Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 14, 2015

cerita di hari jadi



Ayah
selamat hari jadi
semoga dipanjangkan umur yang berkat
dimurahkan rezeki yang halal
dikurniakan kesihatan yang baik
& dirahmati Allah selalu
Aamiin

*************************

kalau ikut perancangan, sepatutnya nak bawak ayah ke satu tempat untuk celebrate birthday.  tapi masa aku call awal bulan hari tu, seat untuk hari ni dan esok fully booked.  so kena lah postpone ke minggu depan.


since today memang birthday ayah, kitaorang bawak ayah keluar lunch.  kalau tahun lepas ayah pilih Kenny Rogers Roasters, tahun ni ayah pilih Nando's pulak.


so we went to Alpha Angle for lunch this afternoon.  kitaorang sampai beberapa minit lagi nak ke pukul 12.00 tengahari.  masih awal lagi.


patrons pun tak ramai dalam restoran.  so bolehlah pilih nak duduk meja yang mana satu.  bila dah duduk, masa untuk mengorder pulak.


Ayah dan Dina ordered 1/4 chicken with side dishes.  aku & mr. hubby ordered a wrap each.  desserts pun diorder oleh Ayah & Dina jugak.  atuk & cucu sama citarasa.  hehe...


dah selesai lunch, jalan-jalan dalam Alpha Angle.  kitaorang jarang datang ke situ.  so itulah peluang nak singgah outlet-outlet yang ada kat sini.


selepas membeli apa yang patut, kitaorang terus balik.  sampai rumah lebih kurang 2.30 petang.  kalau dikira, cukup dua jam kitaorang kat Alpha Angle.

kalau ada tujuan dan tau apa yang nak beli, memang takkan lama kat shopping mall  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...