Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 7, 2015

Cap Kunci

exactly two weeks after our last visit, we went to Bentong again.  tapi kali ni tak masuk hutan lagi lah.  hehe… kitaorang pergi sebab dapat jemputan kenduri dari kawan sekolah mr. hubby yang stay kat situ.  lagi pun, ada family gathering...


pergi kali ni pun dengan kawan-kawan sekolah mr. hubby.  diaorang ni sama batch masa sekolah menengah.  disebabkan badge sekolah ada gambar kunci, terus diaorang namakan group ni Cap Kunci.  macam parti politik pulak. 


bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi dari rumah, menuju ke meeting point di BP Gombak.  sampai di Bentong lebih kurang pukul 12.45 tengahari.  sedang elok untuk makan tengahari.  apa lagi, sampai je terus beratur ambik makanan.


settled kat rumah kenduri, kitaorang ke Suria Hot Spring Resort.  dah alang-alang ramai yang menghadiri majlis kenduri ni, geng-geng Cap Kunci ni pun came up with an idea.  apa kata buat family day sekali, dah sah-sah each family outing together-gether kan.  bolehlah kenal-kenal sesame family.


so itu lah Family Day Cap Kunci yang julung-julung kali diadakan.  group Cap Kunci ni khas untuk batch diaorang, iaitu Class of '83.  so kalau ada ex Cap Kunci dari batch lain, samada senior ataupun junior, mungkin tak perlu cuba-cuba nak join.  faham-faham sendiri sudah.  harap maklum.

view from our room

lepas checked-in, sepatutnya ada aktiviti untuk anak-anak, tapi tak sempat.  selepas solat Maghrib & Isyak berjemaah, diikuti pulak dengan dinner.  antara menu yang ada ialah nasi biryani, ayam masak merah, daging masak hitam, kuih-muih serta kek.  makanan ni disediakan sendiri oleh ahli-ahli Cap Kunci.  potluck dialu-alukan.  pihak resort cuma sediakan venue serta kerusi meja je.


sambil makan, ada acara karaoke for each family.  tapi mostly family tak join, termasuklah kitaorang.  seganlah wei!  lagi pun, kitaorang memang bagi chance kat ahli-ahli Cap Kunci ni menunjukkan bakat masing-masing.  dulu masa sekolah semua bakat terpendam.  dah berumur ni, nampaknya masing-masing semuanya bakal peserta-peserta Kilauan Emas.  hehe...


habis karaoke, acara yang ditunggu-tunggu ~ gift exchange dan cabutan bertuah.  untuk gift exchange, each family kena sediakan at least satu hadiah.  kalau nak bagi lebih pon boleh.  kalau bagi 3 hadiah, dapat balik 3 hadiah.  takkan tak nak kan....


untuk gift exchange, kitaorang dapat 3 gifts sebab kitaorang sediakan 3 gifts.  untuk karaoke family, menang nombor dua, so dapat food hamper.  terima kasih pada mr. hubby sebab mewakili family kitaorang.  untuk cabutan bertuah pulak dapat blender Pensonic.  alhamdulillah.


acara malam tu selesai lebih kurang pukul 12.30 pagi.  balik ke bilik terus tidur.  ada di antara geng-geng Cap Kunci tu yang pergi minum kat luar resort sampai ke pagi.  tapi mr. hubby tak pergi.  dia join kitaorang berkuak lentang dalam bilik.  hehe...J


the next morning takde apa-apa agenda.  lepas breakfast, ahli-ahli Cap Kunci ada discussion.  to kill free time, a few family members ambik kesempatan mandi di kolam.  budak kecik mandi kat swimming pool.  yang adult mandi kat hot pool.


aku malas nak basahkan baju, cuma temankan dina berendam dalam hot pool.  selesai discussion, mr. hubby join dina in the hot pool.  a few ahli Cap Kunci pun join sama, tapi tak lama.

acah-acah je tu  ^_^

11.45 pagi kitaorang diminta berkumpul di lobi resort sebelum check-out.  nak bergambar, bersalam & say good bye sebelum berpisah.


 in shaa Allah.  panjang umur, kita jumpa lagi.  so long...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...