Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 20, 2015

30 years in memory


i can still feel the excitement during the reunion even though it’s been a week now.  who would have thought that we’ll meet again after 30 years?  never.


selalunya kita dengar orang buat reunion untuk university, kolej ataupun sekolah menengah kan?  pernah tak korang dengar orang buat reunion untuk sekolah rendah?  tak pernah kan?  rare tu…!


actually, Jie was the one who came up with the idea.  after asking for opinions and unofficial votes in the SkSg Tua FB Page, we started planning for it.  tak semena-mena aku jadi one of the committee members, padahal aku bukannya ingat sangat dengan kawan-kawan sekolah rendah.  Jie fikir ingatan aku sekuat ingatan dia agaknya.  huhu!!!


but since I really want it to happen, to meet with my old friends, untuk jejakkan semula kaki di tempat yang sama 30 tahun dulu, aku gagahkan jugaklah jadi committee member.  I didn’t ask Jie what’s the criteria to be a committee member.  aku ni tak layak sebenarnya.  cuma aku rasa perkara ni harus dipercepatkan.  so kiranya aku ni jadi committee member bidan terjun lah.  huhu!!!



memula tu ok jugaklah, walaupun blur sikit-sikit.  Jie banyak bagi tunjuk ajar.  tapi makin lama, makin blur.  hahaha!!!  mana taknya, semua nama yang diaorang dok sebut-sebut nak ajak ke reunion tu, kebanyakannya aku tak kenal.  hampeh betul aku ni kan!


Darjah 5 Cempaka

boleh dikatakan, aku ingat a few je kawan-kawan sekolah rendah.  tak lebih dari 20 orang yang aku masih ingat, kalau tak silaplah.  committee pun ada yang aku tak kenal.  hehe…  aptb!


it took us less than a month to plan on budget, venue, menu & attendees, to prepare letter & invitation card for the invitees, let alone the souvenirs & goodie bags.  each of the committee knew what job they were supposed to do.  aku ni je yang selalu curi tulang.  hehe….  i’m sorry!




a day before the event, Committee berkumpul a.k.a berkampung kat dewan SKSTB.  berkumpul lepas Maghrib, aku sampai lepas Isyak.  bravo Juana!  anyway, menjejakkan kaki di tempat yang sama pada hari terakhir persekolahan darjah 6 pada tahun 1985 buat aku rasa terharu.  sangat-sangat terharu… (*_*)


alhamdulillah… akhirnya sampai jugak aku kat situ.  30 tahun tu.  lama sangat dah rasanya niat aku nak sampai ke situ, baru hari tu dimakbulkan.  terima kasih Allah.  #matakumasukhabuk  dulu cuma ada satu bangunan 2 tingkat dan 2 bangunan setingkat.  sekarang bangunan setingkat dah takde.  dah diganti dengan bangunan 4 tingkat.  zaman dah berubah...



masa aku sampai, some of the committee members were already there.  banyak yang dah selesai.  aku ni datang macam nak tunjuk muka je pulak kan?  tentu ada committee members yang panas hati.  huhu!!!  yang bukan committee pun ada yang datang menolong.  that’s so helpful of them.  thank you guys.



we were at the school until 11.30 p.m.  kerusi meja, decoration, souvenir serta goodie bag dah settled.  esoknya cuma perlu beberapa final touch and waiting for food je.



mudah-mudahan reunion esoknya berjalan lancar seperti dirancang dan dipermudahkan segala urusan, in shaa Allah.




*********************


12.12.15 was the chosen date for the event.  the reunion.  after 30 years.



registration & arrival started right after Zohor prayer.  and the event supposed to start at 2:30 pm as per the itinerary.  tapi biasalah kan.  tak delay, macam tak normal pulak.  huhu!!!  anyway, event started at 3.00 p.m. with doa recitation from Ustaz Faizal {our friend}.

Yang paling kanan baju kotak-kotak tu Zan ~ pengusaha ternakan kambing & lembu.  kalau berminat nak buat majlis kahwin/aqiqah, boleh contact Zan 013-367 5755 }

ia diikuti dengan ucapan selamat datang dari pengacara majlis, Jie & Harun.  dan lepas tu ucapan dari wakil bekas pelajar, wakil mantan guru serta ucapan dari wakil Guru Besar sekolah dan wakil PIBG.


ucapan dari wakil mantan guru Cikgu Jamlus

sebelum menjamu selera, ada acara memotong pulut kuning oleh mantan guru-guru.  kreatif sungguh si Aju.  pulut tu dibentuk macam kek 2 lapis, dengan serunding di antara dua lapisan pulut tu.  siap ada hiasan burung yang dibuat dari telur puyuh.  cantik!  dah macam hantaran kahwin dah aku tengok. {sesapa berminat nak tempah untuk majlis kahwin/bertunang, boleh contact Aju 014-223 2234}

cantik kan?

the reunion was held in the afternoon.  the appropriate food to prepare would be a hi-tea buffet.  antara makanan yang dihidangkan ialah mee hoon goreng, mee kari, bubur jagung, curry puff, kuih seri muka dan apam gula hangus serta teh dan air oren.  they were all catered from Idrus {also our friend. kalau ada plan nak buat makan-makan, boleh contact Idrus untuk catering 012-281 5992}.



sambil makan-makan tu, ada cabutan bertuah.  entah macam mana, aku bertuah pulak hari tu.  selalunya tak pernah bertuah.  muahahaha!!!  punya lah happy, tapi sampai sekarang, aku belum bukak lagi hadiah tu.  memang bertuah kan aku ni?  #wink


dalam pada tu, ada jugak bekas pelajar yang ambik peluang berbual-bual dan bergambar dengan cikgu-cikgu.  acara bergambar bersama mantan guru-guru pun ada jugak.  satu kat atas pentas.  satu lagi kat luar bangunan asal yang masih ada sejak zaman kitaorang dulu.



pada pendapat aku, ada satu adegan #matakumasukhabuk berlaku masa reunion tu.  ia berlaku bilamana Cikgu Hasbullah memeluk wakil bekas pelajar, Roslan Salleh.  tak sangka cikgu masih ingat bekas pelajarnya walaupun dah 30 tahun.  rasa terharu beb...


majlis tamat lebih kurang pukul 5.00 petang.  aku tak terus balik sebab tunggu mr. hubby.  sementara menunggu tu, tolong mengemas apa yang patut.  aku tak tolong banyak pun, sikit-sikit je.  sambil-sambil tu, ada jugak yang tapaw extra food.  tapi aku tak tapaw tau.  hehe…


mr. hubby sampai agak lambat.  hujan lebat petang tu menyebabkan banyak jalan jammed di sekitar KL since he came from mil’s house in Cheras.  almost 8.00 pm baru mr. hubby sampai.  terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang telah teman menunggu ~ you know who you are.  i really appreciate it.  thank you guys.


sejujurnya, aku tak ambik gambar pun masa reunion tu.  cuma snap 2 gambar je.  satu gambar pentas, satu lagi gambar Abby.  padahal, aku dah plan baik punya nak ambik gambar banyak-banyak supaya boleh dimuatkan untuk entry kali ni.  aku tak tau lah kenapa.  mungkin sebab terlalu happy & teruja kot, sampai terlupa.  berborak tak hengat!


so untuk entry kali ni, semua gambar aku ambik dari WA group Ex-Skstb 80-85 dan SKSg Tua ‘80-85 FB page.  I didn’t put any watermark on the photos like i usually do because they’re not mine.  credit goes to those whose photos featured here in my blog.  thank you very much and sorry for not asking your permission prior to publish this entry.



i've tried to get everyone's photo to be featured here.  tapi mungkin ada di antara kawan-kawan yang tak bergambar masa hari reunion hari tu.  camera shy kot!  so i've done the best possible way by doing collage pictures of some of the photos.  i hope you don't mind, my friends.



bukan apa, aku ni pelupa tahap dewa.  silap-silap, tahun depan aku dah lupa dah nama atau muka kawan-kawan aku.  hehe... tak mustahil tu...!  (^_^)



the Teachers

bagi aku sendiri, reunion sabtu lepas merupakan penutup tahun 2015 yang paling best dan bermakna.  dapat jumpa kawan-kawan lama yang selama ni cuma jumpa dalam FB je.  dapat jumpa bekas cikgu-cikgu yang masih berbaki usianya.  dapat berkenalan semula dengan kawan lama yang aku sendiri dah lupa atau tak pernah kenal sebelum ni.  awesome!


some of the committee members

a big applause to the committee members yang telah bertungkus lumus sehingga majlis itu berjaya direalisasikan.  antara orang kuat dalam committee iaitu Jie, Rosza, Aju, Harun & Aswatt telah bekerja keras from day one hingga ke akhir majlis.  terima kasih jugak kepada committee members yang lain yang telah menyumbangkan masa & tenaga, especially Marini kerana telah menjadi penghubung antara bekas pelajar & cikgu-cikgu.



last but not least, terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup meluangkan masa untuk menghadiri reunion yang julung-julung kali diadakan.  thank you for the beautiful memories.  words can't describe how i feel.  panjang umur, kita jumpa lagi, in shaa Allah.  bila tu, tak tau lah kan.  selagi belum dipanggil kembali...  hopefully we can get full attendance next time.



akhirul kalam, semoga persahabatan dan ukhwah yang terjalin kerana Allah ini diberkati dan berkekalan hingga ke Jannah, in shaa Allah.  Aamiin.

note to mr. hubby:  thank you for sending and fetching me from school.  i know i can count on you.  xoxo.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...