnya pendek je.  Rekaan ni pun antara yang popular dan yang paling aku suka.  Aku pernah ada 2 atau 3 jam tangan dari rekaan yang macam ni.  Bila pakai jam jenis ni, ia seolah-olah kita pakai gelang, padahal kita pakai jam.  Kiranya 2-in-1 lah ni, dua fungsi dalam satu.  bagi aku, it's the best creation ever!

gift from mil during our trip to KK

Nampak gayanya, bolehlah start pakai jam tangan semula ni.  Banyak jam tangan yang menarik aku tengok bila survey kat Internet.  Comey-comey belako.  Tapi aku ni bukanlah jenis yang suka tukar-tukar jam.  Jam rekaan ni untuk event yang ini.  Jam rekaan yang tu untuk event yang lain pulak.  Aku ni sejenis manusia yang pakai satu jam tangan yang sama untuk semua jenis events.  Kau mampu???  Huhu!!!

Note to mr. hubby:  Would you entertain early birthday wishes sir?  (^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...