Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2015

sorotan 2015

tajuk tak boleh blah.  macam Majalah 3.  hahaha!!!

esok kita dah memasuki tahun 2016.  ni kira entry aku yang terakhir untuk tahun 2015 ni.  kira entry penutup lah ni.  orang putih selalu kata apa tu… “it’s a recap”  (^_^)


nak kata banyak perkara dah terjadi sepanjang tahun 2015 ni, tak jugak.  kebanyakannya rutin harian je.  cuma kadang-kadang tu diselang-selikan dengan event-event yang membuatkan kenangan tu jadi manis.


bukan setakat kenangan manis je.  yang tak berapa manis pun ada jugak.  yang tak berapa manis tu termasuklah kenangan kenangan pahit, masin dan masam.  kenangan payau pun ada jugak.  hehe…


rasa-rasanya, tahun ni banyak kenangan manis.  kenangan manis ni selalunya major event.  event yang sangat significant serta memberi impact even after it has ended.  kadang-kadang tu, selepas seminggu event tu habis pun, masih teringat atau bercerita lagi pasal event tu.


kenangan manis yang pertama ialah di hari pertama tahun 2015.  a mini Aspuri reunion was held on 1st January.  sebenarnya reunion tu impromptu event.  tak plan pun.  kebetulan Ateh Pidah sampai ke KL from KK on that day, terus on je reunion tu.  tak ramai pun yang datang, sesapa yang sempat je.  details of the reunion can be read here


in February, there was another Aspuri reunion.  ini lebih manis dari yang pertama.  yang ni kira well-planned punya event.  rasa-rasanya, almost sebulan jugaklah planned, walaupun bukan official.  kali ni dengan lebih ramai attendees.  most of them aku tak jumpa sejak 25 tahun yang lalu.  havoc tak boleh nak cakaplah, boleh runtuh rumah Liza tu sebab terlampau meriah.  hehe…  you may keep reading about it here


the third one was our family trip to Perth, Australia.  beberapa tahun kebelakangan ni, kitaorang selalu bercuti ke negara-negara sekitar Asia Tenggara je.  kali ni ‘terjauh’ pulak sikit, ke Oceania.  in this trip, kitaorang lebih banyak jumpa orang yang berkulit putih & berambut perang daripada jumpa dengan orang yang rupanya lebih kurang macam kita jugak.  sambut raya haji pun kat sana.  huhu!!!  I did 5 entries on our trip to Perth.  if you’re interested, you can read it here


i consider our anniversary celebration this year as one of the sweet memories in 2015.  itu pendapat aku lah.  pendapat orang lain, ada aku kesah?  huhu!!!  biasanya kitaorang celebrate with lunching at a posh restaurant and exchanging gifts.  tapi tahun ni kitaorang lari dari kebiasaan by going somewhere which was close to nature.  tidur di dalam khemah instead of hotel yang berbintang-bintang.  something yang kitaorang tak pernah buat.  challenging, yet inspiring.  you can read the adventure here


the most sweetest memory of the year was SKSTB reunion early this month.  dia punya manis tu tak boleh nak cerita lah.  tangkap syahdu beb.  sekolah, dewan, surau, kawan-kawan, cikgu-cikgu serta memori 30 tahun dulu…  memang tak pernah tercapai dek akal untuk berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah rendah di tempat yang sama.  it was a memorable event which I will treasure for the rest of my life.  priceless.  photos and story of the event can be found here


kenangan pahit memang takde orang nak ingat.  lebih-lebih lagi bila kehilangan orang yang tersayang.  dalam perkara ni, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  perkara yang terjadi kepada empunya diri sukar untuk dimengertikan oleh kita yang cuma mampu melihat…


in August, arwah Pakcik Izan telah kembali ke rahmatullah ketika umat Islam masih lagi sibuk dengan open house di penghujung syawal.  berita yang kitaorang terima sangat mengejutkan.  apatah lagi kitaorang baru je berjumpa dengan arwah di open house rumah mil sehari sebelum tu.


penghujung September, aku terima satu panggilan lebih kurang pukul 1.30 pagi.  tentu ada emergency bila dapat panggilan pada waktu yang odd macam tu.  dari Ain, aku dapat tau Eddie, our cousin, passed away.  dijemput pulang oleh Allah pada umur 35 tahun, begitu menginsafkan.  sesungguhnya kematian itu sangat dekat.  bila-bila masa boleh dipanggil kembali, samada kita bersedia atau tidak.


early October, exactly after a week, Makmok, my aunty, passed away.  Allahu Akbar.  kehilangan yang kedua dalam keluarga besar Haji Dahalan dalam masa tepat seminggu.  sungguh besar ujianmu ya Allah.  tentu ada hikmah di sebalik kehilangan ini.  Al-Fatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita…


a month after his birthday in November, Ayah was admitted to Hospital Ampang.  aku memang cuak sebab ayah tak pernah masuk hospital.  sepanjang ayah hidup selama 75 tahun, ini pertama kali ayah masuk hospital.



aku masih boleh gelak & bergurau lagi masa tu, tapi dalam hati Allah je yang tau.  masa tu aku banyak fikir, macam mana keadaannya jika arwah mak masih ada…  mungkin sebab aku takde adik-beradik, buatkan aku berfikir macam tu.  alhamdulillah, ayah sihat seperti sediakala selepas 3 malam di hospital.


aku rasa, itulah antara pengalaman pahit manis yang paling aku diingati sepanjang tahun 2015.  memori masin, masam, payau sume tu adalah ingredients kepada memori pahit & manis tu tadi,  semoga tahun 2016 yang mendatang ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik lagi dan dirahmati Allah selalu, in shaa Allah.


buat semua ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai & teman seperjuangan, serta pembaca blog ni yang cuma mengenali kitaorang di alam maya ni, thank you for being part of our journey in 2015.  mohon maaf di atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan & kekhilafan di antara kita.  moga-moga tahun baru ini mencoretkan sebuah perjalanan hidup yang lebih bermakna, in shaa Allah.  Aamiin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...