Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 27, 2015

#throwback2003

apa korang buat cuti panjang 4 hari ni?  cuti-cuti Malaysia?  aku tengok kat fb mostly kawan-kawan aku pergi bercuti sempena cuti sekolah ni, samada dalam negeri ataupun luar negara.  best tu!  aku tak pergi mana-mana pun.  cuti dah abis.  hehe…


selalunya bila cuti hari krismas, mesti aku akan terus teringat masa kitaorang pergi bercuti ke Korea dulu.  walaupun dah lama, aku masih ingat lagi.  tak dapat pergi bercuti, throwback pun jadi lah.  bahahaha!!!


dah lama dah percutian tu, tahun 2003 dulu.  itu lah percutian pertama kitaorang ke luar negara.  masa tu takde muslim tour macam sekarang.  ikut je lah tour yang dikendalikan oleh cha ya nun aliff.  dalam group tu, cuma kitaorang berempat je Melayu ~ mr. hubby, aku, Dina & Ziah (my colleague).


kitaorang sampai Seoul lebih kurang 3 hari lagi nak Krismas.  musim sejuk masa tu.  bawak beg punya lah banyak.  berat pulak tu.  penuh dengan canned food dan winter clothing jer.  tour guide Korea tu pulak tak reti cakap English.  dia cakap Mandarin.  so terpaksalah mintak member-member Chinese dalam group translate kan untuk kitaorang.  hazabbb!!!



anyway, paling tak tahan cuaca sejuk masa hari pertama di ski resort.  dah namanya ski resort, memang putih je lah bukit-bukit kat resort tu dengan salji.  sejuk giler!  naik merah telinga dibuatnya.  main ski nya idok ler.  hehe…

Everland

seboleh-bolehnya, nak pakai je semua baju yang ada sebab sejuk sangat.  tapi bila dah tebal sangat, apa pulak ghopernya ya tak?  pada aku sendiri, walaupun dah pakai long john, sweater, jacket, sarung tangan, stokin serta penutup telinga, tetap rasa sejuk giler.


masa kat sana, kitaorang telah dibawa ke dua theme park.  yang first ialah Everland  ~ the biggest theme park in South Korea.  it is an outdoor theme park.  walaupun ada matahari, tapi rasa sejuk tetap sampai ke tulang.



theme park yang kedua ialah Lotte World di Songpa-gu, Seoul.  it is the largest indoor theme park in the world.  kat situ tak kisah pun pasal sejuk.  tapi bila dah duduk lama kat dalam theme park tu, rasa panaslah pulak.  huhu!!!

Lotte World

oh ya, ada beberapa drama Korea yang pernah menjalani penggambaran di Lotte World, antaranya ialah Stairway to Heaven dan Hyde, Jekyll, Me.


masa hari keempat kat sana, iaitu hari Krismas, tour guide bawak pergi shopping kat area Itaewon.  jalanraya lengang.  kedai pun banyak tutup.  dah namanya musim sejuk, maka nya peniaga-peniaga yang jual baju semua jual winter clothing ~ long john, sweater dan coat.  apa barang nak beli sweater?  nak pakai kat Malaysia yang panas lekit ni?  mmm...

National Folk Museum of Korea

time yang tak boleh blah ialah bila time makan.  orang Korea kan terkenal dengan bulgogi {daging bakar}.  alaa… yang selalu kita nampak dalam drama Korea tu.  orang meja sebelah cergas je membakar daging.  bukan daging lembu ya...  kitaorang kat meja sebelah sini pulak cuba sedaya-upaya nak jauhkan diri, takut-takut terkena percikan minyak dari daging yang dibakar.

with the tour driver

tapi setakat mana je boleh jauhkan diri.  paling jauh pun duduk menghadap ke arah lain.  syukur kitaorang bawak sambal ikan bilis & serunding.  ada jugak restoran yang ada menu sotong.  bolehlah kalau nak bakar.  tapi bila memikirkan grill pan nya tu...


so itulah serba sedikit pengalaman masa bercuti ke Korea dulu.  kebetulan pulak kitaorang berada di sana masa hari Krismas.  tu yang boleh relate dengan entry kali ni.  throwback katakaw…

Seoul Olympic Stadium

gambar-gambar yang kitaorang ambik kat sana banyak yang kabur sebab masa snap, tangan memasing menggigil kesejukan.  glove pulak tak bukak sebab tak tahan sejuk.  hehe...  part tu memang tak boleh blah  ^_^  gambar pun tak banyak yang boleh dishare kat sini.  faham-faham je lah ya *_*

Mount Sorak

aku & dina teringin nak ke Korea lagi.  Dina teringin sebab dia tak ingat pengalaman dia kat sana sebab masa tu dia kecik lagi.  sekarang ni dia tengah gila K-Pop, memang teringin sangat-sangatlah dia nak pergi.


tapi kalau pergi kali ni, tak nak pergi musim sejuk lagi dah.  serik.  i think autumn would be nice.  pemandangannya cantik.  color daun-daun dan pokok-pokok pun cantik.


ada rezeki, sampailah kami nanti.  in shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...