Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 30, 2015

nasi arab yang sedap

jumaat lepas, untuk kesekian kalinya, kitaorang ikut mr. hubby outstation ke JB.  bertolak seawal 8.00 pagi, terus menuju ke ofis mr. hubby untuk hantar dokumen.  sementara tunggu mr. hubby selesaikan urusan, aku & dina breakfast di Chili Espresso.


untuk aku & dina, time tu terlalu awal untuk breakfast.  so bila waiter datang ambik order, kitaorang macam stoned kejap.  tak tau nak order apa.  last-last, nasi lemak untuk aku, dan sausage+egg+baked beans+salad+toast untuk dina.


tak lama pun kitaorang kat situ.  lebih kurang pukul 9.00 pagi kitaorang bergerak ke JB.  adalah berhenti kat a few R&Rs when nature called.  sampai di JB lebih kurang pukul 2.00 petang, terus menuju ke Bandar Baru Uda.


aku kalau datang JB, tak sah kalau tak pergi Jalan Padi Emas tu.  semua butik yang ada kat Seksyen 7 Shah Alam ada kat situ.  cuma aku kalau nak pergi ke Shah Alam tu yang ntah bila boleh sampai.  tu je masalahnya.  so dah alang-alang kat JB, singgahlah sekali.


kitaorang lunch kat area situ jugak.  lepas tu checked-in kat hotel.  kali ni kitaorang tak stay kat Grand Bluewave macam biasa.  aku pilih budget hotel sebab minggu depan nak tidur hotel lagi kan?  hehe...  kitaorang stay kat Zoom In Boutique Hotel di Danga Bay.  tak berapa jauh dari Bandar Baru Uda.


kitaorang pilih family room.  deco dalam bilik tu agak awesome.  the room was spacious with modern decoration.  walaupun takde minibar, kitaorang ok je.  yang penting, ada wifi.  hehe...


mr. hubby ada appointment waktu petang dan malam.  tinggallah kitaorang berdua dalam bilik.  takde masalah pun sebenarnya.  kitaorang ok je as long as ada iPad & iPod  *_*

********************

after checking out the next morning, kitaorang ke Pasir Gudang sebab ada wedding invitation.  it took us approximately half-an-hour to reach Taman Mawar from JB city.



dewan tu agak besar.  walaupun ramai tetamu, tapi tak crowded.  pelaminnya cantik.  decoration dalam dewan pun cantik.  sempatlah jugak pengantin lama ni nak tumpang bergambar.  mihihihi!!!


makan dihidang secara buffet.  sebanyak 3 station disediakan untuk kemudahan tetamu.  memang mudah.  taklah bersesak ataupun berebut nak ambik makanan.


antara menu yang disediakan ialah nasi arab, daging rendang, ayam masak merah, kambing panggang serta ayam panggang.  selain tu, ada laksa johor dan cendol as desserts.  pada pendapat aku, nasi arab dia sedap sangat.  makan macam tu je tanpa lauk pun sedap.

mr. hubby & bapak pengantin Tuan Haji Salimun


about 1.30 p.m we left Pasir Gudang heading towards Kuala Lumpur.  untuk menghilangkan mengantuk disebabkan nasi arab yang terlalu sedap tu, memasing menyanyi tak hengat dunia.  semua ke laut.  yang penting, hilang mengantuk.

another wedding to attend next week.  heading north this time...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...