minggu sebelumnya kitaorang ke selatan. minggu lepas ke utara pulak. semuanya gara-gara menghadiri majlis
kahwin. sabtu lepas, anak kepada sepupu
mr. hubby kahwin di Taiping. so kiranya
kitaorang balik kampung mr. hubby lah ni.
tapi kali ni tak cukup quorum. Azrul & family tak balik di atas
sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. semoga
semua urusan telah dipermudahkan Allah hendakNya.
kami sampai di Pokok Assam, Taiping lebih kurang pukul 1:30
tengahari. nampak macam kat situ baru je
selesai hujan. mujur majlis tu diadakan
di dalam dewan. takde lah lecah! ^_^ tapi ada jugak khemah disediakan di luar
dewan untuk kemudahan tetamu.
masa mula-mula sampai tu, nampak agak crowded. tapi by the time kitaorang nak makan, ramai
yang beransur pulang. mungkin diaorang
tunggu hujan berhenti baru balik kot.
makanan di khemah dihidang secara buffet. tapi kitaorang yang kat dalam dewan, makanan berhidang. macam VIP pulak rasa. hehe… pelamin dia walaupun simple, tapi cantik. wedding deco macam photo booth pun cantik jugak.
antara food yang ada ialah nasi minyak, ayam goreng, rendang
daging, gulai nenas dan ulam-ulaman beserta sambal belacan. bubur pulut hitam pun ada sebagai desserts.
kebetulan pulak ada disediakan karaoke kat wedding tu. apa lagi, pantang jumpa lah memasing. dah hilang gian menyanyi, baru
lah pergi check-in di hotel. selalunya
kitaorang akan booking hotel yang sama, tapi kali ni kitaorang terpisah. panjang ceritanya… so tak payah cerita lah ya.
kitaorang checked-in di Regency Hotel Seri Warisan. dekat dengan Legend Inn yang kitaorang duduk
dulu. seberang jalan je. family room yang aku booked tu memang
luas. tenang mata memandang & fikiran bila
berehat…
cuma yang aku pelik, kat koridor nak ke bilik, nampak
suasana macam moden. tapi bila masuk je
bilik, furniture dia macam zaman colonial. hehe..
tapi aku tak tau lah pulak kalau-kalau itu memang konsep hotel ni ~ konsep
ala-ala zaman colonial…
malam tu ada barbecue dan karaoke session kat rumah
pengantin. nasib baik takde joget
lambak! huhuhu!!! antara menu yang disajikan malam tu ialah
nasi putih beserta lauk-pauk ~ kambing panggang, kari ikan, sambal udang, ikan
goreng dan pecal.
sambil makan, dihiburkan dengan nyanyian karaoke. mana yang suara ok tu, oklah. bila suara yang tak ok tu menyanyi, rasa tak boleh nak telan
makanan. hihihi!!!
korang boleh nampak kan antara gambar yang aku post ni mr.
hubby berkaraoke? mr. hubby memang
takkan miss menyanyi bila ada sesi karaoke.
senang cakap, dia residen artis untuk keluarga Abu Bakar lah. bahahaha!!!!
************************
the next morning kitaorang takde apa-apa plan. tapi tak semena-mena
BIL came up with a plan. Salleh Stall or
Nasi Ganja di Ipoh? we chose Salleh Stall since
we’ve never been there before. kata mr.
hubby lagi, kalau makan nasi ganja, bimbang tak nampak jalan pulang sebab
mengantuk nanti. betul jugak tu. hehe…
lepas checked-out, we made our way to Kuala Sepetang. this our third time in Kuala Sepetang. masa kali pertama & kedua dulu, kitaorang
singgah makan di Restoran Mee Udang Mak Jah.
masa kali kedua tu patutnya ke Salleh Stall, tapi mil tak
minat tempat tu. huhu!!! so kitaorang pun tak singgah. tapi suasana kat restoran Mak Jah pada kali
kedua tu kurang ‘aura’nya. tu yang
membuatkan kitaorang pilih Salleh Stall pulak kali ni.
Salleh Stall tu ada pengunjung, tapi tak ramai.
masa kitaorang nyaris-nyaris singgah dulu pun macam tu jugak. macam takde orang. tapi menurut kata Uncle Mat, situ lebih
popular dan lebih sedap daripada Mak Jah.
menu kat Salleh Stall tu tak banyak. agak limited.
kalau korang singgah sini, boleh pilih samada nak mee udang, mee goreng
atau mee rebus. tapi mee tu boleh
ditukar kepada meehoon, kueyteaw atau mee segera. nasi takde hokey.
taste wise, ya, food dia sedap. boleh tahan.
mungkin disebabkan menu yang limited, membuatkan stall tu lengang. tapi kebaikannya bila menu limited, food
kualiti dapat dikekalkan. mmm… dah macam
belajar perdagangan lah pulak.
lepas makan, kitaorang shoot balik KL. dalam perjalanan singgah di R&R Bukit
Gantang untuk beli sikit buah-buahan. sambil-sambil tu beli jajan jugak.
beli jajan bukan apa, untuk buat kudap-kudap dalam kereta. nak hilangkan mengantuk sebenarnya. hehe… sampai rumah lebih kurang pukul 7.00 malam. alhamdulillah.
beli jajan bukan apa, untuk buat kudap-kudap dalam kereta. nak hilangkan mengantuk sebenarnya. hehe… sampai rumah lebih kurang pukul 7.00 malam. alhamdulillah.
terima kasih sudi singgah...
No comments:
Post a Comment